https://critoxium.com/shop/

Terkini

Husam: Cakap Islam sederhana? Rakyat terluka kereta mewah Kelantan

KOTA BARU, 21 Jan — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa mempertikaikan penggunaan kereta mewah jenis Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan Kelantan termasuk menteri besar dan barisan exco.

Husam berkata pemimpin kerajaan negeri itu lantang sepatutnya segan kepada diri sendiri kerana selama ini pemimpin kerajaan negeri menguar-uarkan  bahawa Islam adalah cara hidup sederhana.

“Dalam kes Kelantan, kita sedia tahu Kelantan adalah antara negeri yang paling ramai rakyat miskin...dengan cara hidup kemewahan yang ditunjukkan itu telah melukai perasaan rakyat miskin kerana segala keperluan belum mencukupi yang perlu diberikan perhatian.

“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri Kelantan dalam hal pembelian kereta itu, pendapat saya kenyataan itu tidak telus kononnya ada pemotongan 50 peratus dan pemotongan ini juga terpakai kepada jenis kereta lain (murah) ia sekali gus menjimatkan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk menteri besar dan exco.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, dipetik sebagai berkata pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. — Bernama

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.