https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lima cadangan untuk Penerbangan Malaysia - Tun M

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan menerima lima kertas cadangan untuk syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad, yang dibebani hutang.


“Ada kira-kira lima cadangan, sudah tentu sebahagian daripadanya ditolak.

“Kita perlu dengar daripada semua orang untuk mencari penyelesaian yang terbaik,” katanya Perdana Menteri tanpa penjelasan lanjut

Kerajaan kini sedang mencari rakan strategik kepada syarikat penerbangan negara yang berdepan masalah kewangan terbabit, yang turut berusaha pulih selepas 2 tragedi menimpanya pada 2014, apabila pesawat MH370 hilang secara misteri, manakala pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine. - Reuters

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.