https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dulu keluar PKR, kini cari mana mahu bertanding

Pemimpin PKR yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut, sekarang sedang mencari kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti tersebut tidak menghalang mana-mana pemimpin untuk meninggalkan PKR sekiranhya itu adalah kemahuan mereka.


“Dengan adanya pembersihan ini, kelompok yang sebelum ini gelisah sudah kembali semula kepada parti malah anak muda juga mula sertai cabang PKR.

“Mereka yang keluar itu kini tengah mencari di mana mahu bertanding (PRU-15). Mereka yang keluar itu juga kini lebih banyak senyum dan bukan marah lagi dengan saya,” ujarnya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Penerangan PKR di Ampang hari ini.
Anwar Ibrahim
Untuk rekod, seramai 11 Ahli Parlimen mewakili PKR pada 24 Februari lalu mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk blok bebas di Dewan Rakyat.
Dalam masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengingatkan ramai yang lurus ketika berada dalam kesusahan tetapi gagal ketika senang.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar cabang PKR tidak mengikut perangai Umno yang mencantas cerdik pandai menyertai pentadbiran di peringkat bahagian.

Calon Perdana Menteri tersebut turut menegaskan kekuatan cabang PKR tidak terjejas walaupun pengkhianatan berlaku dalam parti itu.

“Satu dan dua cabang bertindak keluar parti itu bukan baharu. Mereka ini sejak pemilihan parti lagi sehingga sekarang bertindak namun begitu cabang-cabang di Malaysia semakin kukuh.

“Bagi media ia mungkin perkara baharu tetapi sebenarnya sudah lama. Mereka ini juga tidak pernah hadir dalam program yang saya hadiri,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.