https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cuepacs: Penjawat awam didenda RM140,000 huni kuarters selepas pertukaran

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa campur tangan Datuk Seri Najib Razak bagi membantu kira-kira 500 penjawat kakitangan kerajaan yang dikenakan penalti kerana bekerja di luar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penghuni kuarters kerajaan dikenakan penalti tinggi sehingga RM140,000 sejak 2012 oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“BPH di bawah Jabatan Perdana Menteri menuntut penalti tinggi daripada penjawat awam yang menghuni kuarters di Kuala Lumpur dan Putrajaya selepas diarah bertukar.

“(Contohnya) penghuni kuarters Kuala Lumpur diarah bertukar ke Putrajaya, walaupun masih dalam radius 25km atau lebih sedikit 25km radius dikenakan penalti yang teruk,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Cuepacs hari ini.

Beliau berkata, ada di kalangan penjawat awam itu yang langsung tidak tahu mengenai penalti yang dikenakan ke atas mereka.

“Kita nak nyatakan rasa kesal kerana mereka ini tidak diberitahu awal seumpamanya dalam perjumpaan tahunan, berkala, notis atau pemberitahuan yang serupa kepada penghuni-penghuni kuarters.

“Apabila pertukaran berlaku, penempatan semula atau apa-apa melibatkan perubahan tempat kerja.”
Beliau meminta bantuan perdana menteri supaya ahlinya dikecualikan membayar penalti itu.

“Tidak ada lagi isu pertukaran tempat kerja dalam radius 25km atau lebih sedikit, tetapi masih berada di Kuala Lumpur nak dikenakan caj apabila menghuni kuarters.

“Kita berkhidmat di bawah kerajaan sama. Kita berharap pengumuman pembatalan tunggakan sewa penghuni kuarters ini akan dibuat sebelum fajar 1 Januari 2018.”

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.