https://critoxium.com/shop/

Terkini

Apa Makna Doa Rafizi Untuk Khairy ?



Bekas calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli berharap dan berdoa untuk Khairy Jamaluddin agar tidak meninggalkan Umno. Menurutnya, dia sangat faham dengan perasaan Khairy kini melihat perkembangan dalam Umno, di mana seorang demi seorang ahli parlimennya meninggalkan parti gemulah Onn Jaafar itu.

Menurut Rafizi dia juga tidak senang dengan usaha untuk meranapkan parti pembangkang. Bunyi sedikit pelikkan?

Sekali lihat doa yang diberikan Rafizi itu jelas dan penuh simpati kepada nasib Khairy dan Umno. Tetapi jika kita menghulurkan tengok jauh ke dalam jelumu politik kita akan dapat membaca apa maksudnya yang tersirat.

Mungkin Rafizi bimbang juga dengan pendirian Khairy nanti. Rafizi sedar akan kebolehan dan aset yang ada kepada bekas Ketua Pemuda Umno. Itu Mungkin yang dibimbangi Rafizi takut Khairy juga meninggalkan Umno dan melompat ke dalam Bersatu.

Demikian juga bila Rafizi tidak mahu Umno dimusnahkan, merupakan satu idea serampang dua mata. Ia untuk memastikan ahli dan MP Umno kekal dalam parti itu. Cadangan itu bagi menahan ahli Umno dan MPnya berundur dan lebih malang kalau mereka menyertai Bersatu. Penyertaan mereka berbondong2 ke dalam Bersatu mengundang masalah kepada Rafizi.

Jika itu berlaku ia boleh menggagalkan impian bersama Rafizi dan Anwar untuk menerajui negara ini. Rafizi juga mungkin membaca yang jalan berlekok-lekok untuk dia dan bosnya. Kemalangan menerima Anwar akan berjangkit kepada Rafizi.

Jadi kerja Rafizi kini selepas kalah kepada Azmin membendung bahaya angkaran Umno. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.