https://critoxium.com/shop/

Terkini

Angka kematian naik kepada 132 orang

BEIJING: Angka kematian akibat jangkitan coronavirus meningkat kepada 132 orang dengan 1,500 kes baharu dikesan, sekali gus memberi tekanan kepada Beijing untuk mengawal penularan virus berkenaan ketika Rumah Putih menimbang untuk menggantung semua penerbangan ke negara ini.

Rumah Putih mengadakan mesyuarat harian membincangkan penularan penyakit berkenaan dan memantau penerbangan China-Amerika Syarikat (AS).

Pegawai AS berkata pentadbiran tidak mengambil apa-apa pilihan di luar rundingan termasuk larangan sementara penerbangan jika data kesihatan awam menyokong kepada langkah itu.

Kebimbangan terhadap penyebaran virus mendorong syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk mengurangkan penerbangan ke China, manakala syarikat global pula menyekat perjalanan kakitangan mereka ke negara ini. - Reuters

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.