Husam: Cakap Islam sederhana? Rakyat terluka kereta mewah Kelantan
KOTA BARU, 21 Jan — Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk
Husam Musa mempertikaikan penggunaan kereta mewah jenis Mercedes Benz
untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan Kelantan termasuk menteri besar
dan barisan exco.
Husam berkata pemimpin kerajaan negeri itu lantang sepatutnya segan kepada diri sendiri kerana selama ini pemimpin kerajaan negeri menguar-uarkan bahawa Islam adalah cara hidup sederhana.
“Dalam kes Kelantan, kita sedia tahu Kelantan adalah
antara negeri yang paling ramai rakyat miskin...dengan cara hidup
kemewahan yang ditunjukkan itu telah melukai perasaan rakyat miskin
kerana segala keperluan belum mencukupi yang perlu diberikan perhatian.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri Kelantan dalam hal pembelian kereta itu, pendapat saya kenyataan itu tidak telus kononnya ada pemotongan 50 peratus dan pemotongan ini juga terpakai kepada jenis kereta lain (murah) ia sekali gus menjimatkan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sebelum
ini, akhbar melaporkan kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14
kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan
negeri termasuk menteri besar dan exco.
Timbalan
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, dipetik sebagai
berkata pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu
dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad
Yakob. — Bernama
Husam berkata pemimpin kerajaan negeri itu lantang sepatutnya segan kepada diri sendiri kerana selama ini pemimpin kerajaan negeri menguar-uarkan bahawa Islam adalah cara hidup sederhana.
“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri Kelantan dalam hal pembelian kereta itu, pendapat saya kenyataan itu tidak telus kononnya ada pemotongan 50 peratus dan pemotongan ini juga terpakai kepada jenis kereta lain (murah) ia sekali gus menjimatkan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.