https://critoxium.com/shop/

Terkini

Langkah Bijak melantik Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ,Menteri Agama


Oleh Mohd Yusri Ibrahim

TS Muhyiddin mengambil langkah politik sangat bijak apabila melantik Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai Menteri Agama dalam kabinet beliau.

Dr Zul seorang ulama progresif yang disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat, pelantikan beliau dalam jemaah menteri mendapat maklum balas positif banyak pihak.

Keputusan untuk menerima pelantikan tersebut adalah berisiko terhadap reputasi beliau, apabila memakai pakaian politik beliau akan dilayan sebagai orang politik.

Apatah lagi iklim politik di Malaysia agak kurang segar, emosi lebih mengatasi realiti dalam banyak situasi.

Namun kita perlu menghormati ijtihad yang dibuat oleh Dr Zul, beliau pastinya telah membuat pertimbangan dan istikharah yang cukup untuk menerima amanah tersebut.

Seperti dijangka, selepas seminggu dinamakan sebagai menteri, Dr Zul mula diserang oleh peluru2 politik khususnya daripada blok PH.

Namun seperti yang dinyatakan tadi, Dr Zul adalah ulama kontemporari yang disenangi oleh ramai orang, khususnya masyarakat awam yang bersifat non-partisan.

Apabila menyerang Dr Zul dengan bahasa2 yang kurang elok, reaksi tidak menyenangkan oleh masyarakat awam akan berbalik kepada PH.

Masyarakat kebanyakan tidak melihat semua perkara dalam kerangka politik sepanjang masa seperti orang2 politik, mereka membuat pertimbangan menggunakan neraca kebaikan yang umum.

Apabila orang sebaik Dr Zul diserang dan dimusuhi, sudah tentu mereka akan menganggap orang yang memusuhi sosok terpuji itu yang jahat dan bermasalah.

Inilah kebijaksanaan TS Muhyiddin, selain untuk memanfaatkan kepakaran Dr Zul dalam pentadbiran negara, beliau juga berjaya memasang perangkap politik yang licik untuk menjerat PH
.
Pandangan peribadi saya, PH sekarang sedang berpusing-pusing sekitar jerat tersebut yang akan terbingkas bila2 masa dek sedikit kecuaian.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.