tag:blogger.com,1999:blog-19204445834956721822024-03-23T18:16:14.723+08:00DenyutReformasiPencetus Minda Rakyateditorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.comBlogger9796125tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-72278384966294597332024-02-07T12:41:00.001+08:002024-02-07T12:41:21.264+08:00Mansuh cukai pendapatan buat pekerja B40, M40 usia lebih 60 tahun, gesa NGO

PETALING JAYA: Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan kerajaan mengecualikan cukai pendapatan kepada kumpulan B40 dan M40 yang bekerja selepas usia 60 tahun.

Presiden J Solomon dalam satu kenyataan berkata seorang pekerja yang mencapai usia persaraan 60 tahun tidak lagi dilindungi Perkeso, malah sumbangan caruman KWSP oleh majikan juga dikurangkan kepada 4%.

“Memandangkan ketiadaan perlindungan sosial, dan pengurangan simpanan di masa depan, SPCAAM percaya langkah-langkah perlu diambil untuk memastikan pekerja berusia dari kumpulan B40 dan M40 sekurang-kurangnya wajar mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna dalam tangan,” katanya.

Katanya, cadangan itu juga mengambil kira cabaran rakyat kebanyakan yang masih bergelut memperbaiki ekonomi keluarga selepas pandemik Covid-19.

“Dalam landskap ekonomi tempatan dan global pasca pandemik yang begitu mencabar, warga emas kita dari kumpulan B40 dan M40 berkemungkinan perlu terus bekerja.

“…. walaupun telah mencapai usia persaraan 60 tahun, untuk menjaga diri sendiri malah juga keluarga mereka.”

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata empat pengeluaran khas diluluskan ketika pandemik Covid-19 mengakitkan 71% pencarum aktif KWSP berusia 50 dan ke bawah tidak mempunyai cukup wang untuk bersara melepasi garis kemiskinan.

KWSP juga menjangkakan ahlinya perlu terus bekerja untuk tambahan empat hingga enam tahun selepas usia bersara bagi membina semula simpanan yang dikeluarkan ketika pandemik.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-17066813108764401382024-02-07T12:40:00.000+08:002024-02-07T12:40:02.801+08:00Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA: Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 8 Feb (Khamis) hingga 11.59 malam 9 Feb ini (Jumaat).

Tetapi katanya, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Alexander turut menjelaskan inisiatif itu akan membabitkan implikasi kewangan RM42.99 juta.

Beliau berharap pengguna lebuh raya akan merancang perjalanan sebaiknya susulan pemberian tol percuma itu.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-44129946428485622592024-02-07T08:14:00.003+08:002024-02-07T08:14:41.029+08:00Kamarul Zaman tarik balik saman fitnah terhadap Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Segambut itu mengesahkan bahawa Kamarul Zaman telah memfailkan notis penamatan di mahkamah pada 30 Jan lepas dengan kos RM5,000 dibayar kepada beliau tanpa kebebasan memfailkan saman baharu.

"Pada 2020, Kamarul Zaman telah mengeluarkan kenyataan berbunyi - Using religion to win the state election? pada sepanduk memaparkan gambar saya yang menyindir bahawa saya telah menggunakan taktik keagamaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sabah.

"Langkah beliau menarik balik saman fitnah ini bukan hanya tepat pada masanya tetapi juga mengesahkan pendirian tegas saya bahawa saya tidak pernah menggunakan bangsa dan agama dalam kempen saya sekali gus menjadikan tohmahannya terhadap saya adalah tidak berasas serta tidak disokong dengan apa-apa fakta," katanya.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik keputusan Kamarul Zaman untuk menarik balik saman fitnah itu.

Pada 2020, Kamarul Zaman telah menyaman Hannah berhubung hantaran di laman Facebook semasa pilihan raya negeri Sabah.

Kamarul Zaman telah memuat naik sepanduk memaparkan gambar Hannah bersama ungkapan 'Peranan Umat Kristian Dalam Pembangunan Negara.'
-- BERNAMA

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-60868508727898929092024-02-07T08:13:00.000+08:002024-02-07T08:13:04.016+08:00Manual etika kewartawanan bakal dilancar bulan ini - Fahmi

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan akan melancarkan manual etika kewartawanan bulan ini yang bakal memberikan penegasan kepada beberapa aspek termasuk pengesahan sesuatu berita.

Menteri berkenaan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah bertemu dengan wakil Jabatan Penerangan semalam dan sudah melakukan sedikit penyelarasan.
"Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual tersebut," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, manual itu akan memberi penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.

"Insya-Allah, dekat dengan tarikh itu dan setelah selesai sedikit lagi penelitian, kita boleh kongsi lebih banyak isi kandungannya," kata beliau.

Ditanya mengenai perkembangan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam kalangan warga Kementerian Komunikasi, Fahmi berkata, penglibatan yang ditunjukkan amat menggalakkan dan semakin positif berbanding sebelum ini.

"Bagi sesetengah penjawat awam, mungkin mereka merupakan ketua isi rumah dan proses mendaftar anggota keluarga juga sebahagian daripada proses itu (yang akan mengambil masa) tetapi langkah pertama ialah pendaftaran," katanya.

Pada 2 Jan lepas, kerajaan melancarkan PADU iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem itu.
Ini bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.padu.gov.my. - BERNAMA

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-13019956877475891982024-02-07T07:56:00.002+08:002024-02-07T07:56:14.484+08:00CEO McDonald's akui perang di Gaza beri impak negatif pada jualan

RESTORAN makanan segera, McDonald's mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's, Chris Kempczinski berkata, perang itu mempunyai impak ke atas jualan di negara Asia Barat dan negara majoriti Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.

"Selagi konflik dan perang ini berterusan ... kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara dalam situasi (jualan) ini," kata Kempczinski seperti dilaporkan Al Jazeera.

"Ia adalah tragedi kemanusiaan, apa yang sedang berlaku, dan saya fikir ia memberi kesan kepada jenama kami," tambahnya.
Pertumbuhan jualan bagi restoran itu di Asia Barat, China dan India pada Oktober-Disember mencapai 0.7 peratus, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 5.5 peratus.

Kemerosotan itu berlaku selepas pelanggan di negara-negara Islam berkempen untuk memboikot McDonald's sebagai tindak balas kepada francais Israel yang menyumbangkan makanan percuma kepada tentera Israel.

Berikutan pengumuman McDonald’s Israel, pemegang francais di Arab Saudi, Oman, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Mesir, Bahrain dan Turki secara kolektif memulakan dana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Walaupun McDonald's yang berpangkalan di Chicago dikenali sebagai salah satu jenama Amerika Syarikat yang paling ikonik, kebanyakan restorannya di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat tempatan.

McDonald's adalah antara beberapa jenama dari barat yang berhadapan dengan boikot susulan perang Israel ke atas Gaza.

Minggu lalu, rangkaian kedai kopi, Starbucks mengumumkan pengurangan jangkaan jualan tahunannya, dengan memetik kemerosotan dalam keuntungan di Asia Barat.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-66652451968532145322024-01-23T09:03:00.001+08:002024-01-23T09:03:08.314+08:00Rafizi dakwa pemimpin PN enggan bersemuka di podcast YBM

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa beberapa pemimpin Perikatan
Nasional (PN) telah menolak undangannya ke podcast ‘Yang Bakar Menteri’
(YBM) kelolaannya.

Selain daripada pempengaruh ‘YB Viral’, mereka
yang menolak termasuk Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
Kamal, Ahli Parlimen Pendang Awang Solahuddin Hashim dan aktivis peguam,
Hawa Yaakob dan Sufi Kamari.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“Walaupun
pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang
berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya
telah menolak.

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus
menghubungi lebih ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk menyahut
cabaran membakar saya secara langsung.

“Jangan
hanya berani mengkritik di belakang tetapi tidak berani memberi
pandangan membina di depan,” ciapnya di platform media sosial X hari
ini.

Walaupun
pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang
berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya
telah menolak.

Selain dari YB Viral, senarai pemimpin dan aktivis maya PN yang tidak berani bersemuka termasuklah YB Wan… pic.twitter.com/7AogTi24Ol
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 22, 2024

Pempengaruh,
yang dikenali dengan nama YB Viral, telah menolak pelawaan Rafizi untuk
muncul di podcast itu dengan alasan bahawa cabaran debat asal telah
dikurangkan menjadi sesi "soal jawab".

Sebelum ini, Rafizi berkata
jemputan kepada YB Viral adalah peluang kedua-dua pihak berkongsi
pandangan dan mengemukakan fakta kepada umum.

Dia
juga menyatakannya sebagai peluang untuk pempengaruh itu membuktikan
bahawa dia adalah "menteri paling bodoh" seperti yang didakwa.

Rafizi
menambah, beberapa pemimpin PN menggunakan alasan kehadiran bekas
pemimpin Pakatan Harapan secara sukarela menyertai podcast itu, sebagai
alasan untuk menolak pelawaannya.

“Matlamat
podcast YBM ialah memberi keutamaan kepada penyokong dan pemimpin PN
untuk bersemuka, supaya rakyat dapat menilai sendiri hujah kerajaan
berbanding pembangkang.

“Pemimpin PH (atau bekas pemimpin pun)
memang sudah ada peluang untuk menyampaikan pandangan kepada saya, sama
ada melalui saluran kerajaan atau parti.

“Ada yang memang sudah
ada saluran sendiri pun untuk menyampaikan kepada rakyat. Mengisi ruang
di podcast YBM samalah seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang
untuk mengalihkan isu dengan mengapi-apikan sesama PH,” katanya.

Memandangkan
tiada sambutan daripada pemimpin PN, ahli Parlimen Pandan itu berkata
dia akan juga memberi ruang kepada mereka yang membangkang, atau
kritikal kepada pendekatan kerajaan.

Dalam episod malam ini,
Rafizi akan mengundang ahli akademik Barjoyai Bardai yang pernah
menyuarakan kritikan terhadap menteri itu pada masa lalu.
editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-58579414347844063722023-11-28T14:27:00.002+08:002023-11-28T14:27:22.842+08:00Dah-dahlah Hadi, tunggu je 4 tahun lagi

Oleh Hishamuddin Aun

Ditanya oleh Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pada sidang Parlimen 13 Sept lalu mengenai percubaan Perikatan Nasional (PN) hendak menukar sebuah kerajaan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Presiden PAS Hadi Awang dalam ketawa kecil menganggapnya sebagai soalan ‘bola tanggung’.

“Adakah ia juga merupakan satu perkara yang haram?” soal Rayer yang menemukan jawapan Ahli Parlimen Marang itu: “Mengikut proses demokrasi berparlimen, kerajaan boleh ditukar sama ada melalui undi tak percaya di Parlimen ataupun boleh dapat SD (akuan berkanun) Ahli-ahli Parlimen ataupun kerajaan bubar pilihan raya semula. Ini boleh buat, tak salah di mana Agong di bawah Perlembagaan.”

“Tapi menghasut..?” soal Rayer lagi, kali ini mendapat jawapan lebih tegas Tok Guru: “Tak hasut, kalau saya hasut buat repot polis sekali lagi, tak apalah.” Baik salah mahupun menghasut seperti yang kita faham daripada PAS ialah apabila ia diperlakukan ke atas parti itu tapi tidak jika mereka yang melakukannya ke atas pihak lain.

Terbaru, Hadi kata PN masih berusaha memujuk pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka. Melanjutkan hujahnya, pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman 2 Dis ini persediaan untuk PN mengambil alih pentadbiran kerajaan. Nah itulah tujuan sebenarnya untuk memancing sokongan pengundi pada PRK berkenaan daripada dirampas Barisan Nasional (BN).

Seperkara yang harus diakui ialah Hadi sangat konsisten – konsisten dalam kenyataannya untuk menukar kerajaan yang ada. Dari selepas PRU15 Nov tahun lalu lagi, beliau tidak jemu-jemu mengulangi hasrat yang sama dengan garis masa yang berubah-ubah daripada sebelum PRN enam negeri 12 Ogos lalu, yang dikatakannya sebagai pungutan suara terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim, malah selepas PRN enam negeri yang menyaksikan status quo 3:3, PRK Pulai 9 Sept, dan kini menjelang PRK Kemaman pula.

Di sebalik semua jangkaannya itu tidak menjadi dan istilah “cukup jumloh” yang sering dicanangkannya menjadi bahan persenda, timbalan pengerusi Perikatan Nasional itu tidak serik mengulanginya umpama memainkan piring hitam lama secara berulang-ulang hanya untuk mencetuskan polemik politik bagi menagih reaksi lawan.

Rasanya bukan saja penyokong Pakatan Harapan-BN tidak mempercayainya, malah penyokong PN, termasuk PAS, turut tidak meyakininya, tambahan dengan empat Ahli Parlimen Bersatu baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Anwar sehingga PRU16, yang jangkaannya pada 2027 nanti.

Cuma kali ini, kenyataan Hadi itu mungkin didorong oleh dua perkembangan yang memihak kepadanya. Pada 15 Nov lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangan Hadi dengan majoriti 41,729 undi bagi kerusi Parlimen Marang pada PRU15 lalu. Panel tiga hakim mendapati calon BN Jasmira Othman gagal membuktikan dakwaan presiden PAS itu merasuah pengundi melampaui keraguan munasabah. Ia memberikannya legitimasi untuk terus memainkan polemik nak menukar kerajaan.

Kemudian, satu hasil tinjauan Merdeka Center Rabu lalu mendapati penarafan Anwar sebagai perdana menteri menurun selepas setahun pentadbirannya. Penarafan kerajaan perpaduan ketika ini berada pada tahap 41% berbanding 54% pada Disember tahun lalu, dengan tahap tidak puas hati terutama berkaitan ekonomi meningkat kepada 43% daripada 19%. Hadi harus melihat kedudukan kerajaan perpaduan ketika ini di tahap paling lemah lantas mendorong serangan. Tapi betulkah begitu?

Ia tiada pun beza dengan kenyataan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin 3 Nov lalu yang mendakwa majoriti rakyat mahu PN mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Hanya dengan memetik beberapa komen di media sosial, Hamzah menyimpulkan ramai rakyat mengkritik kerajaan perpaduan konon kerana gagal menyelesaikan isu penting sehingga menjejaskan mereka. Lantaran itu, majoriti rakyat dikatakan mahu PN mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Boleh?

Kalau hendak ditumpukan kepada laporan yang ada konotasi negatif terhadap Anwar dan kerajaan pimpinannya, tentu ada banyak. Tak perlu tunggu Hadi mahupun Hamzah kerana itu memang kerja kedua-duanya untuk mengapi-apikan kritikan dan penolakan. Jika hendak dicari laporan negatif terhadap Hadi dan Hamzah pula, tak terbilang jumlahnya di sebalik mereka bukan pun mengetuai kerajaan. Jadi, tidak perlu pun dilayan.

Tapi itu tidak juga bermakna Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi tidak boleh menyanggah Hadi daripada polemik yang dicetuskannya kerana memang itu pun yang dimahukan presiden PAS itu untuk kekal relevan. Akmal berkata kenyataan Hadi itu hanya menyebabkan rakyat ‘terseksa’ dengan permainan orang politik yang membuat percaturan berkenaan, sambil Puad menterjemahkannya sebagai membuktikan ‘nafsu besar’ PAS menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’. Kata satu perumpamaan Inggeris (talk is cheap) bahawa cakap-cakap semata-mata benda murahan dan wajar cakap-cakap Hadi itu dibiarkan saja demikian.

Sebaliknya, berlawanan dengan dapatan Merdeka Center itu, ada juga dilaporkan pakar-pakar ekonomi memuji pencapaian Anwar sebagai perdana menteri dan menteri kewangan selepas genap setahun khidmatnya di sebalik keluh-kesah rakyat terhadap peningkatan kos sara hidup. Profesor ekonomi di Sunway Business School Yeah Kim Leng, Geoffrey Williams dari Malaysia Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, serta penasihat Pacific Research Center of Malaysia Oh Ei Sun antaranya mengkredit Anwar kerana meluncurkan inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat. Analisis mereka lebih layak dihadamkan.

Anwar yang menyifatkan laporan kaji selidik oleh Merdeka Center itu tidak mewakili suara keseluruhan 32 juta rakyat kerana dapatannya adalah berdasarkan pandangan 1,200 responden sahaja, sebaliknya yakin Malaysia akan menjadi negara hebat di rantau ini dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Genap setahun menjadi perdana menteri semalam, beliau berharap pentadbiran kerajaan perpaduan kekal untuk empat tahun lagi tanpa digugat mana-mana pihak. Tentunya ia boleh diinterpretasi dengan pelbagai tafsiran tapi ia juga jawapan paling lantang terhadap Hadi supaya beristiqamah dan bersabar untuk tempoh empat tahun lagi sebelum mengulangi cakap-cakapnya untuk menukar kerajaan. Ia akan mengelakkan “bola tanggung” ke atasnya pula, apatah lagi tiga pilihan yang disebutnya awal tadi tiada petanda akan berlaku.

Kalau pun diulanginya selepas PRK Kemaman lebih seminggu lagi, maka Akmal dan Puad harus menerimanya sebagai isyarat daripada Hadi supaya laporan polis dibuat terhadapnya.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-60571323075695163422023-11-28T14:21:00.003+08:002023-11-28T14:21:46.564+08:00Lagi Ahli Parlimen Bersatu isytihar sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit
Gantang) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara
terbuka ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sokongan itu dinyatakan beliau ketika waktu pertanyaan-pertanyaan perdana menteri (PMQT).

“Bukit Gantang isytiharkan sokong Tambun, perdana menteri ke-10 dan gagasan kerajaan Madani,” kata Ahli Parlimen Bersatu.

Beliau turut menyeru agar bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan
Ismail Sabri Yaakob bersama membantu Anwar dalam mentadbir kerajaan.

“Demi negara tercinta saya minta Tambun, Pagoh, Bera buang yang keruh
ambil yang jernih bersama membantu Tambun bina masyarakat Madani.

“Kepada Ahli Parlimen pembangkang marilah runding sebaiknya dengan
kerajaan seperti persefahaman Bera jadi perdana menteri,” katanya.

Ahli Parlimen (PN-Kota Bharu) Takiyuddin Hassan kemudian bangkit
mempersoalkan sekatan peruntukan dikenakan sehingga Ahli Parlimen
menyatakan sokongan kepada perdana menteri.

Anwar kemudian menjawab, tiada syarat khusus untuk peruntukan Ahli
Parlimen disalurkan sebaliknya pembangkang perlu mengadakan perbincangan
dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Katanya, rundingan masih boleh diteruskan biarpun pembangkang sering mencerca dan menghinanya.

“Saya nak tegaskan walaupun apa pun diucapkan. Tak halang perundingan
kembali peruntukan semua wakil rakyat, syaratnya runding dulu, saya tak
beri pra syarat sokong perdana menteri, boleh keluarkan syarat itu tak
perlu menyokong perdana menteri,” katanya.
editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-74435462450292590572023-11-28T14:16:00.001+08:002023-11-28T14:16:32.834+08:00Jaga percakapan kalau nak dapat undi bukan Melayu, PAS diberitahu

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menggesa PAS menjaga
percakapan sekiranya mahu Perikatan Nasional (PN) meraih sokongan bukan
Melayu.

Ketua Bersekutu Bersatu Chong Fat Full mendakwa beberapa tindakan
parti itu di Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis menyukarkan
tugasnya menarik sokongan pengundi bukan Islam.

Bekas Adun Pemanis itu berkata kekeliruan pengundi bukan Melayu
terhadap undang-undang Islam yang didakwa diburukkan dengan doktrin DAP,
perlu dijelaskan sebaik mungkin.

“Kita dalam PN, kita kena maklumkan kepada rakan perjuangan,
kadang-kala bila bercakap kena jaga sikit supaya tak jadi isu yang
membebankan kita (Bersekutu). Biasanya (tindakan) dari PAS lah.

“Saya bukan kata mereka tak betul tapi tengok disebut mana,” katanya
kepada FMT sambil menegaskan gesaan itu bukan untuk mengawal pemimpin
PAS sebaliknya melawan naratif dimainkan pihak lawan.

“Bila kita nak pergi merayu…(ada pengundi tanya) nanti kita undi
untuk awak (PN) boleh ke kita minum, masih boleh pakai seluar pendek
kah? Semua ni tak jelas… ‘half truth’ (separuh benar),” katanya merujuk
di Kelantan yang mana seorang wanita Cina disaman kerana memakai seluar
pendek di tempat awam.

Justeru, beliau yang mengetuai sayap itu pada Ogos tahun lalu berkata
Bersekutu mengambil pendekatan berjumpa sendiri dengan pimpinan PAS,
tanpa melalui kepimpinan tertinggi Bersatu bagi mendapatkan pencerahan
mengenai salah faham yang berbangkit.

“Pasal kalau kita buat melalui Bersatu, dia dah ‘tak secara
langsung’…. mungkin maknanya itu tak sama. Jadi kami nak ambil inisiatif
nak ‘cross platform’ di mana Bersekutu sendiri pergi berinteraksi
dengan PAS. Itu mustahak.”

“Kita kena lebih bergaul, jika selalu bergaul, kuranglah salah faham,” tambahnya.

Pada 20 Okt lalu, Presiden PAS Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar
tahunan PAS berkata PAS dan PN gagal mendapat bilangan kerusi mencukupi
untuk membentuk kerajaan kerana masih lemah menarik sokongan bukan
Melayu.

Hadi menyifatkan usaha menarik sokongan pengundi bukan Islam sebagai “usaha penting dan berat” yang mesti dilakukan.

Beliau menarik perhatian betapa hakikat di sebalik peningkatan
mendadak kerusi yang dimenangi PAS pada pilihan raya lepas, PN masih
gagal membentuk kerajaan.

Pada PRU15, PAS menang 43 kerusi yang kesemuanya di kawasan majoriti
pengundi Melayu, jumlah itu pencapaian terbaiknya sejak menyertai
pilihan raya umum. PN menang 74 kerusi yang bakinya dikuasai Bersatu.

Bagaimanapun, Bersekutu Bersatu dan Gerakan gagal menang di kerusi campuran yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) menerusi DAP.
editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-68074217211558594142023-11-15T10:25:00.003+08:002023-11-15T10:25:31.729+08:00MP Gua Musang nafi ditawar habuan, mahu fail saman

Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata dia akan memfailkan saman terhadap Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris yang menuduhnya menerima sogokan untuk mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azizi mendakwa tuduhan itu satu fitnah dan dia menafikan ada ditawarkan apa-apa bentuk habuan.

"Perkara ini tak betul dan fitnah yang paling teruk.

"Saya akan failkan saman kepadanya (Razali) yang telah membuat kenyataan menuduh saya ada terima sogokan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 11 Nov lalu, Razali mendakwa wujudnya unsur sogokan kepada empat ahli parlimen yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri.

"Dalam kes ini kita percaya wujud unsur-unsur sogokan yang menjanjikan habuan selepas mereka menyatakan sokongan terhadap perdana menteri.

"Kita akan pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Razali.

‘Kenyataan diputar-belit’

Terdahulu, Pengerusi Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Azizi yang menjadi ahli parlimen PN ketiga mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Manakala, Ketua Penerangan Bersatu Kelantan Bahari Mohamad Nor pula mendakwa bahawa Azizi ada memberitahu terdapat broker politik yang menawarkan sejumlah wang yang lumayan berserta lain-lain manfaat kepada ahli parlimen pembangkang yang mahu buat kenyataan sokong perdana menteri.

Bagaimanapun, Azizi tampil menafikan perkara tersebut dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dalam masa terdekat.

"Pengerusi negeri telah memutar belit kenyataan saya, yang saya cakap lain tapi mereka buat tafsiran lain," katanya.

Pada 10 Nov lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan SPRM atas dakwaan ada unsur rasuah dan ugutan berhubung peralihan sokongan beberapa ahli Parlimen dari parti itu kepada Anwar.

Muhyiddin juga mendakwa pihaknya telah mengumpulkan bukti bagi menyokong dakwaan itu.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Ketua Pemuda Armada (Bersatu) Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mendakwa terdapat dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang.

Menurutnya, individu terbabit adalah “Datuk Botak” dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador.

Bagaimanapun, Farhash dalam satu kenyataan menafikan tuduhan berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Fayhsal.

Sejak bulan lepas, empat ahli parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan terhadap pentadbiran perdana menteri.

Mereka ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-31404197373237162262023-11-15T10:23:00.001+08:002023-11-15T10:23:46.941+08:00Lagi MP Bersatu tampil nafi ditawar habuan, diugut untuk sokong Anwar

Seorang lagi ahli Parlimen Bersatu tampil menafikan dakwaan bahawa sokongannya kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah disebabkan ugutan dan habuan.

Sebaliknya, kata ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman sokongannya kepada perdana menteri adalah demi memastikan kelangsungan rakyat di Parlimen Labuan.

“Saya ahli Parlimen Labuan ingin menafikan sekeras-kerasnya berkaitan dakwaan Ketua Armada Bersatu Malaysia (Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal) di satu sidang akhbar yang dibuat di Dewan Rakyat semalam.

“Antara lain beliau menyebut bahawa empat ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada perdana menteri telah didatangi oleh seseorang yang diberikan gelaran ‘Datuk Botak’, kononnya memberikan tekanan seperti mengugut, menjanjikan projek dan memberi habuan wang tunai.

“Semua itu adalah tidak benar terutamanya kepada diri saya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata dia akan memfailkan saman terhadap Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris yang menuduhnya menerima sogokan untuk mengisytiharkan sokongan terhadap perdana menteri.

Azizi mendakwa tuduhan itu satu fitnah dan dia menafikan ada ditawarkan apa-apa bentuk habuan.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-87164535097788747552023-11-14T11:32:00.001+08:002023-11-14T11:32:02.539+08:00Pabila PAS tak ada pas

Oleh Mohsin Abudllah

Harusnya artikel ini bertajuk “pabila Harakah tidak ada pas”. Namun oleh kerana Harakah milik PAS tajuk yang saya pilih tidak salah. Its technically right. Harakah sebahagian daripada parti dan merupakan lidah rasmi PAS. ‘Harakah itu PAS’ dan ‘PAS itu Harakah’.

Kisah bermula apabila akreditasi yakni pas media keluaran Jabatan Penerangan untuk Harakah dibatalkan tempoh hari. Tindakan dikata ada kaitan dengan penulisan Harakah 6 Okt lalu yang melapor Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya mendakwa kerajaan mengubah nada berhubung perjuangan kemerdekaan Palestin untuk “mengikut naratif yang ditetapkan Israel dan Barat”. Mengiringi artikel itu gambar perdana menteri dengan bendera Israel di belakangnya manakala bendera Palestin diletak di sisi Ahmad.

Sama ada tindakan Jabatan Penerangan (baca: kerajaan) menarik balik pas rasmi media daripada Harakah wajar atau tidak terpulang interpretasi masing-masing. Tindakan itu dikritik keras pertubuhan media termasuk Gerakan Media Merdeka dan juga Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia. Harakah diberitakan akan membuat rayuan. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pula dilapor berkata kerajaan “bersedia memaafkan” Harakah. Sehingga kini belum ada perkembangan lanjut isu ini.

Sementara kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi, saya mengajak anda imbau kembali laporan Malaysiakini bertarikh 7 Okt lalu. Laporan itu memetik Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhil Shaari menyifatkan apa yang dikenakan ke atas Harakah “satu tindakan yang tidak pernah akhbar Harakah alami sejak daripada zaman ‘maha zalim’ tak pernah diambil kad media.”

Difahamkan “maha zalim” yang disebut Fadhil merujuk kepada era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat. Mahathir memegang jawatan perdana menteri keempat daripada 1981 hingga 2003. Saya tidak pasti bila Harakah diberi kad media rasmi kerajaan. Seorang kawan lama yang pernah bertugas di Harakah (1987 – 1993) tidak ingat tetapi kata beliau pernah meminta bosnya “buatkan pas supaya wartawan Harakah dapat masuk ‘pc’ (press conference) kerajaan. Tak ada pas tu tak boleh masuk.”

Kata beliau lagi “dulu buat pas kena isi borang bagi gambar dan surat penerbit kat Jabatan Penerangan”. Kawan saya ini tidak tahu sama ada Harakah waktu itu ada membuat permohonan atau tidak. Seorang lagi kawan yang bertugas di Harakah bermula 1987 dan berhenti 2013 berkata “seingat saya tak ada. Pakai name card Harakah je”. Merujuk kad yang dikeluarkan Harakah kepada kakitangan.

Yang saya tahu pas rasmi atau perakuan media ialah untuk membolehkan petugas media bergerak bebas semasa menjalankan tugas. Pihak berkuasa seperti polis umpamanya senang memberi kerjasama. Itu secara ringkas. Pas dikeluarkan kepada organisasi media tetapi kerajaan suatu waktu dulu tidak melihat Harakah betul-betul media atau ‘media tulen’. Harakah dikategori sebagai media parti yang hanya patut menerbitkan berita parti, seperti Suara Merdeka milik Umno masa lalu. Cuma oleh kerana Harakah suara pembangkang ia menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Di muka depan akhbar Harakah wajib beritahu akhbar itu untuk ahli PAS sahaja.

Walaupun mematuhi peraturan itu Harakah tidak mengendahkan arahan menyiar berita parti sahaja. Ia menyiarkan perkembangan politik tanah air bukan sekadar aktiviti parti, umpamanya pada era reformasi lewat 1990-an. Berita Anwar Ibrahim dilapor secara meluas. Hasilnya bukan sahaja jualan akhbar Harakah melonjak, ia juga membuka jalan untuk Harakah menceburi arena berita dalam talian termasuk penyampaian berita video.

Harakah waktu itu sememangnya ‘berperang’ dengan kerajaan dan tidak disenangi Mahathir. Apa pun hakikatnya Harakah akhirnya diberi kad media daripada Jabatan Penerangan. Ini amat menggembirakan mereka kerana dilihat mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai ‘media tulen’.

Seperti dikata tadi saya tidak pasti bila Harakah dapat pas rasmi media daripada kerajaan. Adakah pada penghujung pemerintahan Mahathir, atau di zaman Pak Lah Badawi? Najib Razak mungkin? Maaf saya tidak ada ada jawaban. Pertanyaan yang diaju kepada beberapa sumber menemui kebuntuan. Carian di Google juga tidak membantu.

Namun diteruskan juga penulisan ini dengan bertanya apa keistimewaan pas rasmi media kepada Harakah? Sebenarnya bukan sahaja buat Harakah. Apa istimewanya kepada semua media?

Setahu saya pas itu sesuatu yang ‘encompassing‘. Si pemegang pas dan pertubuhan yang diwakili terlebih dahulu ‘disiasat’ serta ‘diteliti’ pihak berkuasa. Hanya setelah berpuas hati dengan hasil selidikan and everything is in order, pas dikeluarkan. Ertinya si pemegang pas dan pertubuhannya mendapat perakuan kerajaan.

Maka pas itu membolehkan si pemegang menjalankan pelbagai liputan. Begitulah sepatutnya tetapi yang berlaku sebaliknya. Jika ada lawatan rasmi pembesar luar negara, pas khas dikeluarkan khusus untuk liputan. Persidangan besar seperti sidang kemuncak APEC atau Asean, pas khas dikeluarkan juga. Hanya orang media yang ditugaskan oleh majikan masing-masing akan diberi pas untuk tujuan tertentu.

Perhimpunan agung parti politik pun begitu. Muktamar PAS pun ada keluarkan pas media khas. Untuk sesi sidang Parlimen, petugas media diminta deposit pas rasmi media dan diganti dengan pas khas Dewan Rakyat untuk membuat liputan. Maksudnya lain acara lain pas. Ertinya pas rasmi media keluaran Jabatan Penerangan seakan tak laku.

Jadi apa maknanya pas itu?

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-17456515650115751532023-11-14T11:13:00.004+08:002023-11-14T11:13:51.651+08:00Jangan tuding jari, bukan anda tak tahu ‘lompong’ Akta Lompat Parti, kata Wan Junaidi

PETALING JAYA: Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan semua pihak tidak menuding jari atas kelompongan Akta Lompat Parti kerana semua parti sedia mengetahui “kelemahannya”.

Beliau yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan undang-undang) merujuk peruntukan “wakil rakyat perlu mengosongkan kerusinya jika melanggar prinsip parti serta tidak mengikut pendirian parti di Parlimen”, yang ditolak.

Baru-baru ini, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mendedahkan menteri Bersatu dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) kini menolak peruntukan tersebut.

Wan Junaidi berkata, beliau telah meramalkan apa yang akan berlaku semasa akta itu sedang dirangka dan bertegas mahu memasukkan klausa yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen yang melanggar kehendak parti akan kehilangan kerusi mereka secara automatik.

“Jawatankuasa pemilihan berbincang hampir dua bulan maka RUU (Akta Lompat Parti) dapat (diluluskan) tapi dua syarat iaitu melanggar arahan parti dan melanggar arahan Whip digubal, digugurkan berlandaskan untuk dapat kelulusan di Dewan Rakyat.

“Jadi kalau Perikatan Nasional tak sokong, dua pertiga tak dapat dicapai. Kerana itulah RUU sekarang dikatakan ada kelemahan, bukan kerana jawatankuasa tak tahu.

“Kita tahu, sudah diberi amaran awal-awal lagi dari September 2021,” katanya menurut Buletin Awani.

Pada 9 Nov, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa undang-undang lompat parti sebagai cacat dan perlu dikaji semula. Katanya, terdapat kelemahan yang boleh dieksploitasi parti politik.

Terdahulu, empat Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim melibatkan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Mereka mengisytiharkan demikian namun bertegas masih kekal setia bersama parti.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-18165206243028341372023-11-14T11:03:00.000+08:002023-11-14T11:03:02.927+08:00Anwar dan politik Machiavelli

Oleh Zaharul Abdullah

Dalam karya masyhur The Prince, Niccolo Machiavelli iaitu seorang negarawan, penulis politik dan pelopor kepada gerakan pembaharuan di Itali pada abad ke-15, telah menyediakan panduan kepada pemerintah (Raja) untuk menyelamatkan kekuasaannya daripada kekacauan dalam negeri dan serangan dari luar.

Menurut Machiavelli, bagi menjamin keamanan dan ketenteraman, pemerintah perlu bertindak seperti singa dan kancil, iaitu menggunakan paksaan atau kekerasan dan tipu helah untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa, sementara mengenepikan pertimbangan etika dan moral.

Hal ini bermaksud, pemerintah perlu menggunakan kebijaksanaan dan keupayaan (virtu) dan bertindak mengikut keperluan (necessita) serta tidak boleh bergantung harap kepada nasib baik (fortuna) semata-mata.

Dalam konteks politik Malaysia, Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, telah memanfaatkan unsur virtu dengan baik bagi mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa. Dalam usaha untuk mendapatkan kuasa, perancangan politik di belakang tabir seolah-olah telah dibuat di antara Anwar dengan Presiden Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hal ini membawa kepada pemberian sokongan kepimpinan tertinggi Umno kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan ekoran situasi parlimen tergantung selepas PRU15. Meskipun Umno kemudian memilih untuk tidak bersama dengan PH mahupun Perikatan Nasional (PN), fortuna bersama dengan Anwar apabila Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya kerajaan perpaduan dibentuk dengan PH yang mempunyai bilangan kerusi terbesar menjadi terasnya.

Susulan sokongan yang diberikan oleh Umno dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada PH, Anwar melantik Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II.

Meskipun Zahid sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah pada ketika itu, keutamaan Anwar adalah untuk mendapatkan kuasa sementara persoalan etika dan moral tidak menjadi tumpuan. Dalam hal ini, Anwar belajar daripada kesilapan politik kerajaan sebelumnya.

Ketiadaan Zahid dalam barisan kabinet Muhyiddin Yassin telah membawa kepada tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional susulan penarikan diri sekumpulan ahli parlimen Umno yang diketuai oleh Zahid daripada kerajaan. Gesaan daripada kumpulan yang sama juga telah membawa kepada pembubaran kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Dalam usaha untuk mempertahankan dan memperkukuhkan kuasa, beberapa strategi telah dilaksanakan oleh Anwar.

Antaranya, PH telah menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, GPS, GRS dan Warisan. Perjanjian ini bertujuan untuk membentuk satu kerajaan yang stabil dan membolehkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dengan satu suara. Sebagai timbal balas dan usaha memperkukuhkan sokongan dari parti-parti dari wilayah Borneo, Anwar telah mengumumkan peruntukan yang tinggi kepada Sabah dan Sarawak dalam belanjawan 2024, menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak selain komited menyelesaikan isu-isu berbangkit mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

Usaha untuk memperkukuhkan kuasanya sebagai Perdana Menteri juga dibuat apabila beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan. Kedudukannya sebagai Menteri Kewangan ini bukan hanya membolehkan beliau menggubal dan melaksanakan dasar fiskal tetapi juga menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.

Objektif yang kedua ini turut memberikan Anwar kuasa untuk menyemak, membatalkan dan melaksanakan tender semula bagi projek tebatan banjir bernilai RM15 billion dan Jana Wibawa bernilai RM7 bilion yang dibuat secara rundingan terus.

Berdasarkan hasil siasatan SPRM ke atas projek Jana Wibawa, beberapa pemimpin pembangkang iaitu Presiden Parti Bersatu Muhyiddin Yassin, mantan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan antaranya menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah, pengubahan wang haram serta meminta dan menerima rasuah. Beberapa akaun milik Parti Bersatu turut dibekukan.

Perlu difahami bahawa siasatan dan pendakwaan ini, sama ada bersifat politik atau tidak, dibuat dalam konteks beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri. Hal ini menunjukkan bahawa Anwar memanfaatkan kuasa dan sumber-sumber yang ada untuk memberikan tekanan kepada pihak pembangkang meskipun impaknya ke atas PRN terbatas.

Strategi pengukuhan kuasa oleh Anwar tidak hanya terbatas kepada agihan belanjawan dan gesaan siasatan rasuah dan penggubahan wang haram terhadap pihak pembangkang tetapi turut melibatkan kawalan terhadap peruntukan kawasan kepada pihak pembangkang. Sehingga kini, peruntukan kawasan kepada pihak pembangkang masih belum diagihkan selagi pihak pembangkang tidak datang dan berunding dengan kerajaan.

Tekanan kewangan dan tuntutan pembangunan di kawasan ini menyebabkan beberapa ahli parlimen pembangkang dari Parti Bersatu iaitu ahli parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli telah menyatakan sokongan mereka kepada kepimpinan Anwar.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-60924643596291446652023-11-14T11:00:00.003+08:002023-11-14T11:00:27.211+08:00'Tindakan 4 MP bukti kegagalan Muhyiddin sebagai pemimpin'

Sokongan beberapa pemimpin Bersatu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membuktikan kegagalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin, kata Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional, Hazmi Hassan.

Katanya, keadaan itu juga jelas memperlihatkan gabungan parti pembangkang semakin kucar-kacir ketika mereka berulang kali mendakwa akan kembali menjadi kerajaan.

"Rakyat jelas melihat Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional telah gagal mengawal ahli parlimennya sendiri, malah hanya mengambil inisiatif untuk menghubungi mereka selepas keempat-empat ahli parlimen bertindak menyokong PMX.

"Rakyat akan sedar betapa Muhyuddin tidak memenuhi syarat untuk menjadi ketua pembangkang kerana kelemahan dan sentiasa gagal dalam memimpin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini empat ahli parlimen Bersatu mengiystiharkan sokongan terhadap pentadbiran perdana menteri, Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Kesemua mereka membuat keputusan itu dengan alasan demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing. Sebagai timbal balik, mereka memperoleh peruntukan pembangunan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM4 juta di kawasan masing-masing.

Dalam pada itu Hazmi berkata Muhyiddin sebelum ini menunjukkan kegagalan sebagai perdana menteri ketika era pandemik Covid-19 apabila menjadikan darurat sebagai benteng untuk terus berkuasa.

Tambahnya, kerajaan pimpinan Muhyiddin juga terpaksa dibubar selepas hilang majoriti di parlimen, yang pertama kali berlaku dalam sejarah di Malaysia.

"Lebih memalukan pihak yang menarik diri adalah rakan komponennya sendiri, BN yang kemudian menjadi kerajaan selepas itu dan memberi ihsan padanya menjadi penasihat Ekonomi,” katanya.

Justeru Hazmi mencadangkan agar Muhyiddin bersara daripada politik demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Sesungguhnya itu adalah perkara yang terbaik untuk negara ketika ini.

“Jelas Muhyiddin ialah presiden yang gagal, gagal memimpin kerajaan sehingga terkenal dengan jolokan kerajaan gagal," ujarnya.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-34915233494369926412023-11-14T10:58:00.005+08:002023-11-14T10:58:42.043+08:00Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas?

Oleh Mohd Sayuti Omar

TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan.

Malam tadi Bersatu terpaksa membuat mesyuarat tergempar membincang kejadian berkenaan. Antara diputuskan malam tadi parti itu bercadang untuk membawa kejadian itu kepada SPRM dan polis serta menuntut kepastian apakah tindakan mereka itu melanggar akta anti lompat parti atau tidak.
Dalam kenyataan awal presiden Bersatu, Mahiaddin Yassin beliau cuba memberi gambaran keadaan empat ahli parlimen Bersatu itu diselamatkan oleh Speaker yang tidak ada wibawa atau berpandangan berat sebelah.

Rasanya tidak perlu beliau mengait dan menjadikan Speaker sebagai kambing hitam bagi mengharamkan tindakan wakil itu kerana akta anti lompat adalah undang-undang diluluskan parlimen dan mahkamah sahaja boleh mementukannya. Kuasa mahkamah mengatasi kuasa Speaker. Mana mungkin Speaker interfere dalam hal ini.

Apa pun yang boleh ditafsirkan dengan kejadian itu, bahawa PN kini dilanda krisis keyakinan anggota mereka (MP) sendiri kepada kepimpinan koalisi berkenaan. Empat wakilnya itu bakal menjadi pandemik membahayakan yang boleh merebak.

Memaling sokongan.

Dengan menjadikan alasan tindakan mereka itu demi rakyat dan untuk mendapat peruntukan untuk kawasan parlimen masing-masing, empat ahli parlimen Bersatu itu memalingkan sokongan dari PN kepada pembangkang. Bahawa sudah timbul keraguan dalam kalangan wakil rakyat mereka sehingga ada yang mengubah sikap. Itu hakikatnya.

Mereka ialah ahli parlimen Kuala Kangsar (Iskandar Dzulkairnain Abdul Khalid), Labuan (Suhaili Abdul Rahman), Gua Musang (Mohamad Azizi Abu Naim) dan Jeli (Zahari Awang Kecik). Walaupun mereka masing-masing menyatakan kesetiaan kepada parti, tetapi hakikatnya mereka tidak lagi bersama Bersatu. Sekaligus tindakan mereka itu mengurangkan jumlah pembangkang dari 74 kerusi kepada 70, dan menambah kepada kerajaan dari 147 menjadi 151.

Pihak Bersatu cuba menjustifikasi peralihan sokongan empat MP itu sebagai satu pencabulan kuasa dan ada manipulasi politik. Kononnya mereka berempat itu telah dipengaruhi dan ditawar dengan kebendaan. Tuduhan itu sangat dangkal, sengaja mahu merendahkan moral keempat wakil rakyat itu sahaja.

Lantas Bersatu bercadang untuk mengemukakan masalah itu kepada SPRM dan pihak polis. Bahkan diugut sama mereka juga akan melaporkan SPRM kepada SPRM kerana mengsyaki ada kakitangan SPRM berselingkuh. Sebenarnya cadangan itu tidak lebih daripada untuk dikatakan bahawa Bersatu tidak berdiam diri dengan kemelut itu, sedangkan tindakan itu tidak akan memberi apa-apa dampak.

Walaupun kedudukan mereka dalam parti masih samar, namun tindakan bakal dikena oleh parti dengan mengambil tindaklan disiplin, dan sudah ada yang sudah digantung menunjukkan keempat orang ahli parlimen itu sudah mengucap selamat tinggal kepada Bersatu. Bersatu tidak dapat berbuat apa-apa pun kerana akta anti lompat parti tidak berlaku kepada mereka. Sementara langkah Bersatu hendak melaporkan kepada SPRM dan polis ia tidak lebih usaha menjustifikasikan kejadian itu sahaja, untuk menunjukkan yang mereka tidak berdiam diri.

Yang jelas perilaku tindakan mereka itu memberi beberapa implikasi kepada Bersatu dan PN. Tindakan itu benar-benar memukul Bersatu dan PN. Bagi Bersatu tindakan mereka itu menggambarkan mereka hilang kepercayaan dan keupayaan presiden mereka Mahiaddin Yassin yang sebelum ini beriya-iya mengatakan mereka akan kembali berkuasa dan menjatuhkan kerajaan Perpaduan.

Apabila setelah lebih sembilan bulan kerajaan Perpaduan tidak berjaya digugat dan Mahiaddin masih belum dipanggil ke Istana untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri seperti dicanang-canangkan wajar kalau ada orang mulai meragui keupayaannya itu. Dan bagi empat wakil itu jalan terbaik dengan meninggalkan parti. Tiada ada guna menunggu sesuatu yang tidak hadir. Tepatlah kalau mereka bertindak demikian kerana bagi mereka lebih obses tentang nasib dan kepentingan rakyat ketimbang diri sendiri.

Rakyat tidak hanya cukup dijamu dengan janji dan dihiasi dengan lauk pauk retorik dan mimpi-mimpi molok untuk jadi kerajaan. Rakyat tidak boleh menangguhkan agar keperluan mereka dipenuhi. Masa berlalu dari minggu ke minggu bulan ke bulan, sedangkan perut dan tuntutan hidup diperlukan. Jeritan kehausan pembangunan rakyat di bawah sana kian lantang dan terdesak. Justeru mereka penaka wakil rakyat harus memikir dan menindakkan sesuatu. Tindakan menyokong kerajaan itu adalah tepat.

Apa yang berlaku itu adalah elok kalau Mahiaddin juga bermuhasabah merenung ke dalam diri apakah dia masih layak dan berkemampuan untuk terus memimpin parti? Tiada guna jadi presiden kalau kita sudah hilang kepercayaan dan keyakinan. Walaupun tindakan empat orang itu tidak ramai, tetapi ia memberi kesan bahawa Bersatu dan PN sedang mengalami keretakan serius. Mahiaddin perlu melakukan sesuatu yang lebih praktikal.

Sebaik-baik sikap diambil Mahiaddin ialah berdamai dengan kerajaan. Serah diri dengan melakukan ceasefire. Jika beliau melakukan itu beliau akan dihormati dan disokong rakyat. Perdamaian itu boleh dilakukan dalam apa sahaja bentuk setidak-tidaknya untuk menimbus kemaluan yang sudah melata di muka kini. Sebaik-baiknya mengadakan MoU dengan kerajaan Perpaduan meniru seperti mana dilakukan PH semasa menjadi pembangkang dahulu menanda tangani MoU dengan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Ismail Sabri Yaacob.

Mahiaddin dan Bersatu serta PN berhentilah bermimpi untuk mengambil alih kerajaan. Ketahui dan insaflah hari sudah siang. Ia akan menjadi sulit bukan sahaja kerana ahli parlimen mereka telah hilang kepercayaan dan keraguan, namun ia akan terus terhalang apabila dengan keyakinan rakyat sendiri hari ini kepada kerajaan Perpaduan, Malaysia Madani kian diterima.

Kesan kepada Pas.

Langkah empat ahli parlimen itu turut memberi kesan sama kepada Pas. Tentu ia juga mengejutkan Pas yang selama ini dberikan janji kosong oleh Bersatu untuk mengambil alih kerajaan secara tidak bermoral sekali lagi. Bagaimana Pas melihat tindakan berkenaan? Apakah mereka tidak bimbang dan ragu atau pun masih berkeyakinan PN akan berjaya menggugat kerajaan Perpaduan.

Sebagai sebuah parti politik yang mempunyai iltizam untuk menguasai kerajaan, Pas tidak boleh meriba tangan melihat kejadian itu tanpa mencari formula atau mengagaskan sesuatu politik baru. Pas perlu berfikir ke hadapan dengan lebih jauh serta memikirkan beberapa kemungkinan akan berlaku. Misalnya Pas perlu meletakkan pertanyaan dalam minda mereka, apakah tidak mustahil Bersatu akan berkolaborasi dengan kerajaan, mengambil sikap berbaik dengan musuh selepas gagal menewaskannya.

Pas kena fikir perkara ini. Sebelum Pas dimainkan, Pas harus membuat persiapan diri. Pas harus kebal dengan kemungkinan-kemungkinan politik. Dalam politik tidak ada kesetiaan, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunai tetapi untuk dimungkiri. Ingat.

Dalam hal ini Pas juga secara senyap atau terbuka harus menyemak kembali wibawa Mahiaddin sebagai pengerusi PN. Mesti ada sesuatu yang kurang atau tidak disenangi dan ketidak-mampuannnya apabila ditungging punggung oleh ahli sendiri walaupun tanpa penyertaan mereka.

Politik umpama sebuah kenderaan awam yang dinaiki pelbagai penumpang. Ia akan bergerak mengikut masa dan jadualnya. Mana-mana penumpang yang terlambat atau bermasalah ia akan ditinggalkan. Nah begitu juga dengan Bersatu ia adalah penumpang kepada kenderaan awam yang akan memikirkan dirinya daripada penumpang yang lain. Bersatu tidak sanggup ketinggalan sama dengan penumpang lain (Pas). Sebagai penumpang Pas harus berfikiran positif.

Justeru Pas perlu menilai kembali keberadaannya dalam PN. Renung dan kaji apakah untung dan ruginya. Apakah kelabaan kalau ia meninggalkan Bersatu dan menyokong kerajaan. Fikir dan selidik apakah kerugian kalau terus bersama Bersatu dan kekal menentang kerajaan?

Ukuran atau perkara yang perlu dijadikan ukuran dan perioriti kepada Pas ialah nasib rakyat, terutamanya dalam kawasan negeri dikuasai mereka. Mungkin rakyat di kawasan dimana negeri dikuasai Pas, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak akan menghadapi kesulitan seperti rakyat di kawasan di luar negeri-negeri itu. Sekiranya dengan terus menentang kerajaan dan kekal berkolabrasi dengan Bersatu merugikan Pas, Pas harus melakukan sesuatu yang munasabah dan drastik.

Pas tidak akan rugi apa-apa kalau ia membuat penilaian semula dengan Bersatu. Bahkan tindakan itu dikira berpandangan jauh. Itulah political will namanya. Pas kena yakin kepada keupayaan parti berkenaan yang punyai potensi. Pas kena sedar selama ini yang menghidup atau mengelombangkan sokongan rakyat kepada PN ialah Pas bukannya Bersatu. Bersatu hanya menumpang "tui" Pas semata-mata. Menjadi unta atau keldai itu baik, tetapi ia tidak begitu membahagiakan kalau selama-lama dijadikan haiwan tunggangan kerana ia terbatas jua dengan usia dan keadaan.

Atas realiti itu dan potensi yang ada Pas mampu bergerak sendiri menjadi parti alternatif kepada mana-mana parti memerintah Keadilan atau Umno. Pas tidak perlu bergantung kepada mana-mana parti. Apakah Pas sedar nilai dan kekuatan yang satu ini ada kepadanya? Pas kadang-kadang tidak sedar potensi diri dan kekuatan yang ada kepadanya, kerana ia dinaungi oleh individu yang oportunis menguasai parti berkenaan.

Kesimpulan perkembangan yang "lembam" dalam Bersatu sekarang ini Pas perlu sedari dan peka. Pas jangan sekali lagi terlepas akibat kurang cekap membaca kompas dan iklim politik. Tokoh-tokoh muda/pelapis dalam parti agama itu seperti Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Noor, Dr Zuhdi Marzuki, Afnan Taib dan lain-lain perlu bangkit dan berani menyatakan "tesis" politik masing-masing. Mereka tidak perlu terus menjadi pandir kepada ludah-ludah presiden semata-mata.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-25768160326260103512023-11-14T10:55:00.001+08:002023-11-14T10:55:47.245+08:00Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS apabila hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) menyusut nilai.

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7040/7090 berbanding dolar AS daripada 4.7065/7105 pada penutup Jumaat lepas.

Pasaran ditutup pada Isnin sebagai cuti penggantian perayaan Deepavali yang disambut pada Ahad.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut 1.0 mata asas kepada 4.64 peratus.

Untuk hari ini, beliau berkata tumpuan utama akan diberikan kepada data indeks harga pengguna (CPI) AS yang dijangka menyederhana kepada 3.3 peratus pada Oktober selepas kekal pada 3.7 peratus selama dua bulan berturut-turut.

“Isu utama di sini ialah bilakah Rizab Persekutuan AS (Fed) akan melonggarkan pendirian sekatan mereka kerana inflasi dilihat semakin rendah.

"Ketidakpastian seperti ini akan menyebabkan kadar peningkatan ringgit menjadi tidak sekata selepas pasaran pekerjaan AS yang lemah pada minggu pertama November. Oleh itu, kami menjangkakan MYR/USD akan kekal dalam julat yang sempit hari ini, mungkin sekitar RM4.70," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1002/1037 daripada 3.1072/1101 pada penutupan dagangan Jumaat lepas tetapi susut berbanding euro kepada 5.0328/0382 daripada 5.0232/0275 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7732/7794 daripada 5.7480/7529 sebelumnya.

Namun begitu, mata tempatan lebih kukuh berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42, menambah berbanding rupiah Indonesia pada 299.5/300.0 daripada 299.8/300.2 dan tinggi berbanding baht Thai kepada 13.0609/0824 daripada 13.1108/1267 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4604/4643 daripada 3.4599/4631 pada Jumaat minggu lepas.

- Bernama

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-37067128227878395822023-11-14T10:45:00.001+08:002023-11-14T10:45:15.445+08:00Jangan sampai negara Islam dilihat lemah tangani isu Palestin

Oleh Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor

Konflik Palestin-Israel yang berlarutan sejak 7 Oktober lalu menyaksikan peningkatan jumlah korban dan individu yang cedera. Terkini, lebih 10,000 rakyat Palestin terkorban dan angka ini dijangka akan terus meningkat susulan serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Gesaan supaya gencatan senjata segera dilaksanakan seolah-olah tidak diendahkan rejim Israel. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menegaskan Israel tidak akan sesekali tunduk dengan gesaan untuk melakukan gencatan senjata, sebaliknya akan terus mempertingkatkan serangan atas alasan menghapuskan pejuang Hamas.

Apa yang menyedihkan beberapa negara sekutu Israel terus mendukung tindakan Israel menyasarkan orang awam dan kemudahan strategik termasuk hospital, sekolah dan masjid.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terus gagal mencapai keputusan berhubung perang Palestin-Israel ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing.

Dunia Islam pula masih ternanti-nanti apakah tindakan segera dapat dibuat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). OIC terus dilihat tidak mampu memainkan peranan signifikan di tengah-tengah konflik tercetus.

Perang Palestin-Israel sudah berlarutan lebih sebulan dan angka korban juga terus meningkat, namun OIC masih belum mengambil langkah proaktif sebagai pembela perjuangan Palestin.

Pada Sidang Kemuncak Tergempar Jumaat lalu, OIC terus gagal menatijahkan sebarang bentuk tindakan tuntas dan tegas bagi menangani konflik di Gaza dan apa yang berlaku dianggap 'wayang' dan tidak serius mempertahankan kedaulatan Palestin sebagai negara sah serta melindungi orang awam daripada serangan Israel.

Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC Ke-8 di Riyadh, Arab Saudi dan menyatakan pendirian tegas mengenai usaha segera perlu dilakukan jika mahu menamatkan tindakan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza.

Tangani penderitaan rakyat Palestin

Ketika krisis kemanusiaan masih berlarutan, serta keperluan utama bagi negara anggota OIC dan seluruh masyarakat antarabangsa untuk membantu menangani nasib dan penderitaan rakyat Palestin, tetapi tidak ada apa yang boleh dilakukan pertubuhan itu.

Melihatkan kepincangan OIC bagi menangani krisis yang berlaku, ucapan Anwar dilihat lebih berani menuntut OIC memainkan peranan penting bagi mengetuai proses rundingan dan kerjasama pelbagai pihak bagi menyelesaikan konflik tercetus.

Dalam hal ini, hubungan baik antara Malaysia dengan beberapa negara OIC sepatutnya dijadikan peluang untuk sama-sama menggerakkan kempen menangani konflik. Bagi negara Arab khususnya yang mempunyai hubungan normalisasi dengan Israel, negara terbabit sepatutnya bertindak tegas seperti memutuskan hubungan diplomatik dan memanggil kembali duta negara masing-masing.

Hubungan normalisasi Arab-Israel yang terjalin sebelum ini jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang kebaikan diperoleh rakyat Palestin, sebaliknya kekejaman Zionis pula semakin meningkat.

Mesir yang dahulunya menjadi peneraju utama gerakan konfrontasi Arab-Israel sejak 1948 perlu memainkan peranan sewajarnya dengan membuka kembali pintu sempadan bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada rakyat Gaza.

Negara Islam khususnya dalam kalangan Liga Arab perlu menyedari agenda sebenar di sebalik percaturan blok Barat ke atas Asia Barat. Mereka sepatutnya tidak menjadi lidah Yahudi dan mengikut telunjuk dan tekanan Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Peluang untuk menyekat sebarang bentuk kontrak kepada syarikat Israel atau syarikat yang menyokong Israel perlu dilaksanakan segera bagi menghukum kekejaman ke atas penduduk Palestin di Gaza.

Sebagai alternatif, negara OIC perlu mewujudkan perancangan khusus bagi mengukuhkan ekonomi sesama negara Islam sebagai persediaan tindakan balas negara Barat dari aspek ekonomi disebabkan pendirian tegas terhadap Israel.

Negara OIC yang juga pengeluar minyak utama seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Qatar dan lain-lain seharusnya didesak supaya menggunakan softpower mereka ada, iaitu berhenti menyalurkan minyak kepada negara haram Israel dan negara sekutu mereka sebagai tanda protes terhadap penganiayaan berterusan kepada warga Palestin.

Tidak cukup sekadar itu, negara OIC perlu bertindak menghalang sebarang penerbangan dilakukan syarikat penerbangan Israel ke negara mereka atau menggunakan ruang udara.

Ketetapan juga harus dibuat semua negara OIC untuk mengutuk Israel di Parlimen negara masing-masing sebagai langkah solidariti berterusan bersama Palestin. Langkah ini juga tanda sokongan berterusan kepada rakyat negara OIC supaya pemimpin negara Islam tidak dilihat lemah dan lesu dalam menanggapi isu kemanusiaan ini.

OIC perlu lebih proaktif dalam usaha menyeret Israel ke mahkamah keadilan antarabangsa untuk dijatuhkan hukuman atas tindakan 'genocide', pembunuhan orang awam dan pencabulan hak asasi manusia dilakukan mereka.

OIC tidak sepatutnya bertindak dengan cara 'tunggu dan lihat' atau 'sembang kosong' sehingga akhirnya dimomokkan mereka hanya mampu berkata 'Oh I see' sahaja tanpa tindakan secara tegas.

Lebih manis lagi jika Malaysia menggerakkan kempen menyelamatkan Gaza dan Palestin serta menjadi juara dalam agenda membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis Israel.

Penulis adalah Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-46115631381666643732023-11-14T10:42:00.002+08:002023-11-14T10:42:16.809+08:00Palestin perlukan pembelaan konsisten warga dunia

Oleh Rusli Abdul Roni

Perang Palestin-Israel sejak sebulan lalu mendedahkan krisis di wilayah dijajah rejim Zionis menjadi perkara berakar di hati ramai manusia seluruh dunia, walaupun masih terdapat kelompok belum memahaminya realiti punca ia berlaku.

Konflik berlarutan di Palestin memberi kesan besar dan mendalam kepada warganya. Sebagai manusia, terutama Muslim, mereka ada tanggungjawab agama, moral dan kemanusiaan untuk memahami serta menyuarakan keprihatinan terhadap isu ini.

Justeru, merungkai isu dan konflik ini perlu memahami perkara utama iaitu memahami konflik Palestin bukan hanya masalah agama semata-mata. Ia isu merentasi sempadan agama, bangsa dan negara. Ia turut menyentuh elemen politik, sosial, ekonomi dan kawasan geografi rumit.

Ini bermakna sebagai individu atau masyarakat yang peduli dan prihatin, sejarah konflik di Palestin perlu difahami sepenuhnya. Ini adalah langkah pertama yang penting untuk memahami secara mendalam isu berkenaan. Apabila sudah memahami isu sebenar, baru penyelesaian tepat dan bersasar dapat dijelmakan.

Menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin tidak cukup hanya dengan kata-kata dan demonstrasi, tetapi boleh menyumbang dengan menyalurkan dana kemanusiaan melalui agensi kemanusiaan dipercayai, amanah dan aktif di Palestin.

Selain itu, setiap manusia, terutama Muslim mempunyai peranan penting untuk menyedarkan masyarakat dunia mengenai isu Palestin terutama melalui media sosial. Dalam era digitalisasi hari ini, suara individu memiliki impak besar dalam menentukan keputusan global.

Palestin ada hak hidup aman

Di sisi lain, melobi pihak berkuasa adalah tindakan penting. Pemimpin politik dan dunia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan jitu bagi membawa kepada penyelesaian konflik di Palestin.

Sebagai warga dunia yang prihatin, perlu disedari konflik dan perang Palestin-Israel adalah isu hak asasi manusia. Rakyat Palestin seperti warganegara lain juga mempunyai hak asasi untuk hidup dalam aman, keselamatan terjamin, bermartabat dan mendapat keadilan.

Oleh itu, penekanan terhadap aspek hak yang adil untuk warga Palestin perlu diperjuangkan dan ini menuntut perlindungan dan penyelesaian berkekalan serta terus menerus untuk mereka.

Perlu dipastikan dalam usaha membantu mencari penyelesaian adil, warga dunia harus menolak segala bentuk keganasan dan penindasan.

Keganasan hanya menimbulkan lebih banyak penderitaan. Penolakan terhadap keganasan dan penghinaan adalah tindakan moral penting dalam mencapai perdamaian diidamkan semua pihak mahu menamatkan konflik di Palestin.

Sementara itu, orang Islam perlu terus berdoa untuk memastikan aspek keselamatan, keamanan dan keadilan bagi warga Palestin menjelma kembali serta memberikan mereka penyelesaian konflik lebih adil.

Ini adalah tugas moral dan spiritual seluruh dunia untuk mewujudkan kedamaian dan keamanan di wilayah bergolak itu sejak 1948.

Kesimpulannya, isu Palestin adalah isu kemanusiaan memerlukan tindakan konsisten dan jujur daripada semua individu seluruh dunia.

Berpandukan pengetahuan sejarah, pembangunan solidariti, kesedaran mendalam, lobi yang jitu, penolakan keganasan dan doa, kita semua boleh membantu membawa sinar cahaya penyelesaian adil di wilayah malang berkecamuk itu. Ia adalah tugas kita sebagai warga dunia yang prihatin.

Pensyarah Jabatan Sains Sosial dan Humaniti, Kolej Pengajian Berterusan (CCEd), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-67186617625403088092023-11-14T10:34:00.002+08:002023-11-14T10:34:40.736+08:00Manfaatkan APEC sebelum Gaza jadi padang jarak padang tekukur

Sehingga ke saat ini, bedilan Israel ke atas kemudahan di Semenanjung Gaza sudah membunuh 11,180 orang, kebanyakannya orang awam, memetik Kementerian Kesihatan dikendalikan Hamas.

Pada waktu tidak berbeza, jutawan hartanah di Amerika Syarikat (AS), Barry Sternlicht melancarkan kempen mengumpul sokongan untuk meningkatkan imej Israel serta memburukkan Hamas.

Kempen Facts for Peace dinaungi Josh Vlasto, iaitu ahli strategi komunikasi yang pernah bekerja dengan Senator AS, Chuck Schumer dan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo itu dilancarkan ketika bantahan solidariti pro-Palestin sedang hangat di seluruh dunia.

Turut mengecewakan, keputusan Canselor Jerman, Olaf Scholz menentang gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza biarpun terdapat gesaan global mendesak konflik Palestin-Israel dihentikan.

Bahkan, Olaf menyifatkan gesaan gencatan senjata segera atau penangguhan kemanusiaan bukan tindakan tepat dengan alasan langkah itu hanya memberi Hamas untuk pulih dan mendapatkan peluru berpandu baharu.

Dua laporan berita ini jelas menunjukkan wujud rancangan dan strategi terancang untuk menjadikan Gaza 'padang jarak, padang tekukur' serta 'menghalalkan' tindakan tentera rejim Zionis Israel menyerang penduduk awam di wilayah terkepung itu.

Atas faktor ini, masyarakat dunia terutama negara Islam tidak boleh berpeluk tubuh lagi melihat warga awam Gaza terus menjadi mangsa keganasan Israel kononnya memerangi tentera Hamas.

Melihat kepada perkembangan ini, sepatutnya tiada lagi alasan atau hujah untuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berlembut terhadap Israel serta negara sekutunya demi menyelamatkan saudara seagama di Gaza.

Lebih lama OIC bersikap 'tunggu dan lihat' atau sekadar mengkritik kekejaman Israel di Palestin pada forum dan persidangan antarabangsa, lebih banyak nyawa umat Islam di Gaza akan terkorban.

Soalnya sampai bila OIC sanggup membiarkan nasib orang awam di Gaza terus menjadi mangsa kekejaman Israel ketika tempat perlindungan seperti sekolah, masjid dan hospital dibom manakala bekalan elektrik dan air disekat.

Terkini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan mahu menggunakan kesempatan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 bermula hari ini, untuk mengetengahkan situasi di Palestin, bagi tujuan meraih sokongan global.

Malaysia mahu membangkitkan isu ini dengan harapan akses kemanusiaan dan penyelesaian yang adil dapat dijelmakan di Palestin yang menjadi punca utama konfik di Asia Barat yang sudah berlarutan sejak 75 tahun itu.

Langkah dan inisiatif Malaysia ini mungkin dilihat 'kecil' namun jika tidak manfaatkan peluang terhidang ini, nasib rakyat Palestin akan terus tertindas tanpa pembelaan sewajarnya.

DR melihat komitmen Perdana Menteri ini menunjukkan Malaysia benar-benar mahu menyelesaikan segera konflik di Palestin. Namun tanpa bantuan serta sokongan negara Islam lain, usaha Malaysia ini dilihat sukar. Apa yang penting, ikhtiar Malaysia diharap dapat membuka jalan baharu untuk menamatkan episod genting di Palestin.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-59500153424625918732023-11-14T10:29:00.004+08:002023-11-14T10:29:56.674+08:00Mesej terakhir sebelum dibom Israel

PENGEBOMAN tanpa henti Israel ke atas Genting Gaza lebih tiga minggu lalu telah meratakan seluruh kawasan kejiranan dan menyebabkan wilayah Palestin yang terkepung itu bertukar menjadi padang jarak padang tekukur.

Angka kematian akibat kegilaan rejim Zionis juga telah melepasi 11,000 orang termasuk lebih 4,500 kanak-kanak kerana tempat selamat seperti masjid, gereja, pusat media, hospital dan pasar raya kebanyakannya telah dibom.

Akibat diserang dari segenap penjuru dan ketiadaan gencatan senjata, maka tidak hairanlah ramai penduduk Gaza yang tidak berdaya menjadikan platform media sosial seperti X (dahulunya Twitter) dan Instagram sebagai tempat menyuarakan rintihan mereka.

Bagaimanapun, hanya teks, suara atau video mereka sahaja yang 'hidup' kerana orang yang menyiarkannya telah terbunuh dalam serangan udara.
Malah, ramai yang memuat naik gambar atau cerita ringkas di X dan Instagram dengan nota bahawa ia mungkin mesej terakhir mereka.
Haytham Harara, seorang wartawan di pejabat media kerajaan Gaza telah dibunuh pada 3 November lalu dan salah satu mesej terakhirnya dimuat naik di X pada 13 Oktober.

Antara mesej Haytham Harara yang dimuatnaik di X sebelum dia terbunuh ketika membuat liputan di luar pekarangan Hospital Al-Shifa pada 3 November lalu.

Antara mesej Haytham Harara yang dimuatnaik di X sebelum dia terbunuh ketika membuat liputan di luar pekarangan Hospital Al-Shifa pada 3 November lalu.
Ia berbunyi: "Kami tidak akan pergi, kami tidak akan diasingkan dan kamu tidak akan melihat apa-apa daripada kami selain keteguhan, kepastian dan ketabahan. Jika kami berhijrah, maka ia adalah penghijrahan untuk bertemu Allah, Tuhan sekalian alam."

Haytham disahkan meninggal dunia semasa dikejarkan ke Hospital Al-Shifa, salah satu kemudahan kesihatan terbesar di utara Gaza di mana terdapat beribu-ribu penduduk mendapatkan rawatan dan berlindung daripada pengeboman Israel yang berterusan.

DUNIA HANYA MEMERHATI

Seorang lagi penduduk Gaza, Dr Asmaa al-Ashqar yang bertugas di Hospital Al-Quds merekodkan mesej hanya 24 jam sebelum dia terbunuh dalam serangan udara Israel.

Dalam rakaman suara yang penuh emosi, dia mengatakan bahawa Gaza sedang dihapuskan dan dunia hanya memerhatikan tanpa mengambil sebarang tindakan.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-43393542846021897192023-11-14T10:28:00.002+08:002023-11-14T10:28:13.177+08:00Kekejaman Zionis: Bayi pramatang dalam risiko besar di Al-Shifa

GAZA: Bayi-bayi di Hospital Al-Shifa, Gaza, kini berada dalam risiko yang besar kehilangan nyawa dengan setiap detik yang berlalu.
Kesemua mereka dikumpul dan dibaringkan bersebelahan untuk mewujudkan rasa hangat dan hanya memakai lampin serta kini menunggu harapan sama ada boleh diselamatkan.

Bayi yang baru lahir itu berada di bawah jagaan medik yang keletihan di Hospital Al-Shifa.

Hospital itu dikepung oleh kereta kebal Zionis Israel yang memerangi pejuang hamas ia kekurangan bekalan elektrik, air, makanan, ubat-ubatan dan peralatan.

Ketua Jabatan Pediatrik di Al-Shifa, Dr Mohamed Tabasha berkata, semalam mereka mempunyai 39 bayi namun hari ini hanya tinggal 36 bayi.

Beliau tidak mengetahui berapa lama bayi-bayi ini dapat bertahan dan memaklumkan mungkin akan kehilangan lagi dua bayi hari ini atau dalam masa satu jam.

Bayi pramatang, yang beratnya kurang daripada 1.5 kg harus berada dalam inkubator di mana suhu dan kelembapan boleh dikawal mengikut keperluan individu mereka.

Sebaliknya, mereka terpaksa dipindahkan ke katil biasa pada hujung minggu lalu kerana kekurangan bekalan elektrik.

Tabasha berkata, mereka diletakkan bersebelahan dikelilingi oleh paket lampin, kotak kadbod kain kasa steril dan beg plastik.

Bayi-bayi itu terlalu sejuk dan suhu tidak stabil kerana bekalan elektrik terputus.

Beliau berkata tiada lagi cara untuk mensterilkan susu dan puting botol mereka mengikut standard yang diperlukan.

Akibatnya, ada yang menghidap gastrik, cirit-birit dan muntah-muntah, yang bermaksud risiko akut dehidrasi.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-12167601651555732272023-11-14T10:26:00.004+08:002023-11-14T10:26:57.973+08:00Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas

BEIRUT: Korban pertempuran selama berminggu-minggu merentasi sempadan Lubnan-Israel telah meningkat di kedua-dua belah pihak, pada Isnin.

Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.

Serangan Israel mengorbankan dua orang di selatan Lubnan pada Isnin.

Di pihak Israel, serangan peluru berpandu Hezbollah pada Ahad mencederakan beberapa pekerja dari syarikat elektrik Israel dan seorang meninggal dunia akibat kecederaannya pada Isnin.

Hezbollah telah menentang tentera Israel sejak sekutu Palestinnya Hamas berperang dengan Israel pada 7 Oktober.

Pertempuran itu menandakan keganasan paling dahsyat di sempadan sejak Israel dan Hezbollah berperang selama sebulan pada 2006.

Setakat ini, lebih 70 pejuang Hezbollah dan 10 orang awam telah terbunuh di Lubnan dan 10 orang termasuk tujuh tentera telah terbunuh di Israel.

Israel telah berkata ia tidak mahu perang di bahagian utaranya kerana ia berusaha untuk menghancurkan Hamas di Semenanjung Gaza.

Manakala Hezbollah berkata, serangannya telah direka untuk memastikan tentera Israel sibuk sambil mengelakkan peperangan habis-habisan.

Sebelum ini Amerika Syarikat (AS) berkata, ia tidak mahu konflik merebak di seluruh wilayah dan telah menghantar dua kapal pengangkut pesawat ke kawasan itu untuk menghalang Iran daripada terlibat.

Tetapi itu tidak menghentikan retorik yang semakin meningkat dari Hezbollah dan Israel.

Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah berkata, barisan Lubnan akan "kekal aktif" dan terdapat "peningkatan kuantitatif" dalam kepantasan operasi kumpulan itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula memberi amaran kepada Hezbollah supaya tidak meluaskan serangannya.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-13370269076737544182023-11-14T10:23:00.007+08:002023-11-14T10:23:47.852+08:00Tiket Terbuka Malaysia 2024 mula dijual Rabu ini

KUALA LUMPUR: Tiket-tiket Terbuka Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 14 Jan depan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini akan mula dijual pada pukul 11 pagi .

Apa yang lebih menarik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan pada Isnin mengumumkan satu kempen pembelian awal yang menyediakan diskaun kepada peminat yang mendapatkan tiket mereka sebelum 15 Dis ini.

Selain daripada tiket individu, BAM memaklumkan tiket langganan juga boleh diperoleh mulai 15 Nov ini kepada mereka yang mahu menikmati setiap detik perlawanan penuh aksi kejohanan Super 1000 ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh dalam kenyataan sama menggalakkan setiap orang supaya mendapatkan tiket mereka awal.
"Terbuka Malaysia Petronas secara konsisten menghidangkan aksi badminton kelas dunia, dan kami teruja untuk menjadi hos acara berprestij ini sekali lagi.

"Ia merupakan peluang unik bagi peminat menyaksikan aksi hebat atlet sukan dan wira negara di atas pentas antarabangsa," katanya.
Peminat yang ingin membeli tiket boleh berbuat demikian di laman www.ticket2u.com.my .
-- BERNAMA

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1920444583495672182.post-41122650305542016252023-11-14T10:21:00.006+08:002023-11-14T10:21:50.559+08:00Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

BEKAS anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dilapor ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.
Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid.

Mohd Syahril yang menziarah penyanyi itu Sabtu lalu memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.

"Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Jadi, saya memohon orang ramai agar mendoakan dirinya sembuh.

"Dia dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu. Namun, mengenai punca penyakit, saya kurang pasti," katanya.

Menurut Mohd Syahril, dia difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badan susut.

"Baru-baru ini, bapa mentuanya (ayah Ina Naim) membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
"Buat masa ini, Ina dan keluarganya tidak mahu diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Suhaimi," kata

nya, menurut Gempak, memetik laporan Berita Harian.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

editorreformishttp://www.blogger.com/profile/03365872722272671024noreply@blogger.com0