Najib mangsa Jho Low ? 20 Persoalan Yang Penyokong Umno Perlu Jawab !
Oleh Fathi Aris Omar
Paling aku tak faham soalan ini 👇
"Saya hendak tanya satu soalan saja. Adakah DS Najib Razak diberi perbicaraan yang adil.
"Mengapa orang lain yang terlibat dalam kes penyelewengan tidak turut didakwa? Mustahil kes sebesar ini dilakukan oleh hanya seorang sahaja."
Bertahun-tahun berpuluh-puluh orang tanya soalan ini. Hairan aku, kau orang tak baca berita mahkamah ke? Tak ikuti perkembangan ke?
Mari aku pula tanya soalan:
1. Siapa yang paling berkuasa?
2. Siapa yang luluskan?
3. Kenapa Najib tidak endah amaran Sultan Mizan (Mei 2009), TS Bakke Salleh (September 2009) dan TS Tong Koi Ong (Mac 2015)?
4. Setelah skandal terlondeh, kenapa ganggu siasatan dan sorok maklumat?
5. Kenapa sorok nama Jho Low hadir mesyuarat?
6. Buat apa jumpa KPMG di rumah Najib?
7. Kenapa KPMG tidak mahu sahkan audit 1MDB?
8. Kenapa Deloitte tarik balik pengesahan audit?
9. Kenapa KPMG dan Deloitte didenda kerajaan?
10. Kenapa pecat peguam negara? Kenapa peguam negara baru kata Najib tidak bersalah?
11. Mana pergi penderma Arab?
12. Kenapa tutup akhbar dan portal yang dedah skandal 1MDB jika tidak bersalah?
13. Najib buat apa di atas kapal bersama Jho Low?
14. Kenapa DS Rosmah Mansor cakap pada Najib, "can I advise you something?"
15. Anak tiri Najib buat filem penuh babak bogel itu duit dari mana?
16. Kenapa hantar Jho Low berdua dengan pegawai Najib (bukan pegawai tinggi kerajaan) untuk ambil hutang dari China?
17. Kenapa adik Najib sendiri jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad ajak bongkar skandal 1MDB?
18. Kenapa kau tidak pergi cari buku adiknya TS Nazir Razak, Di Sebalik Nama?
19. Kenapa hakim buat keputusan ini? Tengok 👇
20. Kenapa 1MDB sendiri saman Najib, tuntut US$5.64 bilion? Tengok 👇
Pihak pendakwa, dalam penghujahan pada Oktober 2025, senaraikan banyak lagi hubungan baik Low dan Najib dari 2009 hingga 2016.
Saya ringkaskan berita Utusan Malaysia:
👉 Ogos 2009, Low dan Najib bersama keluarganya berada di atas kapal (seperti foto yang pernah dimuat di Sarawak Report)
👉 September 2009, Low sekali lagi hadir dalam mesyuarat 1MDB sebagai penasihat Najib
👉 November 2009, Low dan beberapa yang lain temani Najib di New York untuk bertemu pegawai Goldman Sachs
👉 Mac 2015, Tong beri amaran tentang kelicikan Jho Low tetapi diarahkan keluar seperti di atas 👆
👉 Jun 2016, Low terlibat dalam pelan rasionalisasi 1MDB di China atas arahan Najib. (Hutang projek ECRL jadi besar kerana nak tutup hutang 1MDB.)
Apa kata dua timbalan pendakwa raya?
👉 "Jadi, bolehkah tertuduh kini mendakwa bahawa beliau telah diperdaya oleh Jho Low? Jawapannya ialah tidak,” kata Mohamad Mustaffa P Kunyalam. 👉 "Tertuduh bukan mangsa yang benar-benar tidak tahu apa-apa tetapi penerima manfaat yang mengelak daripada menjawab semua persoalan kerana jawapan itu akan menjeratnya,” kata Kamal Baharin Omar.
Penyokong Najib atau Umno selalu tanya kenapa Jho Low tidak diheret ke mahkamah? Jawapan ada di atas 👆 Kenapa Najib tidak bertindak awal-awal?
AMARAN Kalau kau tanya lagi sekali, aku block kau dan delete komen kau. Aku tahu kau rasa semua ini main-main sahaja. Kau bukan minat nak tahu 😆




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.