AS hantar pesawat tanpa pemandu ke Mindanao
Amerika Syarikat terus memberikan bantuan teknikal kepada tentera
Filipina dengan menghantar sebuah pesawat udara tanpa pemandu ke
Mindanao untuk membantu negara itu memerangi pengganas, lapor agensi
berita China Xinhua.
"Pesawat dikenali Gray Eagle Unmanned Aircraft Systems (UAS) itu dihantar ke Mindanao untuk menjalankan aktiviti pengawasan tambahan sebagai menyokong usaha Angkatan Tentera Filipina (AFP)," kata kenyataan Kedutaan AS di Filipina pada Isnin.
Jelas kenyataan itu, Gray Eagle mempunyai tempoh penerbangan lebih lama yang membolehkan ia meninjau kawasan lebih luas.
Sejak tiga tahun lepas, AS telah menghantar bantuan bernilai lebih 15 bilion peso (US$295 juta) dihantar ke Filipina.
"Penghantaran yang dilakukan baru-baru ini termasuk pesawat jenis UAS Raven Tactical dan dua pesawat pengawasan Cessna-208B," tambah kenyataan itu.
Hubungan ketenteraan yang teguh sejak sekian lama dengan Filipina membolehkan AS bertindak pantas membantu memenuhi keperluan AFP selain menyokong matlamat angkatan tentera berkenaan.
- Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.