https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sebelum Kritik Harga Minyak, Faham Dulu Industri Minyak Malaysia


Oleh Aman Muhammad

Biar abang sekolahkan adik mengenai sedikit sebanyak perihal industri minyak negara kita.

1. Malaysia ni negara pengeluar minyak.

2. Walaupun Malaysia menjual minyak kepada negara lain, dalam masa yang sama, Malaysia juga membeli minyak dari negara lain.

3. Kenapa macam tu?

4. Sebabnya, minyak Malaysia minyak jenis premium, minyak yang bermutu tinggi. Manakala minyak yang Malaysia beli dari negara lain, adalah minyak yang level rendah sket berbanding minyak negara kita.

5. Habis tu, kenapa Malaysia jual minyak premium tu? Kenapa tak guna untuk dalam negara kita?

6. Oleh sebab minyak Malaysia ni jenis premium, maka Malaysia amat tidak berapa sesuai untuk diproses menjadi RON95. Minyak premium banyak digunakan dalam industri berat seperti minyak kapal terbang, minyak kapal, industri, pembuatan plastik untuk telefon, dan sebagainya.

7. Jadi Malaysia beli minyak yang lebih level rendah, untuk kegunaan demostik negara kita, dan diproses menjadi RON95.

8. Negara yang menjadi pembeli minyak premium kita ialah:

a. China
b. Korea Selatan
c. Australia
d. Jepun
e. Indonesia
f. Thailand
g. Singapura
Kesemua negara pembeli ni, tidak melalui selat Hormutz. Maka ia satu perkara positif untuk Malaysia.

9. Manakala negara penjual minyak kepada Malaysia ialah:

a. Saudi Arabia
b. UAE
c. Oman
d. Kuwait
e. Sudan
f. Qatar (LNG)

Dan negara-negara penjual ini sangat terjejas dengan penutupan selat Hormutz.

10. Walaun kata, kalau harga dunia naik, maka Malaysia akan dapat untunglah sebab Malaysia jual minyak.

11. Ya, benar Malaysia akan dapat untung dengan kenaikan harga minyak dunia, namun:

a. Malaysia juga terpaksa membeli minyak dari negara lain dengan harga yang mahal.
b. Negara lain berjimat cermat dengan mengurangkan volume minyak Malaysia kerana harga terlalu mahal.

12. Jadi sebab tulah, kenaikan harga runcit minyak adalah salah satu kesan negatif dari peperangan AS-Iran yang sedang ditanggung oleh negara kita.

13. Tapi adik jangan risau, kami rakyat Malaysia pada hakikatnya tidak terkesan pun dengan kenaikan harga runcit minyak, kerana kami ada BUDI95.

14. Adik mesti jeles dengan kami sebab adik takde IC, kami ada IC. Kami guna IC untuk dapatkan petrol yang lebih murah.

15. Adik beli petrol RM3.25 seliter, manakala kami rakyat Malaysia beli harga jauh lebih murah iaitu RM1.99 seliter.

16. Itulah beza kami rakyat Malaysia. Kami dapat harga murah manakala adik, penjenayah seludup. warga asing dan walaun kena beli RON95 dengan harga yang lebih mahal. 17. Zaman dulu takde BUDI95. minyak naik semua terkesan.

Sekarang ada BUDI95, minyak naik walaun, penyeludup dan warga asing. je yang terkesan, kami rakyat Malaysia tak terkesan. Semoga penerangan abang ni dapat membantu adik memahami bagaimana industri minyak Malaysia ni berfungsi. Benda ni semua tidak diterangkan dalam PAS, sebab dalam tu semua mana ada yang cerdik nak terangkan macam ni. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.