Sultan Selangor tarik balik tauliah mengajar Zamihan
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar pendakwah Zamihan Mat Zain di negeri itu susulan
ceramah agama yang disampaikannya mengandungi perkataan rasis, kurang
beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.
Johor sebelum mengambil tindakan terhadap Zamihan, termasuk memutuskan ikatan dengan agensi agama persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Dewan Diraja Selangor, arahan itu dikeluarkan mengikut peruntukan Peraturan 17, Peraturan-peraturan Tauliah (Selangor) 2008.
Keahlian Zamihan sebagai Jawatankuasa Tauliah Negeri Selangor juga dibatalkan.
Pada 13 Oktober, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan larangan sementara terhadap Zamihan daripada berceramah di semua masjid dan surau di negeri itu.
Pendakwah itu disiasat mengikut Akta Hasutan dan ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan mengkritik Sultan Johor berhubung kedai dobi Muslim di negeri itu.
Susulan kejadian itu, Sultan Selangor turut mengarahkan semua ceramah dan kuliah yang diadakan di seluruh masjid dan surau di negeri itu dirakamkan bagi merekodkan dan memantau isi kandungan yang berlangsung.
Selain itu, Sultan Selangor menitahkan penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di negeri itu perlu dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau saja, bukan di luar kawasan kecuali untuk laungan azan dan bacaan Al-Quran.
“Larangan itu bagi memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
“Raja-raja Melayu berpendirian Islam sebagai agama persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif serta wajib dipertahankan daripada dicemari tindakan bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.