Al-Quran dalam komputer, handphone
SOALAN: Bagaimanakah kedudukannya dari segi hukum jika kita membawa al-Quran dalam bentuk CD atau dalam komputer ke dalam tandas.
JAWAPAN: Hukum al-Quran di dalam CD atau dalam hand phone atau dalam komputer tidak sama dengan mushaf.
Masa buka dalam komputer atau dalam lap top, jika kita ada junub atau tidak ada air sembahyang, haram kita sentuh dekat ayat itu. Tapi bila kita tutup, kita keluarkan ‘application’nya dan sudah tiada lagi ayat al-Quran di situ, sebaliknya keluar window lain pula, maka tidak haram kita sentuh di situ. Ia tidak sama macam al-Quran. Ia hilang.
Masa terbit ayat al-Quran itu kita tidak boleh hendak langkah hand phone kita sebab ada tulisan ayat surah al-Baqarah dan sebagainya di depannya itu. Jadi ketika itu, kita tidak boleh langkah hand phone kita. Haram hukumnya jika kita langkah hand phone kita ketika itu. Apabila ayat al- Quran itu sudah hilang, sudah keluar window lain, makruh sahaja hukumnya jika kita langkah handphone kita ketika itu, kata ulama. Ia macam itulah.
Sama juga dengan al-Quran. Bila kita bakar al-Quran, hilang habis tulisannya, maka tiada lagi hukum al-Quran. Atau al-Quran tulisan tangan, kita rendam dalam air, sudah putih kertas, tiada al-Quran, suatu haraf pun tiada, hilang hukum al-Quran, maka tiada air sembahyang pun boleh sentuh. Ia macam itulah, qias. Walau bagaimanapun, kalaulah bentuk-bentuk macam itu, sunat juga kita hormat, mempermuliakan al-Quran.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.