"Amanah ini rumah kita; mengapa perlu pindah rumah orang lain" - Salahuddin Ayub
Oleh Zin Mahmud
Satu hari pada tahun 2004, aku terserempak dengan Salahuddin Ayub di KLIA. Beliau berpakaian kemeja berlengan panjang putih, berseluar hitam.
Memegang sebuah buku. Beliau hanya memakai capal. Katanya beliau sedang dalam perjalanan ke Kota Baru.
Salahudin memenangi pilihan raya umum tahun 2004 di Kelantan.Pada masa itu PAS mempunyai polisi memperuntukkan satu kawasan selamat untuk calon dari luar Kelantan.
Ini membolehkan pemimpinnya yang berasal dari luar Kelantan dapat masuk Dewan Rakyat. Jika tidak, pemimpin-pemimpinnya yang berkaliber asal di luar Kelantan jangan harap dapat jadi ahli parlimen. Ini kerana PAS sukar menang di luar Kelantan dan Terengganu.
Daeng Sanusi Daeng Mariok seperti juga Salahuddin adalah dari Johor pernah jadi ahli parlimen mewakili kawasan Rantau Panhang. Begitu juga dengan Mohamad Sabu yang betasak dari Pulau Pinang.
Pada sekitar tahun 2010-an, ketika itu aku Pengarang Mingguan Malaysia. Salahuddin menghubungi aku untuk mendapatkan bahan-bahan mengenai Palestin untuknya sampaikan di Dewan Rakyat.
Apabila berlaku perpecahan dalam PAS pada tahun 2014 antara golongan yang digelar sebagai "progresif" dengan golongan yang "konservatif", maka Salahuddin mendapati dirinya dalam kumpulan "progresif".
Golongan ini kalah dalam pemilihan parti melalui strategi terancang yang mereka tidak sedari. Malah melalui kata-kata kasar yang melanggar batas ukhuwah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menghalau golongan ini daripada parti.
Perbezaan antara golongan ini adalah mengenai kerjasama PAS dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Presiden mahu PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sementara golongan "progresif" mahu parti itu kekal dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Utusan Malaysia diarahkan menyokong golongan yang mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Caranya ialah menyiarkan berita kebaikan golongan konservatif dan memburukkan golongan progresif. Ia adalah cara UMNO untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Istilah yang digunakan ialah "Anwarinas" iaitu menggambarkan golongan ini adalah penyokong Anwar, iaitu pemimpim luar dan tidak meletakkan kesetiaan pada presiden sendiri
. Ia bermula selepas Mursyidul Am PAS meninggal dunia. Masa itu aku adalah pengarang Mingguan Malaysia, iaitu edisi Ahad akhbar Mingguan Malaysia.
Aku tidak ada suara dalam soal berita politik walaupun aku dari segi jawatan bertanggungjawab pada keseluruhan isi akhbar itu. Aku juga tidak dilibatkan dalam sebarang penulisan berita atau rencana politik nasional.
Ia ditentukan secara langsung oleh Ketua Pengarang dengan pelaksanaan dilakukan oleh seorang penolong pengarang. Ketua Pengarang pula berhubung langsung dengan pucuk pimpinan UMNO.
Pada pertengahan 2013, aku terima tawaran Ketua Pengarang untuk meninggalkan akhbar dan berpindah ke anak syarikat Kumpulan Utusan yang menerbitkan buku. Bagaimanapun aku diminta terus menulis hal ehwal antarabangsa. Dalam negara no, luar negara yes.
Di hujung tahun 2014 aku didiagnos kanser dan mulai 2015 aku mengambil cuti sakit berpanjangan untuk menjalani rawatan dan tinggal di rumah.
Setelah tamat cuti sakit, aku kira bersara awal. Ketua Pengarang Utusan datang berjumpa aku, mengajak aku kembali bekerja. Aku kata aku sudah tak larat. Bagaimanapun, beliau yang baik padaku memberikan ruangan antarabangsa untuk aku tulis di Mingguan Malaysia.
Dengan melihat perkembangan politik, aku mendapati diriku berada pada pihak golongan "progresif". Ia bererti aku menghentikan sokongan terhadap PAS dan beralih pada parti yang diusahakan oleh golongan "progresif" iaitu Parti Amanah Negara. Aku dapati banyak kawan-kawanku yang menyertai PAS pada tahun 1980-an dengan mudah beralih ke Amanah tanpa ajakan atau pujukan.
Wartawan-wartawan kanan Harakah yang pernah bekerja dengan aku dahulu mudah beralih ke Amanah. Ini termasuklah Pengarangnya, Ahmaf Lutfi Othman, Zulkifli Sulong, Taufek Yahya, Tarmizi Mohd Jam, Abu Bakar Rashid di samping pemberita-pemberita baharu.
Pada tahun 2016, bila aku sudah menjalankan rawatan kemoterapi dan mampu untuk keluar rumah dan memandu, Taufek menghubingi aku. Bekas wartawan-wartawan Harakah itu mahu menerbitkan akhbar rasmi Amanah. Patut atau tidak patut. Adakah akhbar bercetak masih relevan atau tidak. Atau hanya menerbitkan portal dalam talian.
Aku pun berjumpa Taufek di Restoran Thaqwa, Seri Gombak. Aku kata akhbar bercetak masih releven tetapi sudah kurang berpengaruh.
Kalau ada banyak duit, terbitlah akhbar bercetak kerana tulisan dan gambar di atas kertas mempunyai impak visual berbeza daripada paparan imej pada skrin walaupun ia lebih terang
Apa yang penting, dalam tulisan, seseorang boleh menggerakkan minda untuk mengungkapkan idea-idea dan menggalakkan perbincangan serius dalam parti. Juga penting, dengan adanya pejabat akhbar, ia memberi ruang untuk pertemuan dan aktiviti penuokong oarti serta nengeratkan silaturahim.Tidak perlu mingguan. Boleh jadi dwimingguan atau bulanan.
Naskhah yang tidak dapat dijual boleh diedar secara percuma di seluruh negara, di cawangan-cawangan parti dan tempat awam.
Lidah rasmi parti bukanlah akhbar harian untuk menyampaikan berita semasa. Ia merupakan syiar dan penghubung bagi mengeratkan sesama ahli di samping menyatakan pendirian parti.
Namun, untuk berkempen, kataku peranan bahan bercetak sudah kecil. Media sosial adalah medannya. Dalam hal ini, ia perlu diserahkan pada generasi muda dan baru, geberadi tua macam aku wajar mengundur diri.
Biarlah kita menjadi pengundi dan pemerhati saja, unruk ke medan, kuts serahkan pada generasi muda.
Ketika aku berbincang, Salahuddin Ayub muncul dan bertanya khabar. Beliau membawa botang keahlian Amanah dan menyerahkannya pada aku . Pada masa itu pindaan perlembagaan belum dipersetujui ROS, jadi pada borang ada lambang Parti Pekerja Malaysia yang berupa lingkaran roda bergerigi, cangkul dan pen, warisan daripada Parti Buruh Malaya. Ia menggamit nostalgiaku terhadap perjuangan kiri negara.
"Kan best kalau tak tukar logo dan kita jadi parti kiri," kataku berseloroh.
Aktivis-aktivis Amanah berusaha menambah ahli dan sasarannya adalah ahli-ahli PAS yang menjadi penyokong golongan "progresif". Secara teknikal, dengan menjadi ahli parti lain, maka gugurlah keahlian PAS.
Tetapi golongan "progresif" ini adalah golongan lama yang zamannya sedang berlalu. Tanpa penyertaan orang muda, parti ini akan terkubur. Apakah yang ia boleh menatik anak muda? Mereka pun tak dapat faham Amanah ini berjuang untuk apa.
Tambahan pula aku perhatikanan, terdapat banyak anak muda bukan saja "konservatif" tetapi "ultra-konservatif".
Hasil dari sistem pendidikan kebangsaan yang didominasi oleh golongan konservatif. Belum lagi dikira hadil dari madrasah dan tahfiz.
Ditambah dengan asakan ceramah agama dari pelbagai media. Ia juga hadil dari mentaliti ibu bapa yang juga merupakan generasi aku yang tidak dapat melihat Islam secara luas dan progresif. Kita tak boleh kata apa, dah itu tahap kemampuan mental bangsa kita.
Bila pulang ke rumah, aku mengambil keputusan untuk tidak menjadi ahli Amanah. Sebabnya aku masih bebas menulis di merata tempat dan ada kalanya pemikiran aku songsang juga dengan pandangan arus perdana masyarakat, maka aku boleh menjadi liabiliti pada parti. Menjadi ahli mempunyai tanggungjawab berat. Parti politik adalah wadah serius dan bukannya sebuah kelab sosial, NGO atau koperasi bertujuan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan material.
Pada tahun 2020, setelah kerajaan PH tumbang, aku mendapat panggilan dari Salahuddin. Beliau mengajak aku terlibat dengan usaha untuk mengembalikan PH pada tampuk kekuasaan melalui PRU.
Malangnya ketika itu, kanser aku datang kembali dan aku sedang menjalani rawatan kemoterapi yang meletihkan. Aku masih boleh menulis tetapi aku terlantar.
Pada tahun 2021, beliau menelefon aku lagi, bertanya khabar. Walaupun aku semakin pulih dari kesan kemo tetapi aku tidak sanggup untuk menanggung tekanan atau stres apabila mengikuti perkembangan politik negara. Dengab pandemi dan tikam-menikam politik, negara pun macam kena kesan sampingan kemo. Sekali lagi aku nenolak permintaannya untuk aktif.
Sekitar tahub 2022, Salahudfin ada menziarah Ahmaf Lutfi Othman yang sakit menanggung kesan diabetis. Lutfi adalah bejas wartawan Harakah dan kemudian bekerja untuk Mingguan Amanah. Beliau memberitahu aku Salahudfin minta aku tulis untuk menyokong Amanah dan PH. Aku kata, aku boleh saja tulis tetapi orang sudah tak suka baca panjang-panjang. Orang suka video dan grafik yang bukan saja aku tak pandai tetapi tetapi aku tak suka.
Beberapa bulan sebelum PRU, Salahuddin menghubungi aku meminta aku tulis mengenai jurang generasi dan tekanan dari orang muda untuk menjadi pemimpin dan memegang jawatan. Aku menyokong supaya generasi lama undur diri dan memberi laluan kepada generasi baharu.
Namun begitu, memilih orang muda tidak menjamin kejayaan. Ada orang muda yang kelihatan gelojoh mahukan serigala habuan tanpa melalui usaha dan pengorbanan yang pernah dilalui oleh generasi lama. Mereka mahu jalan pintas dan berasa entitle.
Salahuddin menggunakan hasil perbincangan itu untuk tulisannya bagi siaran dalam Sinar Harian.
Dalam kesempatan itu, aku bertanya tentang adanya ahli Amanah yang meninggalkan parti untuk menyertai PKR seperti Husam Musa dan ADUN Khairuddin Rahim, bekas rakan sekelas aku di Johor. Juga kesediaan Saari Sungip untuk berhijrah ke PKR dari Amanah jika diperlukan untuk PRU
Salahuddin jawab: "Amanah ini rumah kita; mengapa perlu pindah rumah orang lain. Walaupun sesama dalam PH tetapi tentulah lebih selesa duduk rumah sendiri."
Betul katanya. Orang dalam Amanah adalah srperti keluarga yang kita hidup dan berjuang bersama sejak jadi anak muda. Pelopor Amanah susah payah buat parti setelah tak ada rumah kerana dihalau dari PAS. Parti politik adalah rumah dan bukannya hotel hanta untuk tempat persinggahan bagi mendapatkan kuasa semata-mata
Bagi aku Salahudin telah menjalankan hidupnya dengan baik. Di ibu pejabat Amanah seharusnya ada ruang peringatan bagi menghargai aktivis-aktivis Amanah yang berbakti dan kini sudah tiada. Perjuangan mereka yang bermula semasa muda melalui PAS atau parti lain adalah untuk kebaikan orang ranai, rakyat, bangsa, negara dan kemanusiaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.