https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan PH hilang fokus, ahli perniagaan hilang keyakinan - Ameer Ali Mydin

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa hilang fokus dan tiada perancangan ekonomi jelas. Ia merupakan punca utama yang menyebabkan ahli perniagaan hilang keyakinan, kata Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) itu, semua kementerian dalam kerajaan perlu bekerjasama bagi menaikkan mutu kehidupan rakyat dan bukannya memberi fokus kepada isu-isu remeh.

“Ada menteri yang sibuk mengusahakan kereta terbang tetapi di mana hendak terbangkannya? Tidak tahu.

“Seorang lagi menteri yang sibuk membuat pelaksanaan pemakaian kasut hitam dan saya juga dengar seorang lagi menteri yang mengisytiharkan Jumaat sebagai hari penggunaan Jawi.

"Adakah ini fokus kerajaan?" soal Ameer Ali dalam Wacana Sinar Harian ke-125 bertajuk ‘Di mana bisnes Melayu dalam era PH’ yang berlangsung pada Jumaat.

“Terdapat juga kementerian yang saran supaya tidak mengambil pekerja warga asing tetapi hendak mengambil pekerja dari mana? Tidak tahu. Semua polisi maya," tambahnya.

Katanya, para peniaga berasa tidak yakin menerokai bidang baharu dalam era pemerintahan PH ini kerana bimbang tidak mendapat sambutan daripada pengguna.
“Dalam dunia perniagaan, tahap keyakinan terhadap kerajaan adalah amat penting.

“Sekarang, tahap keyakinan terhadap kerajaan turun. Ini akan memberikan kesan terhadap perniagaan kami, terutamanya kepada bisnes Melayu.

“Jika tahap keyakinan itu tinggi, maka pengguna juga akan lebih yakin dan lebih selesa untuk berbelanja. Sekarang, rata-rata pengguna takut berbelanja, kerana tidak pasti apa yang akan berlaku pada keesokan hari. Oleh itu mereka berjimat sahaja,” katanya.

Beliau menasihati menteri-menteri agar memberi fokus kepada isu pembangunan negara dari segi ekonomi dan bukannya ghairah berpolitikus.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.