https://critoxium.com/shop/

Terkini

Musim Orang berbalah , Musim Berebut Pisang !

Oleh Yusri Mohd Ibrahim

Penggal DUN Melaka sekarang akan berakhir pada 26 Disember 2026.

Jika DUN terbubar dengan sendiri, Pilihan Raya Umum DUN Melaka perlu diadakan paling lewat pada 24 Februari 2027.

Dengan kata lain, PRN Melaka sama ada berlangsung tahun ini, atau paling lewat awal tahun hadapan.

Pilihan raya ini akan jadi testimoni penting kepada semua parti2 politik, khusunya untuk menguji kerjasama politik menjelang PRU16.

Dalam konteks Melaka ini, kerjasama PH-BN agak sukar untuk berlaku secara harmoni.

Kalaupun kepimpinan atasan memutuskan untuk bekerjasama sekalipun, kerjasama tersebut tidak akan berlaku secara operasi. Dengan kata lain kerjasama tersebut kurang strategik dan praktikal, fokus habis untuk krisis dalaman, tenaga habis untuk saling jerkah sesama sendiri.

Jika gagal diurus dengan baik, tidak mustahil PH-BN bertembung dalam PRN Melaka nanti, bahkan itu lebih baik untuk dominasi ego masing2.

Situasi sama berlaku pada PN, krisis yang berlaku sekarang berada pada situasi hampir mustahil untuk diselamatkan.

Kalaupun berjaya mencapai kata putus sekalipun, hubungan PAS-BERSATU tidak akan harmoni lagi, terlalu prasangka dan prejudis.

Dalam kondisi tersebut, agak mencabar untuk mereka kembali bekerjasama dalam pilihan raya.

Tidak mustahil TS Muhyiddin akan membawa BERSATU memimpin parti2 gabungan longgar lain untuk hadapi PRN Melaka tersebut.

Manakala PAS mungkin kembali bersendirian atau membentuk kerjasama lain seumpama Gagasan Sejahtera seperti sebelum ini.

Inilah situasi politik sekarang, musim orang berbalah.

Musim berebut pisang.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.