https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bekas veteran DAP sertai PBM


PETALING JAYA: Bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu, menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, selepas lebih tiga tahun tidak berparti. Bekas Adun Selangor itu mengumumkan perkara itu pada sidang media yang turut dihadiri Sng, yang pernah memimpin PKR Sarawak.

Liu menganggotai DAP selama 41 tahun, dan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut selama beberapa penggal.

Beliau pernah menjadi Adun Pandamaran dari 2008 hingga 2013, selain pernah berkhidmat sebagai exco Selangor, sebelum mewakili Sungai Pelek dari 2018 hingga 2022.

Liu meninggalkan DAP pada Jun 2023 susulan tidak puas hati terhadap langkah kepimpinan meminda perlembagaan parti berhubung penamatan keahlian.

Pindaan berkenaan membolehkan wakil rakyat DAP hilang keahlian secara automatik sekiranya mereka tidak mematuhi pendirian parti berhubung isu teras, yang disifatkan Liu sebagai tidak demokratik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.