https://critoxium.com/shop/

Terkini

Judi Sudah Lama Diharamkan Buat Orang Islam Di Kedah


Peguam Zulqarnain Lukman tampil menjelaskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu premis perjudian di Kedah perlu dilihat dari sudut pembahagian bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan, bukannya seolah-olah mahkamah membenarkan umat Islam berjudi.

Menurutnya, larangan berjudi terhadap orang Islam sudah lama wujud, malah sebelum PAS mengambil alih pentadbiran Kedah.

“Undang-undang sekarang sudah cukup untuk mengawal orang Islam daripada berjudi,” katanya.

Beliau menjelaskan, kesalahan jenayah Syariah di negeri-negeri bukan sahaja menjadikan perbuatan berjudi sebagai kesalahan bagi orang Islam, malah berada di premis perjudian juga boleh menjadi kesalahan.

Justeru katanya, apa yang cuba dilakukan kerajaan PAS Kedah ialah menghalang premis perjudian berlesen yang turut digunakan oleh orang bukan Islam dengan tidak memberikan lesen premis.

Zulqarnain mengaitkan keputusan itu dengan prinsip dalam kes Nik Elin, apabila mahkamah memutuskan negeri tidak boleh membuat undang-undang dalam perkara yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.

Beliau turut mengingatkan supaya tidak terlalu mencampuri urusan bukan Islam sehingga mengabaikan realiti Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

“Janganlah kita terlalu berperangai seperti khawarij yang melampau dalam beragama,” katanya.

Menurut Zulqarnain, dalam konteks Malaysia, perkara tersebut perlu dinilai berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan fiqh al-waqi’, bukannya semata-mata sentimen politik.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.