Fastaqim 2.0: Tidak leka dengan kehadiran ramai
“INSYA Allah kita
tidak leka dengan kehadiran yang ramai di Fastaqim 2.0. Peristiwa Hunain
menjadi pengajaran kepada kita, supaya kita tidak syok sendiri,” ujar
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menulis dalam facebooknya, beliau berkata semangat Fastaqim 2.0 untuk semarakkan gerak kerja kita di cawangan dan kawasan masing-masing. menyumbang kepada PAS.
Katanya, kehadiran peserta Fastaqim 2.0 melebihi target 200,000 di mana mereka hadir tanpa dipaksa dan dibayar.
Malahan, ujar beliau mereka pula yang menyumbang kepada PAS.
“Mereka datang bukan menanti untuk mendapat cabutan bertuah tetapi mereka orang yang sayangkan jamaah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang

Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.