Namun Perang Dingin yang berlaku dari tahun 1941 hingga 1947 mempunyai sifat senjata nuklearnya. Malah ia juga boleh disebut sebagai Perang Dingin Nuklear antara blok Barat yang diketuai oleh Washington dan blok Timur pimpinan Moscow.

Titik tolak kepada ciri senjata nuklear dalam Perang Dingin ialah penggunaan bom atom oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Jepun. Maka selepas tamat Perang Dunia Kedua itu, AS muncul sebagai negara paling kuat kerana memiliki bom atom. Sesiapa yang mahu mencabar AS perlu memiliki senjata serupa.

Tetapi keupayaan AS memiliki bom atom itu ialah juga daripada kerjasama saintis Jerman yang ditawannya. Jerman pada zaman Nazi adalah perintisnya. Maka Soviet Union juga mendapatkan saintis Jerman yang ditawannya untuk membangunkan senjata nuklear. Bersama dengan usaha perisikan ke atas AS, Soviet juga membangun senjata nuklear.

Maka Perang Dingin antara Washington dan Moscow mencapai kedudukan setara apabila kedua-dua, AS dan Soviet memiliki senjata nuklear. Mereka boleh memusnahkan satu sama lain, bersama dunia sekali.

Untuk menambahkan kekuatan blok masing-masing, Amerika juga memberikan senjata nuklear kepada sekutu-sekutunya iaitu Britain dan Perancis. Begitu juga dengan Soviet. Ia memberikan senjata nuklear kepada sekutu-sekutunya iaitu China dan Korea Utara.

Perang Dingin berakhir pada tahun 1991 dan Soviet serta blok Timurnya pun runtuh. Dunia berasa lega kerana perang nuklear yang panas dapat dielakkan. Namun pewarisnya iaitu Rusia mengekalkan senjata nuklearnya. Maka kini terdapat tujuh negara di dunia yang mempunyai senjata nuklear, iaitu AS, Rusia, China, Korea Utara, Israel, India dan Pakistan.

https://susukunyitplus.blogspot.my/
Tetapi pada waktu ini ancaman perang nuklear adalah antara AS dan Korea Utara. Negara-negara yang terancam dengan senjata nuklear Korea Utara ialah Korea Selatan, Jepun dan AS sendiri. China dan Rusia berusaha mengekang Korea Utara daripada melancarkan serangan nuklear. Buat masa ini, pertarungan antara AS dan Korea Utara adalah berbentuk retorik antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong-un.

Perdamaian dan keamanan dapat dipertahankan. Tetapi kedua-duanya berada pada lantai yang licin. Pada bila-bila masa kedua-dua belah pihak boleh tergelincir. Jika satu pihak melancar serangan, maka pastinya pihak lagi satu membalas.

Tetapi selagi mereka tidak menggunakan senjata nuklear, maka keadaan masih selamat. Suasananya adalah seperti Perang Dingin. Cumanya kalau dulu, kebimbangan perang nuklear antara Washington dan Moscow, tetapi kini dengan Pyongyang.

Apa yang dunia ketahui adalah seperti apa yang dilaporkan oleh media. Tetapi apa yang sebe–narnya berlaku adalah lebih men–dalam daripada itu. Ahli-ahli aka–demik dalam bidang berkaitan pasti mengikut perkembangan ini dengan mendalam. Analisis me–reka pasti lebih mendalam dari–pada laporan para wartawan.

Tergugat
Tetapi itupun mereka tidak ketahui banyak perkara. Mereka yang mengetahui lebih mendalam ada­lah agensi-agensi perisikan ke­selamatan dan perkhidmatan di semua negara-negara terlibat iaitu AS, Rusia, China, Korea Uta­ra, Korea Selatan dan Jepun. Mere­kalah yang memberi taklimat ke­pada pemimpin-pemimpin poli–tik masing-masing untuk membuat se­barang keputusan.

Sedaya upaya semua pihak mahu mengelak peperangan dan menyelesaikan krisis dengan menggunakan laluan diplomasi. Moscow dan Beijing sebagai negara yang pernah menjadi sekutu Pyongyang mempunyai peranan besar bagi mengelak peperangan. Tetapi negara yang dibayangi kemusnahan adalah Korea Selatan dan Jepun. Apa pun respons mereka, kerajaan-kerajaan itu diperhati oleh rakyat masing-masing yang akan menilai bagaimana negara mereka bertindak dalam keadaan bayangan peperangan.

AS, Rusia, Jepun dan Korea Selatan adalah negara demokrasi yang mana pemimpin mereka bergantung pada undi rakyatnya. Namun begitu, Presiden Vladimir Putin tidak menghadapi masalah berdepan dengan rakyatnya berbanding Presiden Donald Trump, Perdana Menteri Shinzo Abe dan Presiden Moon Jae-in yang kedudukan politik mereka boleh tergugat jika respons terhadap krisis Korea Utara ini tidak memuaskan.

Walaupun Presiden Xi Jinping dan Pemimpin Tertinggi Kim Jong-un tidak perlu menjawab pada rakyat masing-masing melalui proses demokrasi, tetapi kedua-duanya juga berhadapan dengan kritikan parti mereka jika respons mereka tidak memberikan kejayaan pada negara. Parti Komunis China dan Parti Pekerja Korea mengharap jawapan pemimpin masing-masing. Akhirnya kesemua pemimpin lima negara itu perlu bertanggungjawab.

Buat masa ini tekanan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah berbentuk sekatan. Laporan akhir menyatakan China mengarahkan penutupan semua perniagaan Korea Utara yang berada di negara itu. 

Namun begitu Presiden Korea Selatan pula membenarkan penghantaran bantuan makanan kepada kanak-kanak dan ibu mengandung di Korea Utara yang menghadapi kekurangan bekalan.

Tuntutan ke atas Korea Utara sekarang ialah supaya denuklearisasi iaitu menghapuskan semua senjata nuklear. Korea Utara pula menuntut supaya ia dibenarkan memiliki senjata nuklear. Kalau ada negara di dunia memiliki senjata nuklear, mengapa ia pula tidak dibenarkan.

Segala kata-kata buruk yang dilemparkan oleh pemimpin Korea Utara dan AS terhadap satu sama lain boleh dianggap sebagai suatu usaha diplomatik sedang berlaku di sebaliknya. Itulah apa yang diharapkan. Selagi ada komunikasi maka peluang penyelesaian masih ada. Tetapi jika Pyongyang melancarkan senjata nuklear, maka ruang komunikasi sudah tertutup.

Jika berlaku pelancaran senjata nuklear dari Korea Utara, maka ia dibalas dengan pintasan oleh AS. Tetapi pintasan itu tidak mencukupi. AS perlu membalasnya supaya Korea Utara turut menanggung bahananya. Tetapi Korea Utara tidak akan duduk diam dan pasti membalasnya.

Jika akhirnya ia mengenai Korea Selatan, Jepun atau AS sendiri, maka balasan pasti dilakukan dan jika berlarutan, ia bermakna perang sudah meletus. Masa itu cara terbaik ialah menghalang daripada ia melarat. Tetapi perang sukar dihentikan selagi tidak ada pihak yang letih. Untuk sampai pada peringkat keletihan, beribu-ribu nyawa akan melayang. Senario lain ialah serangan mengejut oleh AS ke atas Pyongyang hingga keseluruhan rejim Kim Jong-un musnah. Ia boleh menyelesaikan masalah Korea Utara tetapi ia menimbulkan keadaan lebih buruk. Korea Utara pasti membalas balik dengan menyerang Korea Selatan dan Jepun jadi sasaran

Tetapi tentunya Seoul dan Tokyo tidak berdiam diri. Rusia dan China akan campur tangan untuk menghalang Korea Utara dikuasai oleh Amerika dan Korea Selatan. Banyak penganalisis sudah melakar implikasi Perang Kprea Kedua ini kepada dunia yang sudah mengecil akibat globalisasi.