https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perjuangan 25 tahun Reformasi sia-sia?


Sebenarnya dah lama aku nak tulis benda ni. Tapi penguat untuk aku tulis tu tak sampai, sehingga aku baca tajuk berita Tuan Ibharim cakap perjuangan Reformasi 25 tahun sia-sia sebab Zahid Hamidi dilepaskan dari tuduhan rasuah beliau.

Kepakaran Tun M antaranya ialah meletakkan satu-satu kesalahan pada seseorang sehingga orang benci. Buat orang tak mampu fikir lagi dengan fakta.

Sebab itu Anwar Ibrahim pun, walau dah jadi PM, rakyat masih ada yang tulis gelaran buruk pada beliau secara terbuka. Semua ni sebab kebencian yang ditanamkan.

Baik sekarang aku nak jawab berkenaan perjuangan Reformasi 25 tahun sia-sia.

1. Adakah ini bermaksud perjuangan Reformasi Anwar sebelum ini bagus dan benar?

2. Adakah jika ZH didapati bersalah bermaksud ianya betul untuk kerajaan dan perjuangan Reformasi?

3. Sebelum ZH dijatuhkan hukuman, mengapa PAS tak sokong Anwar dan biarkan UMNO menjadi tiang penting kerajaan Perpaduan?

4. Adakah Tuan Ibharim sedar bahawa pasca PRU-15, pemimpin kanan UMNO enggan bersama PH dan rela menjadi pembangkang?

5. Namun PH secara sendirian tidak mampu menubuhkan kerajaan.

6. Mengapa PN enggan bersama PH tubuh kerajaan Perpaduan walaupun telah dititahkan oleh Tuanku YDPA?

7. Bukankah jika UMNO dan ZH benar-benar bersalah, maka dengan gabungan PH-PN adalah gabungan terbaik untuk menghukum mereka?

8. Hari ini apabila Peguam Negara lantikan PN buat keputusan hentikan pendakwaan terhadap ZH, PN dan Tuan Ibharim melenting kononnya Reformasi itu sia-sia dan telah mati.

9. Walhal ketika diberi peluang bentuk kerajaan, PN menolak hanya kerana yang dipilih Tuanku untuk jadi PM bukan Muhyiddin tapi Anwar Ibrahim.

10. BN yang dituduh dengan pelbagai tuduhan korup, sebaliknya menghulur tangan dan akur pada titah Tuanku untuk bentuk kerajaan Perpaduan dan baiki semula negara paca pandemik.

11. Sesungguhnya tindakan ZH untuk bantu Anwar Ibrahim bentuk kerajaan itu lebih mulia dari tindakan mereka yang ingin tebuk atap (meruntuhkan kerajaan).

12. Sama ada ZH benar-benar dianiaya oleh Tun M, kita tidak pasti, yang pasti beliau ketepikan ego beliau No Anwar No DAP semasa kempen lepas untuk bantu bina kerajaan.

13. PN sudahlah ingkar titah Tuanku, malah berterusan pula melakukan fitnah dan persepsi jahat kepada kerajaan Perpaduan dan terbaru sistem keadilan negara.

14. Yang peliknya Muhyiddin sendiri sedang menghadapi tuduhan di mahkamah, dan zaman Muhyiddin juga beratus kes digugurkan, tetapi PAS tetap memberi sokongan.

15. Jadi perjuangan siapa yang telah mati sebenarnya? PAS atau Reformasi?

16. Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih mempunyai 4 tahun untuk melakukan reforms dan sebenarnya telah dan sedang dilakukan pun.

17. Kalaulah hari tu, PAS setuju bantu PH bentuk kerajaan, PAS ada jawatan TPM dan sekurang-kurangnya 5 Menteri penuh.

18. MB Perak dan Pahang pasti dari PAS, maka PAS akan ada 6 MB.

19. Bak kata Lokman Adam, mereka dikurniakan kebodohan luar biasa.

20. Bodoh sahaja tak apa, masalah sekarang ialah jahat dengan pelbagai fitnah.

Pulai, Simpang Jeram dah tolak PASPN,

Kita pastikan Pelangai juga tolak PASPN.

Muhammad Fairul Al Qasas Jengka.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.