Congak politik negeri Serambi Mekah
Oleh Azran Fitri Rahim
POLITIK Kelantan pasca Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak semeriah dahulu. Gaya kepemimpinan pengganti allahyarham amat berbeza, lebih senyap. Tidak ada cerita menarik daripada Datuk Ahmad Yakob. Malah beliau seboleh mungkin mahu mengelak daripada alat perakam atau kaÂmera televisyen daripada diacukan ke depan mukanya.
POLITIK Kelantan pasca Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak semeriah dahulu. Gaya kepemimpinan pengganti allahyarham amat berbeza, lebih senyap. Tidak ada cerita menarik daripada Datuk Ahmad Yakob. Malah beliau seboleh mungkin mahu mengelak daripada alat perakam atau kaÂmera televisyen daripada diacukan ke depan mukanya.
Bagi
wartawan, Ahmad bukan pembikin pemberita. Jika beliau menghadiri
program, amat jarang sekali sidang akhbar diadakan. Malah kalau ada
sekali pun, hanya menyentuh mengenai program dan jarang juga beliau
menyentuh soal politik semasa.
Pun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pasir Pekan itu amat tenang biarpun sejak akhir-akhir ini pentadbirannya
dikocak dengan amat kuat oleh golongan serpihan Pas yakni Parti Amanah
Negara (PAN) yang diketuai oleh bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam
Musa.
Pelbagai cerita didedahkan hatta yang
bukan ketika di bawah pentadbiran beliau diÂletakkan di atas bahunya.
Itu belum lagi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), perang mulut secara
terbuka di antara Husam dan anggota Exco Kerajaan Pas Kelantan. Dan
Ahmad tetap tenang dibangkunya. Biar diserang hebat, ada yang
beranggapan Pas tetap utuh di Kelantan kerana PAN tidaklah sehebat mana
di kampung-kampung cuma dua tiga pemimpinnya sahaja yang bergegar di
kedai kopi dan jarang-jarang kelihatan bendera berwarna oren.
Namun
apakah benar PAN tidak kuat kerana sehingga hari ini tidak ada para
meter yang jelas untuk mengukur kekuatan parti baharu itu.
Pada
Pilihan Raya Umum Ke-13, Pas menang di 32 daripada 45 kerusi DUN. Satu
kerusi dimenangi oleh sekutunya, PKR manakala 12 dimenangi oleh Barisan
Nasional (BN) yakni UMNO.
Perpecahan yang berlaku dalam Pas tidak memberikan kesan yang besar di kerusi DUN, hanya seorang sahaja terkeluar iaitu Husam.
Beberapa
ADUN lagi disebut-sebut untuk menyertai PAN tetapi tidak menjadi
kenyataan sehingga hari ini kerana mereka diikat kuat oleh bai’ah talak
tiga terhadap semua isteri mereka. Namun dalam perut ADUN terbabit tidak
siapa yang tahu cuma tunggu DUN dibubarkan.
Daripada
32 kerusi tersebut, 17 dimenangi dengan majoriti di bawah 2,500 undi
manakala 11 di bawah 1,000 undi. Maksudnya Pas juga dalam keadaan tidak
selamat.
Hanya 3,000 undi perlu dicari untuk
menumbangkan Pas di 17 kerusi dan jika kesemua undi itu berpihak kepada
PAN, ia sudah cukup untuk membuatkan UMNO tersenyum mengambil alih Kota
Darulnaim yang dibinanya namun tidak sempat menikmatinya kerana undi
UMNO tidak jauh berbeza sejak beberapa pilihan raya yang lalu maksudnya
UMNO sudah ada pengikut jatinya.
Apakah UMNO
tidak terjejas kerana parti itu juga berpecah dengan kehadiran Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). SeÂperti juga PAN tidak kelihatan
sangat PPBM. Dan jauh lebih sedikit daripada PAN. Boleh dikatakan tidak
berupaya untuk menjejaskan kekuatan yang dimiliki UMNO di negeri ini.
Ini
semua hitung politik yang berteraskan angka. Untuk mendapat jumlah itu
perlu ada penyebab. Dan apakah PAN bersama sekutunya, PPBM, PKR dan DAP
ada faktor penyebab untuk rakyat negeri ini mengundi mereka.
Apakah
Pakatan Harapan yang di negeri ini diketuai oleh PAN membawa masuk
tunjang mereka, DAP bertapak di DUN Kota Lama, Kota Bharu atau Galas di
Gua Musang dapat diterima oleh rakyat Kelantan.
Begitu
juga dengan UMNO, apakah mereka bersedia untuk mengambil kembali kota
yang mereka bina. Hampir setiap kali pilihan raya laungan yang sama
didengar - harapan semakin cerah - tetapi sehingga lebih 25 tahun
matahari tidak timbul juga.
Hari ini,
politik Kelantan sukar ditelaah. Ya, jika diukur dari sudut angka BN ada
kelebihan. Tetapi sudah berapa kali kelebihan yang ada BN manfaatkan?
Congak politik mengambil kira banyak aspek - isu, jentera dan Âkemampuan
pemimpin - maka jawapannya akan diperoleh di peti undi. Tenung dan
tiliklah sedalam-dalamnya kerana semua mempunyai peluang pada PRU-14
nanti.-U/M
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.