https://critoxium.com/shop/

Terkini

Cuci tangan hindari jangkitan kuman


AMALAN mencuci tangan perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak sebagai langkah awal menjaga kebersihan diri, selain mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit.

Hasil penyelidikan mendapati, kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kebersihan tangan masih kurang dan berada pada tahap rendah.

Sedangkan proses mencuci tangan perlu dilakukan secara menyeluruh.

Kurang guna cecair sanitasi

Buktinya hanya segelintir menggunakan cecair sanitasi di hospital sedangkan penggunaan itu penting sebagai langkah awal menjaga kebersihan.

Mereka kurang sedar bahawa tangan yang tercemar boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Amalkan cuci tangan dengan betul

Kebersihan adalah amalan asas menyelamatkan nyawa. Langkah awal pencegahan boleh dilaksanakan dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan menggunakan cecair pencuci antibakteria.

Panduan mencuci tangan

Bila perlu mencuci tangan

● Menyediakan makanan terutama mengendalikan daging, ayam dan ikan.

● Keluar dari tandas.

● Menukar lampin.

● Menyentuh haiwan peliharaan atau alat mainan anak.

● Membuang sampah.

● Menutup mulut dengan tangan apabila bersin atau batuk.

● Merawat luka.

● Menyentuh orang sakit.

● Selepas selesai melakukan kerja rumah.

● Setiap kali tangan kotor.

● Lebih kerap mencuci tangan ketika selesema.

● Apabila tangan terkena darah atau cecair badan.

Waktu sesuai mencuci tangan di tempat kerja

● Selepas keluar dari tandas.

● Sebelum dan selepas perjumpaan bersama rakan setugas jika ada menyediakan makanan.

● Selepas membaca akhbar atau majalah di bilik rehat.

● Sebelum dan selepas makan tengah hari.

● Selepas menggunakan papan kekunci atau barang yang dipinjam daripada rakan.

● Sebelum dan selepas mengikuti aktiviti bersama rakan di pejabat.

● Ketika menggunakan peralatan yang dikongsi bersama rakan sekerja lain seperti telefon, mesin fotostat dan mesin pencetak.

Cara mencuci tangan

● Basahkan tangan dengan air bersih yang mengalir dan lumurkan dengan sabun. Mencuci tangan menggunakan sabun dan air adalah cara terbaik mengurangkan kehadiran kuman. Jika sabun dan air tiada, gunakan cecair sanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol atau tisu basah.

● Gosok kedua-dua tangan selama sekurang-kurangnya 15 hingga 20 saat, dengan tumpuan kepada tapak tangan, celah jari, kuku, bahagian belakang dan pergelangan tangan. Anda boleh membilang satu hingga 15 secara perlahan-lahan. Jika pada kanak-kanak, ajar mereka menyanyi lagu `Selamat hari jadi'; sebanyak dua kali atau apa-apa lagu yang digemari.

● Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering menggunakan tuala bersih. Ini penting kerana kuman sangat mudah membiak pada tangan yang lembap.

Cecair sanitasi tangan

● Gunakan satu atau dua titis cecair sanitasi tangan.

● Gosok kedua-dua tangan dengan memberi tumpuan kepada tapak tangan, celah jari, kuku, bahagian belakang dan pergelangan tangan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.