https://critoxium.com/shop/

Terkini

Raja Tetap Raja, Undang Tetap Undang: Memahami Kedudukan dalam Adat dan Institusi Beraja


1. Saya melihat bahawa ada pihak yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Datuk Undang itu sebagai Raja.

2. Raja-raja Melayu di Malaysia ada sembilan orang dan baginda Tuanku menggunakan tiga gelaran.

2.1 Tujuh orang Raja Melayu menggunakan gelaran Sultan.

2.2 Seorang gunakan gelaran Raja iaitu Perlis, dan

2.3 Seorang gunakan gelaran Yang Di-pertuan Besar iaitu Negeri Sembilan.

3. Setiap baginda Raja-raja Melayu digelar sebagai Duli Yang Maha Mulia (DYMM) sedangkan Datuk Undang hanya digelar sebagai Yang Teramat Mulia (YTM)

4. Putera dan Puteri Raja-raja Melayu digelar sebagai kerabat Diraja dan mempunyai keistimewaan tertentu termasuk elaun khususnya kepada Raja bergelar contohnya Duli Yang Amat Mulia Raja Muda atau Putera Mahkota.

Terdapat juga gelaran lain seperti Putera Yang Empat di Negeri Sembilan dan gelaran lain di negeri-negeri beraja.

5. Anak-anak Datuk Undang tidak digelar sebagai kerabat dan tiada keistimewaan.

6. Hanya Putera Raja secara keturunan sahaja layak menjadi Raja. Tetapi tidak bagi Datuk Undang.

7. Datuk Undang tidak boleh jadi Yang Di-pertuan Besar, sebaliknya hanya boleh memilih dikalangan Putera yang Empat.

8. Raja-raja Melayu layak untuk menjadi Yang Di-pertuan Agong, tetapi tidak bagi Datuk Undang.

9. Walaupun bergelar Raja diluaknya, serta mempunyai sedikit keistimewaan dan diakui sebagai pemerintah bersama Negeri Sembilan, Datuk Undang hanya boleh dilantik dari kalangan ketua-ketua luak yang asalnya adalah rakyat biasa dengan pelbagai latar belakang, bukannya melalui pewarisan.

10. Setiap pewaris Raja dilatih sejak kecil untuk menjadi Raja, sedangkan Datuk Undang menjadi Undang hanya ketika dilantik menjadinya.

Kesimpulan

Raja adalah Raja. Undang bukan Raja dalam konteks Raja-raja Melayu. Ketaatan dan keutamaan adalah kepada Raja yang sah dan berdaulat.

Daulat Tuanku!
Terima kasih

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.