https://critoxium.com/shop/

Terkini

Al:Fatihah : Abam Bocey sudah tiada

Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh adiknya Ali Puteh, yang juga merupakan seorang pelawak.
“Al-Fatihah abang,” katanya menerusi Instagram story miliknya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Sementara itu, anggota kumpulannya Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut mengesahkan perkara tersebut dengan satu hantaran video di akaun Instagram.

“Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun.

“Kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” katanya sambil menangis.

Selain itu, Achey atau pemilik nama penuh Mohd Nasir Hamzah turut berkongsi perasaan sedih atas pemergian sahabatnya itu.

“Kenapa awal sangat Bam! Mana janji kau ! Ya Allah... guyss Abam dah tak ada guys,” katanya.
Abam yang pulang ke rahmatullah meninggalkan seorang balu Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia 5 bulan.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.