lHadi Awang lebih tidak popular berbanding anak didiknya DS Dr Samsuri
Oleh,Fathi Aris Omar
Sebenarnya TS Abdul Hadi Awang lebih tidak popular berbanding anak didiknya DS Dr Samsuri Mokhtar. Walaupun dalam kalangan Melayu.
Malah sokongan Melayu kepada DS Anwar Ibrahim sendiri lebih baik daripada Abdul Hadi walau di belakang sedikit berbanding Dr Samsuri.
Tengok graf kedua - reaksi responden Melayu 👇
Namun, sokongan pengundi pelbagai kaum menunjukkan Anwar jauh ke depan berbanding Dr Samsuri dan Abdul Hadi.
Tengok graf pertama - reaksi responden semua kaum 👇
Sokongan ini dikuatkan oleh bukan Melayu yang memberi kepercayaan kepada Anwar tetapi meragui dua pemimpin PAS tersebut.
Tengok graf ketiga - reaksi responden bukan Melayu 👇
Bagaimanapun pencabar terdekat PMX bukan pemimpin kanan parti tetapi ahli politik popular Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Mujur Umno-BN tidak naikkan bekas menteri ini, yang juga menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin alternatif melawan Anwar.
Malah TS Muhyiddin Yassin lebih popular berbanding Dr Samsuri. Sayang sekali, PN sudah pecah dan Muhyiddin tiada tempat lagi dalam PN.
Lihat kedudukan Khairy dan Muhyiddin yang berada di belakang Anwar atau selalu mengatasi Dr Samsuri. Lihat ketiga-tiga graf. 👇
Lihat juga nama Abdul Hadi dan DS Zahid Hamidi.
Tinjauan ini, antara Mac hingga April 2026, tidak memasukkan nama DS Hamzah Zainuddin. Tetapi saya agak, jika nama dimasukkan, Hamzah akan berada di belakang Muhyiddin, seorang tokoh lama.
Jadi pendapat di Sinar Harian semalam tidak beri gambaran jelas hasil dapatan tinjauan Merdeka Center. Ia lebih ke arah mengangkat Dr Samsuri saja, seolah-olah sahkan cerita orang PAS bahawa beliau ada pasukan yang rajin mencipta imej baik.
Tinjauan ini seolah-olah masih meneruskan sentimen pengundi dalam PRU 2022, bahawa pilihan utama masih lagi PH dan PN.
Umno-BN masih tercorot jika ketuanya Zahid. Elok Umnp naikkan Khairy sebagai presiden baru, atau poster boy BN, bukannya DS Najib Razak.
Jika trend ini berterusan, nampaknya Umno-BN sudah gagal tarik orang Melayu. Mereka lebih suka Bersatu dan PAS. Namun dua parti ini berpecah.
Apakah Umno-BN boleh atasi PAS-PN? Atau terus melonjak atasi Anwar-PH? Saya tidak fikir PRN Johor sebagai petunjuk kebangkitan Umno-BN.
Keputusannya hanya decoy. Nanti tinggal Umno di kaki tangga istana Johor, seperti sejarah awalnya. Sirih sudah mahu pulang ke gagangnya 😆 PETUNJUK WARNA
Biru - Anwar
Ungu - Dr Samsuri
Hijau - Abdul Hadi Lihat Sedikit








Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.