https://critoxium.com/shop/

Terkini

Sudah Lama Rakyat Azab Kerana Umno


KUALA LUMPUR – Sikap segelintir pemimpin UMNO yang didakwa cuba mengeksploitasi keputusan Anthony Loke meletakkan jawatan dengan mengaitkannya kepada isu ketaatan terhadap institusi diraja mengundang kritikan pengulas politik.

Menurut pengulas politik , keputusan Loke perlu dilihat dalam kerangka prinsip dan amalan demokrasi berperlembagaan, bukannya dijadikan bahan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Katanya, negara ini mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan dan setiap keputusan yang dibuat berlandaskan prinsip serta tidak bercanggah dengan perlembagaan sewajarnya dihormati.

Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa rakyat menentang rasuah serta menegaskan bahawa kedudukan atau status seseorang tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan perbuatan tersebut.

Malah, individu yang terbukti melakukan rasuah perlu berdepan tindakan undang-undang, termasuk hukuman penjara.

Pengulas  politik  turut menyentuh tindakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu yang menurutnya sanggup mengorbankan sebahagian wang gajinya sebagai menteri untuk disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan keadilan dan prinsip kesamarataan.

Menurutnya, prinsip, integriti dan keadilan seharusnya menjadi asas dalam kepimpinan serta pentadbiran negara, bukannya kepentingan politik kepartian.

"Kalau ikut pendirian dan cara UMNO berpolitik, negara ini akhirnya hanya tinggal kerangka. Kita sudah lama azab kerana UMNO," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya lebih peka terhadap perkembangan politik negara dan tidak membiarkan kepentingan politik mengatasi prinsip keadilan serta kesejahteraan rakyat. "Ayuh bertindak sebelum nasi menjadi bubur," katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.