https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan Jadi Jaguh Kampung , Dunia Bukan Pentas Ceramah Politik.


Oleh Nik Hasyudeen

Perdana Menteri yang tak layak masuk liga

Orang kata foto memberikan 1,000 makna. Foto yang disertakan menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Jepun dilayan di APEC.

Jepun ni bukannya negara kecil anak. Dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK), KDNK Jepun dianggar bernilai $4.34 trilion, ke-4 di dalam dunia.

Dari segi pariti kuasa beli, Jepun berada di kedudukan ke-5. Pendapatan per kapita pula ialah $40,000. Masih dianggap tinggi.

Sudah tentu Perdana Menteri dari negara seperti Jepun akan dilayan dengan selayaknya di dalam persidangan ekonomi, kan? Malangnya, di antara cerita dari Shenzhen, China, Perdana Menteri Sanae Takaichi diabaikan oleh pemimpin-pemimpin dunia, terutamanya China.

Dia ada masalah dengan China disebabkan kenyataan beliau berkenaan Taiwan di mana dia mengancam akan berperang dengan China. Ini sudah tentu garis merah bagi China.

Ini jelas bila ketibaan Takaichi tidak diberikan sambutan yang sama dengan pemimpin-pemimpin negara lain. Lantai tangga kepalterbang pun agak rendah menyebabkan dia kena melangkah dengan berhati-hati.

Yang menyambut beliau hanyalah pegawai-pegawai dari Kementerian Luar, bukannya orang yang bertaraf menteri. Kemudian beliau terus dibawa pergi dengan kereta, bunga pun tak diberikan.

Menurut Pepe Escobar, Presiden Trump pun tak memberikan perhatian kepada Takaichi walaupun Jepun merupakan pemegang bon-bon terbesar di dunia. Ini memberikan gambaran berkenaan bagaimana Amerika melayan barua-baruanya.

Apa yang boleh kita pelajari? Orang yang nak dijadikan orang nombor satu di mana-mana negara perlu mempunyai daya dihormati, di dalam dan di luar negara. Ini penting kerana kita hidup di era geo-politik, geo-ekonomi dan geo-teknologi.

Jangan jadi bodoh dengan menganggap orang yang hanyai padai bersyarah di hadapan orang-orang kampungnya sahaja mampu membina mindanya di luar kepompong itu. Apa yang dia nampak setiap hari itulah yang menjadi kotak di sekeliling kepala orang-orang seperti itu.

Apabila Presiden China menawarkan kerjasama kawasan teluk-teluk di China, Jepun dan Amerika, ianya menggambarkan bahawa teknologi di negara-negara berkenaan dijana dan dipacu di satu kawasan yang luas yang mengandungi puluhan atau ratusan syarikat teknologi yang besar-besar. Di mana bandar atau kawasan teknologi Malaysia?

Menuju ke hadapan, inilah cabaran negara. Jika tidak ada daya menjana teknologi, kita akan terjajah kembali. Jika setiap hari ratibnya hanyalah menyalahkan orang itu dan ini, khayallah kita jika menganggap itulah orang yang layak memimpin negara. Nanti dia suruh kita meratib setiap kali negara menghadapi masalah.

Di dalam Al-Quran ada banyak cerita berkenaan manusia yang tidak peduli bahawa perangai mereka akan mendatangkan kehancuran. Begitu juga dengan perangai Bani Israel yang meminta makanan hamba mereka walaupun Allah dah turunkan Mann dan Salwa.

Kita bertanggungjawab ke atas apa-apa keputusan dan tindakan yang kita buat. Jangan salahkan orang lain.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.