https://critoxium.com/shop/

Terkini

Jangan kita menyangka kita cukup popular sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa sahaja


Ingatlah, jangan kerana kita menyangka bahawa kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga bertindak memperlekehkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan fahaman politik masing-masing, malah sanggup pula hadir ke negeri Selangor dengan melemparkan cacian melampaui batas.

Ke mana hilangnya budi bahasa? Ini bukan budaya kita khususnya orang Melayu untuk menghina sesiapa pun khususnya di khalayak ramai. Peliharalah adab dan susila kita, apatah lagi apabila kita bertandang ke negeri atau rumah orang.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Istana Alam Shah, Klang
21 Ogos 2023

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.