https://critoxium.com/shop/

Terkini

Wanita usia 40-an, 50-an terdedah sindrom kelesuan kronik


BERASA letih adalah perkara biasa kerana ia membabitkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur.

Bagaimanapun, pakar menyatakan 'kelesuan atau keletihan berlebihan' boleh juga menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius.

Keletihan ini mungkin bertambah buruk dengan aktiviti fizikal atau mental, tetapi tidak bertambah baik dengan rehat. Ia kekal lama dan membatasi keupayaan individu itu untuk melakukan aktiviti harian biasa.

Saintis tidak mengetahui apa yang menyebabkan sindrom kelesuan kronik. Bagaimanapun, didapati sindrom keletihan kronik mungkin juga wujud disebabkan lebih daripada satu keadaan.

Keletihan kronik ini biasanya terjadi pada wanita, berbanding lelaki dan tanpa mengira usia. Tetapi ia biasanya terjadi pada mereka yang dalam usia 40-an dan 50-an.

Simptom kelesuan

Bagaimanapun, anda boleh mengenal pasti tanda-tanda sindrom kelesuan kronik. Antara simptom itu adalah;

- Keletihan

- Hilang ingatan atau tumpuan

- Sakit tekak

- Kelenjar limfa membesar di leher atau ketiak

- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan

- Sakit yang bergerak dari satu sendi ke sendi yang lain tanpa bengkak atau kemerahan

- Pening dan kepala terasa ringan

- Tidur tetapi lesu

- Rasa macam nak selesema

- Terasa sangat letih selepas bersenam

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom berkenaan, adalah lebih baik rujuk dan berunding dengan doktor. Ini berikutan, tubuh setiap individu bertindak dengan cara berbeza.

Simptom ini ada masanya akan hilang sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia masih mungkin boleh terjadi semula atau berulang kemudiannya.

Kitaran keredaan dan berulang ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menguruskan gejala anda. - AGENSI

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.