Menuju PRN Melaka, apa pilihan yang BN ada?
Oleh Mohd Yusri Ibrahim
Pertama, bertanding solo.
Sokongan terhadap BN secara umumnya ada peningkatan mutakhir ini. Namun dalam konteks Melaka, bertanding solo bukanlah pilihan paling baik, ada risiko besar sedang menanti.
Kedua, bekerjasama dengan PN.
Jika kerjasama boleh diterjemahkan seperti model Negeri Sembilan, gabungan BN-PN berpotensi menang sehingga 24 daripada 28 kerusi.
Tapi cabaran besar adalah untuk mencapai konsesus pembahagian kerusi. Agak sukar untuk BN melepaskan mana2 21 kerusi yang disandang sekarang, dalam masa sama agak sukar juga untuk PN bertanding hanya 7 kerusi, apatah lagi 4 daripada 7 kerusi tersebut berpotensi dimenangi PH.
Ketiga, bekerjasama dengan PH.
Dalam konteks Melaka, pilihan ini paling ideal. Kerjasama BN-PH berpotensi menang semua 28 kerusi yang dipertandingkan. Dalam masa sama, dengan kekuatan semasa, tidak sukar untuk PH bersetuju untuk bertanding baki 7 kerusi yang tidak disandang oleh BN.
Penggal DUN Melaka akan berakhir pada 26 Disember 2026 nanti, jika tidak dibubarkan lebih awal, dewan akan terbubar dengan sendiri pada tarikh tersebut dan pilihan raya perlu diadakan dalan tempoh 60 hari selepas dewan dibubar atau terbubar.
Dengan kata lain, masih ada sedikit masa untuk BN mengkaji dan menganalisis kemungkinan2 terbaik untuk mereka.
Sebaiknya tinjau dahulu apa pandangan, sikap dan hasrat pengundi Melaka terhadap pilihan2 tersebut, kerana pengundi yang akan memilih nanti.
Saya pun dah lama tak pekena asam pedas bawah pokok ni




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.