Penjelasan Tentang Usul Merujuk Saya Ke Jawatankuasa Hak dan Kebenaran
Saya telah menghantar penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul sebagai maklum balas kepada usul merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebagaimana yang tertera di bawah.
Jawapan saya ketika Sidang Parlimen pada 29 Mac 2023 telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) yang mengumpul data tanah rizab Melayu oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.
Saya sertakan surat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah bertarikh 30 November 2022 kepada JKPTG yang menyatakan keluasan Tanah Rizab Melayu di Kedah sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam jawapan saya pada 29 Mac.
JKPTG tidak menerima maklumat tambahan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari 1 Disember 2022 hingga 29 Mac 2023.
Maklumat tentang keluasan tanah rizab Melayu Kedah meningkat sebagaimana dibangkitkan oleh YB Sik tidak dikongsikan dengan pihak JKPTG.
Saya telah menyatakan angka yang disediakan oleh JKPTG berdasarkan maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan saya yakin dengan kerja penjawat awam yang terlibat di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Saya juga mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah berkenaan peningkatan tanah rizab Melayu Kedah dari 1933 sehingga hari ini.
Namun, memandangkan beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2020, tentulah angka dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan berbanding dengan Kedah ketika era British dan ketika jajahan Jepun atau Siam pada Perang Dunia Kedua.
NIK NAZMI NIK AHMAD
MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.