Di media sosial yang cuba justify dan rasionalize Zahid Hamidi
Oleh Yaakob Osman
Agak membimbangkan sejak akhir akhir ini terbaca komen komen di media sosial yang cuba justify dan rasionalize Zahid Hamidi dibebaskan tempoh hari. Alasan utama mereka ialah kena telanlah keputusan ini walaupun tidak bersetuju agar PMX tidak hilang kuasa. Mereka ketepikan prinsip dan tujuan asal asalkan PMX kekal.
Saya ingin sangat bertanya kepada mereka ini apa yg mereka mahu dari PMX sebenarnya sehingga sanggup gadaikan prinsip?
1. Adakah mereka mahu kebebasan bersuara? Adakah mereka mahu media yang bebas?
2. Adakah mereka mahu rasuah dibenteras?
3. Adakah mereka mahu rakyat terbanyak dibela oleh kerajaan melalui dasar dan pelan eknonomi yang padu dan jitu?
Kalau itu yang mereka mahu dari PMX sehingga prinsip diketepikan saya fikir ialanya adalah a lost cause.
Tidak ada satu perkara di atas pun yang PMX pertahankan walaupun itulah mantra beliau sepanjang 25 tahun menentang kerajaan.. dari jalanan sehingga ke penjara.. dari Permatang Pauh sehingga ke Putrajaya.. A big ZERO.
Malah yang berlaku adalah disebaliknya. Pemimpin pemimpin pembangkang di soal siasat pihak berkuasa dengan kerap sekali.
Hal agama bangsa dan raja raja langsung tidak boleh dibincang atau diulas lagi. Media pula ditekan dengan hebat. Malah ada portal portal yang disekat akses nya tanpa sebarang notis mahu pun sebab yang jelas.
Rasuah dibenteras dengan cara yang baru. Kes rasuah diketepikan walau telah ada prima facie. Barangkali ini lah cara membersihkan rasuah?
Bab ekonomi ,kos sara hidup harga barangan dan sebagainya langsung tiada pendekatan yang dapat melegakan rakyat terbanyak. Nilai ringgit terus merudum begitu juga pasaran saham . Cakap cakap pandai ketika jadi pembangkang dahulu hanyalah political soundbytes yang hari ini sudah out of tune.
Kalau kita hanya penyokong dan pengundi, fikirkan lah semula yang saya tulis di atas. Adakah worth it prinsip diketepikan demi PMX? Jangan bandingkan anda dengan org parti PKR UMNO apatah lagi DAP.
PKR itu asas penubuhannya hanyalah untuk satu susuk tubuh menjadi PM. Itu mereka telah capai dan mereka akan pertahankan dengan apa cara sekali pun. UMNO itu mudah sifir nya. Mereka hanya mahu jadi sebahagian dari kerajaan, jika tidak mereka tidak tahu bagaimana meneruskan kehidupan kerana tidak pernah jadi pembangkang seumur hidup . Of course itu juga bermaksud mereka can get away with anything kerana 30 kerusi parlimen itu besar nilainya apabila tiada satu gabungan pun yang ada majority selepas PRU 15.
DAP pula? Well ini telah banyak ditulis oleh banyak pihak objective utama DAP sehingga sanggup tolerate Zahid ialah persempadanan semula kawasan2 pilihanraya due in 2025. This is the jackpot yang DAP tunggu.
The end justify the means to them .. not to you.
Jika anda kompromi tentang satu perkara.. kelak di masa hadapan banyak lagi perkara yang berlaku di mana anda perlu kompromi lagi dan lagi.
Orang melayu terutama sekali fikirkanlah sejenak.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.