https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dalam Kerajaan Perpaduan ini tidak berlakunya rasuah dan kurang ketirisan wang


Zahid Hamidi.

1. Lantik dia jadi TPM, netizen kata tak boleh sebab dia ada kes mahkamah.

2. Kalau dia bukan TPM dan dibebaskan dari pertuduhan, netizen kata dia bebas sebab kerajaan perlukan parti dia.

3. Lantik dia jadi TPM dan mahkamah bebaskan dia dari pertuduhan, netizen kata PM nak bersihkan TPM sendiri dan kekalkan kuasa.

4. Seolahnya hanya dengan penjarakan Zahid Hamidi barulah adil.

5. Seolah-olah mesti jatuh hukum baru betul.

6. Sedangkan ramai lagi orang yang sedang didakwa dan mengharapkan dilepaskan dan dibebaskan, contohnya YB Syed Saddiq.

7. Dalam bidang kehakiman, tersilap membebaskan lebih baik dari tersilap menghukum.

8. Ramai juga bawa kes rakyat marhin yang dihukum walaupun dengan kesalahan kecil.

9. Benar...sebabnya mudah, PEGUAM.

10. PEGUAM akan bantu lepaskan jika anakguamnya tidak bersalah.

11. Tugas PEGUAM adalah menimbulkan keraguan kepada kes, saksi dan bukti agar mahkamah tolak dan bebaskan anakguam mereka.

12. PEGUAM akan bantu supaya pertuduhan yang dikenakan tidak berat hukumannya.

13. PEGUAM akan bantu untuk mintak hukuman diringankan, ditangguhkan dan 14. PEGUAM bantu merayu ke mahkamah lebih tinggi.

15. Kebanyakan mereka yang dijatuhkan hukuman bersalah dan dihukum adalah mereka yang tidak mampu mengambil peguam.

16. Mereka dengan mudah mengaku salah, dan hakim dengan mudah menjatuhkan hukuman. Kes selesai.

17. Bagi kes Zahid Hamidi, kalau betul dia bersalah, kerugian hanya melibatkan Yayasan yang diasaskannya sendiri. 18. Kalau dia tak salah, bermaksud dia dizalimi.

19. Kes AkalBudi di tak pernah disebut kecuali selepas beliau enggan ikut arahan Tun M bubarkan UMNO.

20. Beza dengan kes 1MDB yang Anwar Ibrahim dah bawa hampir 10 tahun sebelum Najib didapati bersalah.

21. Kes 1MDB juga dibicarakan/dibincangkan hampir seluruh dunia.

22. Ramai lagi pemimpin yang dibebaskan dari tuduhan dimahkamah. Muhyidin Yasin Musa Aman Shahidan Kasim dll

23. Hari ini ramai(ahli politik) berlagak suci seolah-olah tidak pernah melakukan jenayah.

Dulu masa Zahid Hamidi dibebaskan Tuan Ibharim dan Syed Saddiq kata sila Hormati keputusan mahkamah.

24. Kini mereka kata berdosa pula melihat Zahid Hamidi dibebaskan tanpa dilepaskan. Betapa hipokritnya mereka.

25. Ramai juga netizen lebih pakar dari peguam dan hakim.

26. Apa pun jawapan diberikan dan oleh sesiapapun termasuk dari Jabatan Peguam Negara, pihak mereka tidak akan berpuas hati.

27. Untuk DSZH..jalan terus.

28. Kerajaan Perpaduan ini lebih penting untuk dikekalkan supaya pemulihan ekonomi, kestabilan dan keselamatan negara lebih terjamin.

29. Negara ini juga perlu diselamatkan dari ekstrimis takfiri pihak tertentu.

30. Paling penting dalam Kerajaan Perpaduan ini tidak berlakunya rasuah dan kurang ketirisan agar wang rakyat dibelanjakan dengan betul dan adil. 

Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.