https://critoxium.com/shop/

Terkini

Macam Syed Saddiq Cakap : Cuba Tengok Cermin Dulu

 


Oleh Fathi Aris Omar

Cuba baca semua berita ini sebelum turun berdemo Sabtu ini. Cuba Pemuda PN jawab dulu kes-kes yang disenarai ini. Apa dah jadi?
 
Bawah pentadbiran PN, PAS dan TS Muhyiddin Yassin, ini ceritanya! Hari ini tiba-tiba hendak pakai baju putih berlagak suci pula! 
 
Jawablah yang ini dahulu. Bukan sahaja PN, yang bersama PH juga harus menjawab! 
 
14 Mei 2020:
Riza Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan kes pengubahan wang haram 1MDB AS$248 juta (RM1.25 bilion) (tetapi beliau bayar RM465.3 juta)
 
9 Jun 2020:
TS Musa Aman bebas 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk 36 tuduhan suapan daripada konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta
 
Apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada kes Riza? Apa kata DS Mukhriz Mahathir pada kes Riza dan Musa? Apa kata PH pada kes Musa? Tengok keratan berita di bawah.
 
22 Julai 2021:
 
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa pecah amanah RM1 juta, salah guna wang RM120,000
[Apa keterangan Syed Saddiq di depan hakim pada 23 Februari 2023: 
 
Ahli parlimen Muar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pendakwaan terhadapnya kerana tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ketika itu.
 
Lebih mengejutkan lagi, Syed Saddiq dakwa pegawai SPRM pujuknya agar sokong Muhyiddin! 🙂 ]
 
13 Mac 2021
 
PH juga mendakwa wujud ugutan terhadap pemimpinnya agar sokong PN atau berdepan tindakan. Akhirnya keluar PKR, sokong PN
 
Dalam kes Zahid pula apa yang terjadi? Lagi mengejutkan, Jabatan Peguam Negara pula minta SPRM siasat dakwaan terpilih zaman Dr Mahathir terhadapnya! 
 
Semua orang bercakap, BN, PH dan PN. Semua parti dakwa jadi mangsa! Tetapi tiada sesiapa yang mendesak cari jalan keluar! Malah ada berlagak suci. 
 
BN yang dituduh lakukan pendakwaan terpilih dahulu juga mendakwa jadi mangsa saat ini. 
 
PH juga begitu, dahulu sedar adanya permainan dakwaan memilih-milih, termasuk pada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dr Xavier Jeyakumar. Tetapi Syed Saddiq kini sudah lupa! 
 
PN yang dituduh lakukan pendakwaan terpilih dahulu juga mendakwa jadi mangsa saat ini. Jadi siapa yang jadi mangsa? Siapa pula pelakunya?
 
Kalau kau orang malas cari di Google, kau baca sahaja posting aku ini:
 
yang ini:
dan juga yang ini:

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.