https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pengalaman kerajaan 33 bulan cukup memberi pengajaran.


Oleh Jamzuri Ardani 

Untuk kekal memerintah, PHBN perlu sekitar 30% sokongan Melayu secara purata. Ianya suatu yang boleh dicapai. Malah ada tempat yang sokongan Melayu kepada PHBN hampir menyamai PN.

Sekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan 3 penjuru antara PH - BN - PN dalam PRU16, PH memerlukan hanya 20% undi Melayu untuk menjadi blok terbesar.

Malah sekiranya undi Melayu berpecah sama banyak antara BN dan PN, PH boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Tetapi PN pula memerlukan sokongan sekitar 20% dari pengundi bukan Melayu untuk mendapat 'cukup jumelohh'.

Dengan naratif politik sektarian yang dimainkan oleh PN, angka itu hampir mustahil dicapai. Tahap sokongan pengundi bukan Melayu kepada PN sekarang berada di paras bawah 5%.

Berdasarkan situasi ini, pilihan yang paling baik untuk pengundi Melayu ialah mengubah sokongan mereka kepada PHBN kerana dengan itu perpaduan nasional dan kestabilan politik dapat direalisasikan demi kemakmuran rakyat.

Pada masa yang sama kepentingan orang-orang Melayu akan lebih diperkasakan. Tidak ada untungnya orang Melayu memilih untuk tidak berada dalam arus pembangunan perdana dengan menyokong pembangkang.

Sekiranya PN dan BN bergabung dan membentuk blok Melayu sepenuhnya, mereka pun hanya boleh memerintah dengan majoriti mudah sahaja. Masih tidsk boleh ubah perlembagaan. Tetapi, kesan sampingannya sangat buruk iaitu polarisasi perkauman yang semakin tajam dan keadaan politik yang tidak stabil. Pengalaman kerajaan 33 bulan cukup memberi pengajaran.

Perebutan kuasa antara PAS, Bersatu, dan Umno adalah resepi ampuh untuk memusnahkan kemakmuran negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.