https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tahanan Rumah Najib : Jangan Jadikan Undang Undang Seperti Payung Yang DIbuka Selepas Hujan Turun


1.Saya menghormati kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah bidang kuasa Perlembagaan dan tidak wajar dipolemikkan sebagai pertentangan dengan institusi Raja.

2.Namun, persoalan yang perlu dijawab kerajaan sekarang ialah bagaimana keputusan tahanan rumah itu hendak dilaksanakan menurut undang undang yang sedang berkuat kuasa.

3.Jabatan Penjara sendiri menyatakan mereka masih menunggu surat rasmi dan perlu memastikan pelaksanaannya selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara yang sedang berkuat kuasa.

4.Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 20 September bahawa Malaysia belum mempunyai undang undang khusus mengenai tahanan rumah menimbulkan persoalan yang wajar dijawab kerajaan.

Lebih penting, beliau menjelaskan cadangan Akta Tahanan Rumah yang sedang hendak digubal itu pada asalnya adalah untuk tahanan reman bagi mengatasi kesesakan penjara, bukan mekanisme sedia ada bagi pesalah yang telah disabitkan dan sedang menjalani hukuman.

5.Maka soalan saya mudah,

Jika tahanan rumah hendak dilaksanakan, apakah peruntukan undang undang yang menjadi sandarannya?

Saya tidak mempertikaikan kuasa pengampunan. Saya mempersoalkan mekanisme pelaksanaannya.

6.Peguam Negara perlu memberikan penjelasan dan jawapan supaya negara tidak sekali lagi tercalar selepas dunia membicarakan Malaysia dalam Isu SRC dan 1MDB.

7.Kedaulatan undang undang bukan sekadar disebut dalam Rukun Negara. Ia mesti menjadi prinsip apabila kuasa negara dilaksanakan.

Jangan sampai rakyat melihat seolah-olah keputusan dibuat dahulu, kemudian undang-undang dicari untuk melaksanakannya.

8.Pengampunan boleh dihormati. Tetapi kedaulatan undang undang mesti tetap ditegakkan.

"Jangan jadikan undang-undang seperti payung yang dibuka selepas hujan turun.”

MAHFUZ OMAR
BEKAS BANDUAN 20043br> PENJARA KAJANGbr> ISNIN 21 SEPT 2026br> KUALA LUMPUR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.