https://critoxium.com/shop/

Terkini

“PAS: Dari Parti Prinsip ke Parti Kuasa?”


Oleh Fathi Aris Omar

PAS hendak buat apa terajui PN? Tidak pernah parti ini terajui gabungan atau menjadi calon PM.

Seingat saya, sebagai pembangkang, PAS bolot sudah banyak manfaat dengan gaya tersebut.

Kita senaraikan biar nampak jelas:

1990 - APU: Dapat semula Kelantan

1999 - BA: Dapat tambah Terengganu pula

2008 - BA + DAP: Dapat Kedah dan Perak

2018 - GS: Dapat semula Terengganu

2022 - PN: Dapat Perlis pula + Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tetapi setahun dua ini, PAS dah jadi kemaruk betul, hubbun dunya, cintakan dunia betul.

Semasa Bersatu ura-ura tuntut kerusi MB di Perak, Pahang dan Selangor, PAS tidak setuju. Padahal belum menang pun! PAS sudah ada empat negeri, patutnya kasilah Bersatu pulak. Ini tidak.

Bersatu namakan TS Muhyiddin Yassin calon PM. Mereka bantah juga! Malah rasa sudah tiba masanya PAS ketuai PN. Nampak?

Ni sebelum Bersatu rampas Perlis lagi. September 2025. Krisis di negeri itu pada Disember. Dahsyat betul PAS hari ini. Terpesong jauh dari PAS dahulu.

Sebab itu krisis di Perlis susah didamaikan. Benih ketamakan itu sudah membiak dalam nadi parti. Mana Bersatu boleh tahan perangai macam ini!

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.