𝗣residen 𝘃𝘀 Mursyidul Am : Doktrin ' Kepimpinan Ulama ' Yang Sedang Makan Diri
Oleh Ahmad Mursi
1. Baru beberapa hari lalu, Haji Hadi bentangkan teori negara Islam: Raja mesti berada di bawah Perlembagaan yang dikawal Ulama Mujtahid.
2. Hari ini, dia dan partinya sendiri kucar-kacir kerana struktur kuasa yang serupa.
3. Perbandingan mudah:
Negara (teori Haji Hadi):
Raja/Sultan → tertakluk Perlembagaan Negara → dikawal Ulama Mujtahid
Parti (realiti PAS):
Presiden → tertakluk
Perlembagaan PAS → dikawal Majlis Syura Ulama
4. Masalahnya muncul bila Presiden PAS hari ini cuba mencabar autoriti MSU yang cuba batalkan pemecatan 3 ADUN Perlis.
5. Ikut tauladan Haji Hadi ni: Kalau Presiden boleh cabar MSU, Maka Raja pun boleh cabar Ulama Mujtahid kelak.
𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜 𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜
6. Sebab itu dalam tradisi ASWJ,
Ulama tiada dalam struktur kuasa,
tetapi penasihat, penegur dan pengkritik kepada Sultan. Berlainan dengan Syiah.
7. Bila Ulama dijadikan pengawal kuasa dalam hierarki, hasilnya krisis autoriti, ketaatan celaru, parti berpecah.
8. Tak perlu tengok jauh. Cukup lihat apa yang berlaku dalam PAS hari ini. Ahli bertengkar nak tentukan siapa amir.
9. Ini baru jaga parti, kalau jaga negara dengan doktrin ni boleh huru hara.
10. Kalau tegur autoriti Ulama yang kawal perlembagaan negara, kita akan diingatkan bahawa amalan dan ilmu kita tak seberapa jika dibandingkan dengan Ulama. Maka hilanglah Check and Balance walhal Saidina Umar dulu pun ditegur.
Tulisan sebelum ini menolak doktrin Haji Hadi: https://www.facebook.com/share/p/17ktHjs85a/
Tulisan Haji Hadi berkenaan Doktrin Struktur Negara Islam -





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.