https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Isu PN Sebenarnya Mudah: Perlembagaan Sudah Ada Jawapan”


Oleh Marzuki Mohamad  

Benda mudah saja. Tak susah pun. Dalam Perlembagaan PN sekarang telah ada Fasal 7A mengenai Majlis Presiden.

Ahli-Ahli Majlis Presiden adalah Presiden-Presiden parti anggota PN.

Walaupun Tan Sri Muhyiddin telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, dia masih ahli Majlis Presiden.

Pengerusi Majlis Presiden pula ialah Pengerusi PN dan mesyuarat Majlis Presiden hanya boleh dipanggil oleh Pengerusi, iaitu Pengerusi PN.

Apabila Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Pengerusi PN, maka ada keperluan untuk melantik seorang Pengerusi Majlis Presiden. Kalau tidak siapa nak memanggil mesyuarat dan mempengerusikan mesyuarat?

Takkanlah orang selain daripada Presiden nak mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden?

Jadi dalam pertemuan pada 16 Januari di kediaman Tan Sri Muhyiddin, timbul cadangan supaya Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Pengerusi Majlis Presiden.

Malah dipersetujui juga fungsi Majlis Presiden hendaklah diperkasakan.

Adapun Pengerusi Majlis Eksekutif terpulanglah kepada PAS. Nak lantik Tuan Ibrahim boleh, Dr Samsuri pun boleh. Tuan Guru Haji Hadi kata dia tak mahu.

Jadi yang tuduh Tan Sri Muhyiddin dah letak jawatan tapi nak balik jawatan ni kenapa?

Sebagai Presiden BERSATU dia dah ada pun dalam Majlis Presiden. Cuma sekarang nak lantik dia jadi pengerusi majlis dengan persetujuan 3 orang Presiden yang lain.

Kalau majoriti 3 yang lain setuju jadi lah. Kalau tak setuju tak jadi lah.

Jawatan Pengerusi PN pula tak berbangkit. Kerana jika dibangkitkan pun dalam kalangan parti-parti anggota ada yang bersetuju dan ada yang tak bersetuju. Deadlock.

Kerana itulah pada fahaman Tan Sri Muhyiddin jawatan tersebut sudah tiada lagi.

Tapi kalau jawatan tersebut masih nak diwujudkan, bincang baliklah.

Tapi nak adakan Mesyuarat Luar Biasa PN untuk lantik Pengerusi PN tak boleh lah. Sebab dalam pertemuan antara pucuk pimpinan BERSATU dan PAS hal ini tak berbangkit langsung. Nak lantik siapa?

Biasanya dalam adab beorganisasi politik hal-hal yang kusut dibincang dahulu oleh ketua-ketua. Supaya bila dibawa ke dalam mesyuarat ia boleh diselesaikan dengan mudah.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.