https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ketetapan Retreat Jentera Pilihan Raya AMANAH Kedah PRU-16


AMANAH KEDAH telah membuat ketetapan di dalam program Retreat Jentera Pilihanraya Amanah Kedah yang berlangsung pada 23 – 24 Januari 2026, di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka seperti berikut :

1. AMANAH Kedah mengambil maklum tentang pendirian politik UMNO / BN Kedah yang cenderung bertanding solo pada PRU 16 depan. Justeru AMANAH Kedah turut menghormati pendirian UMNO/BN Kedah kerana ia adalah pendiriannya menentukan hala tuju pada PRU 16 depan.

2. AMANAH Kedah melalui Biro Politik AMANAH Kedah dan Ketua-Ketua AMANAH Kawasan telah sepakat menggenalpasti DUN dan Parlimen akan ditandingi pada PRU 16 depan. Antara kerusi DUN menjadi sasaran AMANAH Kedah ialah ialah Kuah, Langkawi, Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu dan Bandar Baharu, Kulim / Bandar Baharu dan beberapa kerusi lain.

3. AMANAH Kedah turut membuat ketetapan menyokong cadangan Biro Pilihanraya AMANAH Nasional untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena dan Jerai, di samping mengangkat cadangan bertanding beberapa kerusi Parlimen lain.

4. AMANAH Kedah mengarahkan kepada semua AMANAH Kawasan segera menubuhkan dan mengaktifkan Jentera Operasi Piliharaya (JOP) Peringkat Parlimen dan DUN masing-masing seluruh Kedah, di samping memberi tumpuan mewujudkan jentera pilihanraya di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) khususnya di Dun-Dun dan Parlimen yang menjadi sasaran AMANAH Kedah bertanding pada PRU 16 nanti.


5. Namun begitu, AMANAH Kedah akan membuat rundingan dengan rakan koalisi politik di dalam Pakatan Harapan Kedah untuk menentukan kerusi DUN dan Parlimen agar ia tidak berlaku pertindihan kerusi yang ditandingi kelak.

6. AMANAH Kedah menyatakan komitmen akan memberi sokongan padu dan berkerja keras membantu di mana-mana kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh koalisi politiknya iaitu KEADILAN dan DAP pada PRU 16. Sekian, terima kasih

 ASMIRUL ANUAR ARIS
Pengerusi AMANAH Kedah / Pengerusi Majlis Pilihanraya AMANAH Kedah 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.