Krisis Dalaman Perikatan Nasional , Pas Dan Bersatu Makin Parah
Oleh Ahmad Musri
Sejak qunut nazilah dibaca PN agar Kerajaan Perpaduan dihancurkan, dipecahkan, dihantar anjing², ini apa yang berlaku:
1. Ramai Ketua Bahagian BERSATU desak Muhyiddin letak jawatan dan digantikan dengan Hamzah.
2. PAS campur tangan dalaman BERSATU mencatur Hamzah menggantikan Muhyiddin.
3. Wan Faysal, Wan Saiful dan Saifuddin Abdullah dipecat kerana berkempen menjatuhkan Presiden.
4. Tebok Atap Kerajaan PAS Perlis, 3 ADUN PAS sendiri terlibat.
5. MB PAS Perlis diganti dengan MB BERSATU kerana dikaitkan dengan dakwaan salah laku tuntutan palsu.
6. 3 ADUN PAS dipecat dengan alasan 'terhenti keahlian'.
7. PAS ugut ceraikan BERSATU, dan hidupkan semula Muafakat Nasional dengan UMNO akibat krisis di Perlis.
8. Ketua Pemuda PAS bagi amaran 'berambus!' kepada BERSATU dari PN.
9. Haji Hadi menuduh BERSATU khianat di Perlis, tetapi dinafikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Perlis dan Muhyiddin.
10. Muhyiddin berjumpa Mursyidul Am bersama ADUN dipecat, PAS anggap usaha bypass Team Presiden.
11. Mursyidul Am cuba batalkan keputusan Presiden memecat 3 ADUN PAS di Perlis.
12. Pertembungan terbuka penyokong Presiden PAS vs penyokong Mursyidul Am. Serang menyerang di medsos.
13. PAS bagi amaran kepada MB Perlis BERSATU agar tidak campur tangan hal dalaman PAS.
14. Perebutan jawatan Pengerusi PN - PAS mahukan jawatan tertinggi itu.
15. Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN disertai SU dan Pengerusi² Negeri.
16. Perbalahan terbuka antara PAS dan BERSATU berkenaan status Pengerusi PN sama ada masih kekal atau tidak.
17. Takiyuddin memanggil mesyuarat MT PN tanpa menjemput Muhyiddin.
18. PAS nak lantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Presiden untuk PAS rampas kedudukan Pengerusi PN.
----- Sebab itu, Dr Abdul Basit menasihatkan agar tak perlu melampau dalam berdoa kerana doa itu boleh 'terpelanting kena atas kepala sendiri'. Sebaliknya doakan agar diberi hidayah jika berlaku hal² kecil. Telah sabit dalam Hadis sohih bahawa, doa laknat akan kembali kepada orang yang melaknat jika orang yang dilaknat itu tidak layak.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.