Beralih pada produk berkualiti
Baru-baru ini, tersebar
di media sosial satu kempen - boikot produk bukan Muslim. kelihatan
beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh sebilangan guru agama dari
parti politik dan badan-badan bukan kerajaan tertentu. Tidak lama
kemudian, kempen tersebut bertukar jenama - dari boikot produk bukan
Muslim kepada mengutamakan produk Muslim.
Tidak semena-mena pula, tersebar fitnah kononnya pasar raya Econsave tidak mengambil produk Muslim. Lalu, pihak pasar raya membuat laporan polis dan pihak yang memfitnah pula meminta maaf.
Beberapa tahun lepas, saya ditanya berkenaan kempen yang mahu dilakukan oleh penunggang motosikal, iaitu dengan menyepak cermin tepi kereta yang mengganggu laluan motor di lebuh raya.
Jawapan saya ketika itu adalah tidak bersetuju. Ini kerana, tindakan penunggang itu dibimbangi memberi implikasi marah dari pihak pemandu kereta. Lebih membimbangkan, jika mereka mengambil sikap membalas dengan cara melanggar pula motosikal. Ini sudah pasti mendatangkan bahaya.
Sesuatu
perkara yang mahu kita lakukan, antara perkara utama yang perlu kita
fikirkan adalah implikasi buruk. Atas alasan implikasi itulah, saya
tidak bersetuju dengan kempen penunggang motosikal mahu menyepak cermin
sisi itu.
Kedua, apa yang dilakukan oleh Taliban semasa mereka menguasai Afghanistan suatu masa dahulu? Mereka meletupkan sebuah patung Buddha terbesar di Afghanistan di wilayah Bamiyan. Tindakan Taliban ketika itu mendapat kritikan hebat dari Dr Yusof al-Qaradawi, yang ketika itu presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa.
Dalam kritikan Al-Qardawi itu, beliau menyatakan bahawa tindakan Taliban itu akan memberi implikasi serangan masyarakat Buddha terhadap orang Islam di negara-negara yang rakyat Buddha ramai seperti Thailand. Kata Al- Qaradawi, hari ini Taliban meruntuhkan sembahan orang Buddha, esok orang Buddha akan membunuh orang Islam. Ternyata apa yang diungkapkan oleh al-Qaradawi itu berlaku beberapa tahun kemudian - tragedi Tak Bai di Thailand.
Dalam kritikan Al-Qardawi itu lagi, beliau turut menjelaskan bahawa kefakihan itu, bukan semata-mata apa yang berjaya menukilkan isi kitab. Tetapi kefakihan itu, katanya, adalah kemampuan mengadaptasi hukum dengan mengambil kira implikasi, mendatangkan kesan keamanan, kemaslahatan dan keadilan, serta mengelak dari kerosakan dan permusuhan.
Lihat implikasi
Bagi mereka yang mendalami fikah Islam secara mendalam, mereka akan berjumpa dengan teori yang dinamakan sebagai "Ma-alat al-Af'al" - melihat implikasi terhadap sesuatu tindakan. Dalam al-Muwafaqat, Imam al-Syatibi menyatakan, melihat kepada implikasi adalah perkara yang muktabar dan disyariatkan dalam Islam. (al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 5, hlm 177)
Melihat kepada implikasi itulah, terdapat ayat al-Quran yang melarang nabi membaca al-Quran dengan kuat (Surah Al-isra' 17:110).
Ia diturunkan kerana ketika itu nabi membaca al-Quran dengan kuat, sehingga melahirkan celaan orang musyrik terhadap Allah yang menurunkan al-Quran dan Jibril yang mendatangkan al-Quran (daripada Ibn Abbas, Saheh al-Bukhari, hadis no: 4722)
Sepertimana yang kita ketahui bahawa membaca al-Quran dan memperdengarkan al-Quran adalah sesuatu yang baik. Namun ayat ini pula menjelaskan, membaca al-Quran yang baik, jika boleh mendatangkan implikasi yang buruk, maka ia ditegah.
Dari sudut kebiasaan pula, implikasi yang terhasil dari sesuatu tindakan, kadangkala ia lebih buruk. Contohnya, al-Quran ada melarang dari mencela sembahan selain dari Allah. Larangan itu kerana melihat kepada implikasi yang lebih teruk, iaitu mereka yang menyembah selain Allah, bukan semata-mata mereka mencela Allah, malah terdapat implikasi yang lebih buruk, iaitu lahir sifat prejudis terhadap agama Islam (Surah al-An’am 6:108) Apabila sudah wujud sifat prejudis dalam hati orang bukan Muslim tersebut, sebarang kebenaran yang di berikan hujah yang kuat macam mana pun, pasti tidak akan diterima lagi.
Demikian juga dalam isu kempen boikot produk bukan Muslim yang kemudian berubah kepada kempen mendahulukan produk Muslim. Kebimbangan saya adalah pada implikasi di sebalik kempen ini adalah kerana beberapa faktor.
Pertama, latar belakang kempen ini bermula dari isu yang melibatkan kepada sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh kelompok dan parti politik yang kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Kedua, Jika kita buat kempen utamakan barangan Muslim, dikhuatiri syarikat mereka pula buat kempen utamakan pekerja bukan Muslim. Ataupun, peniaga kecil Muslim yang pembekal barangan jualannya adalah bukan Muslim, bimbang mereka memberikan sedikit tekanan kepada peniaga Muslim dengan meletakkan harga yang sedikit mahal dari kebiasaan, ataupun menyusahkan untuk mendapat barang bekalan. Jika itulah keadaannya, tindakan memboikot memangsakan pada peniaga Muslim yang bergantung dengan pembekal bukan Islam.
Ketiga, dibimbangi kempen ini tidak kemana-mana. Tetapi, meninggalkan kesan tidak baik pada hubungan kaum dan penganut agama dalam negara.
Kualiti produk
Dalam hadis, ada diceritakan bahawa nabi diminta oleh sahabat untuk melakukan penetapan harga di pasaran. ketika itu, nabi tidak mahu menetapkan harga di pasaran sepertimana yang diminta oleh sahabat, kerana mahu membiarkan perjalanan harga barang berlaku dalam persaingan pasaran secara sihat.
Hadis ini mendapat respons dan komentar dari ramai ilmuwan. Antara komentarnya adalah, apabila wujud persaingan dalam pasaran, sudah pasti setiap peniaga akan berusaha memastikan barangan mereka dibeli. Antara mekanisme yang mereka lakukan, mereka memastikan barangan jualan mereka itu ada kualiti, dan diusahakan mendapat harga yang murah.
Konsep persaingan ini jugalah yang diperkenalkan oleh nabi ketika baginda SAW mula-mula dilantik menjadi ketua kerajaan Madinah. Mewujudkan pasar untuk Muslim untuk mereka bersaing secara sihat dengan pasar yang dikuasai Yahudi – iaitu dengan memberikan tawaran yang berkualiti kepada masyarakat Madinah.
Sebagai pembeli, sesuatu produk yang saya pilih, sudah tentu yang ada kualiti. Ditambah pula dengan harga yang murah.
Apabila seseorang peniaga Muslim menjual produk yang tidak ada atau kurang kualiti, ditambah pula dengan harga yang mahal, barangan jualannya tidak menjadi pilihan orang ramai. Apatah lagi, produk yang sama turut dikeluarkan oleh bukan Muslim. Ada dalam pasaran yang sama dengan harga murah, dan dianggap sebagai kualiti pula. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti pembeli lebih tertumpu kepada produk bukan Muslim berbanding produk Muslim.
Dengan sebab itu, saya berpendapat kempen yang sewajarnya dilakukan oleh Muslim adalah mewujudkan produk yang berkualiti, bukan memilih produk Muslim. Ini kerana, boleh berlaku sahaja Muslim mengemukakan produk yang tidak ada kualiti, dan bukan Muslim mengeluarkan produk yang berkualiti. Dengan sebab itu, andai produk yang dikeluarkan oleh Muslim itu berkualiti, tanpa kempen pun, produk Muslim pasti akan mendapat permintaan dari pembeli.
Seseorang penjual nasi lemak yang produknya tidak dibeli, perkara utama yang perlu dia lakukan adalah muhasabah dan mencari punca produknya tidak dibeli. Bagi memastikan nasi lemaknya dibeli, dia perlu berusaha memastikan nasi lemaknya lebih sedap dari nasi lemak di kedai lain. Ditambah pula, dengan menawarkan harga nasi lemak yang murah.
Demikian juga dalam persaingan ekonomi. Ketika kita gagal dalam persaingan, bagi atasi perkara itu, bukan dengan menunggang nama agama, seperti jenamakan produk sebagai “makanan sunnah”, “produk islamik” atau sebagainya. Tindakan yang perlu adalah mengambil sikap produktiviti - mengemukakan produk yang lebih berkualiti berbanding orang lain.

WAN JI WAN HUSSIN ialah seorang pendakwah bebas.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.