https://critoxium.com/shop/

Terkini

Keperluan isteri tunai hak suami

Soalan: Boleh Ustaz jelaskan, sampai bilakah seseorang isteri itu perlu taat kepada suaminya, dalam rangka seseorang isteri melaksanakan hak-hak suami terhadap dirinya? 

Jawapan: Sampai bila? Sampai mati. Sebab itu orang perempuan dia datang jumpa Nabi. Dia kata, “Kalau suami buat begini-begini, suruh ini-ini, kena buatlah?” Nabi kata, “Kena buat belaka, begitu begini, begitu begini.

Kalau keluar nanah daripada kepala suami daripada hidung suami, keluar nanah meleleh sampai ke keting (betis) kamu jilat dengan lidah sampai licin tubuh suami nanah-nanah itu tidak tunai lagi hak suami.” Orang perempuan itu kata, “Kalau begitu aku bersumpah sampai mati tidak akan menikah kerana kalau aku menikah aku takut tidak boleh hendak taat sebegitu semua.”

Tengok. Ini tengok orang berlaki (bersuami) hendak bersuami (berkahwin), bahasa galak gatal. Suami suruh, ajak buat apa-apa, tidak ikut.

Jangan buat macam itu. Tidak ada kesukaanlah kalau macam itu. Suami hendak pergi rumah saudara, “Mari pergi ke rumah abang saya sekejap.” “Uhhhh, malaslah ke rumah abang kamu.

Bukan abang aku. Pergilah kamu seorang.” Pergilah kita seorang.

Teruk orang perempuan. Itulah yang suami jadi duduk main makan kedai kopi memandang itu.




Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.