Bekal Ke Akhirat
Ketika beratur di pejabat pos kerana nak beli setem, di hadapan saya seorang wanita yang dah sebaya 60 an.
Bila tiba gilirannya dia menghulur bil elektrik untuk dibayar.
Kerani pejabat pos tu bertanya,"Mak cik bayar bil elektrik masjid?" Wanita itu lantas menjawab, "Ya,saya berpakat dengan anak-anak untuk bayar bil elektrik masjid kampung saya. Duit yang depa nak bagi kat saya tiap bulan, saya buat bekal makan di akhiratlah.
Subhanallah!
Saya lihat wanita itu puas dengan jawapannya dan kerani tu pula
mengangguk kepala. Lihatlah betapa ada orang beringat dan bersedia untuk
berbuat kebajikan hingga sedemikian.
Pada usia senja ini, sudah tidak perlu mengumpul harta dunia untuk ditimbun tetapi kumpul dan timbunkanlah harta akhirat.Jika anda seorang ibu atau bapa,contohilah wanita ini yang menggembleng anak-anak untuk bersama membuat kebajikan. Dalam contoh ini membayar bil elektrik, bil air rumah Allah, mungkin juga jika tidak mampu,bayarlah bil elektrik atau air di surau.
Bukan itu sahaja, pelbagai kerja kebajikan boleh digabungkan bersama anak-anak seperti bersedekah jariah,membiayai anak yatim, membeli sesuatu keperluan masjid atau surau dan sebagainya .
Jika anda seorang anak yang bekerja,berilah sedikit pembiayaan kepada orang tua anda untuk mereka berbuat kebajikan sebagai bekalan ke akhirat.Ajak mereka gunakan sumbangan untuk berbuat kebajikan,bukan untuk disimpan. Mungkin waktu muda dulu dia tidak berkesempatan kerana pendapatan habis digunakan membiayai pengajian kita,belanja hidup kita,maka kongsikanlah sedikit pendapatan kita dengan ibu bapa untuk mereka berbuat kebajikan.
Apa salahnya mengajak ibu bapa membayar bil masjid atau surau,mengajak bersedekah barang makanan,menyumbang kepada sekolah agama dan lain-lain dalam maksud menyediakan bekalan untuk ibu bapa kita di akhirat seperti yang disebut oleh wanita itu dalam cerita saya di atas.
Saya pernah juga melihat ada keluarga yang membawa ibu bapa dan cucu membuat kerja pembersihan masjid sebagai riadah hujung minggu, mungkin lebih baik dari saja-saja berjoging nak buang tenaga,lemak pusing taman. Mungkin lebih baik dari menunggu berjam-jam ikan meragut umpan dalam panas terik,hanya untuk merasa suspen ikan memakan umpan.Mungkin lebih baik dari menghabiskan masa di pusat beli belah.
Jika kita selalu berpakat dengan ibu bapa,adik dan abang untuk pergi makan kenduri, melancong, berkelah, berziarah, maka hari ini saya nak sarankan jom kita berpakat adik-beradik, ibu dan bapa untuk berpakat membuat kerja kebajikan.
Jika Sultan Brunei boleh membayar bil elektrik Masjidil Haram, kita yang kerdil ini boleh membayar bil elektrik atau air masjid di kampung kita atau kampung di pedalaman atau sebuah surau pun jadilah kerana pada sisi Allah bukan banyak atau sedikit tetapi dibuat dengan penuh ikhlas dan atas dasar keimananan.
WallahuAlam.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.