‘Bila Lutfi berhenti menulis, saya pasti merindui catatannya’
AHMAD Lutfi tidak keterlaluan boleh dianggap sebagai ikon kebebasan media generasi baru. Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan politik sekitar tahun 1980-an, beliau telah menghasilkan lebih 30 judul buku politik dan menerbitkan kira-kira 40 akhbar politik tidak berkala antaranya seperti Haraki, Memo, Kritis dan Ehsan.
Ahmad Lutfi yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah selama 10 tahun sebelum ini turut mewarnai gema Reformasi 1998 dengan penerbitan majalah Tamadun, Wasilah dan Detik yang menjadi sasaran tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Tidak hairanlah, banyak penerbitan yang diusahakannya telah diharamkan KDN. Bahkan, keputusan penghakiman baru-baru ini yang mensabitkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo dapat dilihat sebagai hasil perjuangan panjang Lutfi selepas lebih 13 tahun membongkar pelbagai kes rasuah mencecah jutaan ringgit itu.
Ahmad Lutfi juga boleh dianggap pengamal media yang konsisten memberi perhatian terhadap perkembangan gerakan mahasiswa sesuai dengan pengalamannya sebagai bekas pimpinan pelajar ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak. Ahmad Lutfi pernah ditahan ISA pada 1989 ekoran tulisannya dalam akhbar Harakah mengenai demonstrasi mahasiswa Universiti Malaya. Memandangkan beliau sedang mengalami masalah kesihatan yang semakin serius, keperluan untuk merakamkan sumbangan Ahmad Lutfi dalam dunia kewartawanan bebas perlu diusahakan pada kadar segera. Kini beliau tidak mampu menulis lagi.
Bermula April 2015, beliau juga telah ditukar ke bahagian Latihan Harakah disebabkan keuzurannya. Kolum popularnya, Catatan Hujung buat masa ini bagaikan sudah menemui penghujungnya.
Wartawan laman web Malaysiadateline.com, Arif Atan, yang juga bekas wartawan Harakah, sempat menemubual PROF MADYA DATO’ DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF, penganalisis politik terkemuka tanahair, berbicara panjang mengenai sumbangan Ahmad Lutfi dalam dunia penulisan.
Sejauh mana Prof mengenali Ahmad Lutfi? Apakah bermula sejak zaman kampus lagi?
Saya mengenali Saudara Lutfi pada awal tahun 1984. Semasa itu saya sedang belajar di Universiti Malaya dan beliau sedang mencipta nama sebagai pemimpin mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Gurney.
Satu yang menarik perhatian saya tentang Lutfi pada waktu itu ialah kelantangannya memperjuangkan kebebasan mahasiswa dan juga kebebasan media. Justeru perjuangannya, beliau banyak mendapat sorotan media.
Namun, akibat kelantangannya, beliau menghadapi masalah dengan pihak universiti dan dikenakan tindakan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).
Pada saat itulah saya merasakan AUKU ini menganiayai anak muda yang ada potensi. Justeru, mengetahui kisah perjuangannya, maka saya mulai rapat dengan beliau. Itulah sejarahnya perkenalan saya dengan Lutfi bermula.
Lutfi dikenali sebagai editor akhbar seperti Siasah, Cabaran, Harakah dan majalah politik seperti Detik, Tamadun, Dunia Islam. Bagaimana Prof menilai akhbar-akhbar dan majalah-majalah di bawah kendalian Lutfi itu?
Saya puas apabila membaca tulisan Lutfi kerana ia terkesan di hati saya. Tulisan beliau berbeza dari tulisan sesetengah yang lain kerana apabila beliau menulis, beliau mencoretkan rasa hatinya. Setiap yang dicoret itu adalah luahan isi hati perjuangannya.
Setelah beliau diberhentikan dari UTM, beliau menjadi editor kepada penerbitan yang disebutkan di atas. Saya memberikan sokongan kepada penerbitan beliau dan turut berkongsi pandangan saya tentang politik dalam tulisan-tulisan yang saya terbitkan dalam majalah beliau.
Satu yang pasti ialah saya menilai majalah beliau sebagai berani dalam menyuarakan suara rakyat, tegas dalam menyampaikan maksud tuntutan dan ada roh perjuangan. Itulah sebabnya saya menyokong majalah yang beliau uruskan.
Namun, malangnya justeru kelantangan beliau yang sering menegur kerajaan dan menuntut kebebasan akhbar, maka syarikat penerbitan beliau menghadapi masalah, sering diganggu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dirampas dan dihadapkan ke mahkamah.
Pemohonannya untuk mendapatkan permit penerbitan secara sah juga tidak dilayan KDN. Saya menasihati beliau supaya menjadi pragmatis dalam perjuangan dan turunkan sedikit kadar kritikan kepada kerajaan, tetapi beliau tidak mengikuti nasihat dan pandangan saya.
Beliau menegaskan kepada saya hidup ini suatu perjuangan dan beliau mahu teruskan perjuangan ini walaupun menempuh pelbagai risiko buruk. Sementara beliau terus kental dengan perjuangannya menjadi seorang idealis, saya memilih untuk menjadi pragmatis.
Lutfi memulakan kerjaya kewartawanan di Harakah sebagai pemberita ruangan kampus dan pernah ditahan ISA kerana membuat liputan tentang demonstrasi pelajar di Universiti Malaya pada 1989. Sebelum itu semasa di kampus, Lutfi aktif sebagai Setiausaha Agung PMUTM. Boleh Prof komen?
Lutfi adalah contoh seorang pemimpin pelajar yang ada idealisme, tegas, komited dan konsisten. Isu yang beliau angkat sebagai pemimpin mahasiswa adalah tentang kebajikan pelajar, masa depan mahasiswa dan ruang untuk mahasiswa turut terlibat dalam demokrasi negara. Beliau hanya minta supaya ruang demokrasi dibuka untuk mahasiswa. Tetapi permintaan inilah yang tidak digemari oleh kerajaan. Seingat saya, perjuangannya banyak melalui tulisan, forum, bengkel, cuma ada sekali sekala protes jalanan. Itupun banyak aktivitinya disekat. Majalah beliau diganggu, perjuangannya disekat, tetapi beliau terus komited memperjuangkan apa yang beliau percayai.
Beliau seorang yang Islamik dan rapat dengan PAS. Jasanya pada PAS banyak. Dalam keadaan PAS ditekan, beliau banyak menulis mempertahankan PAS.
Mengingati jasa Lutfi pada perjuangan PAS pada tahun 1990, 1999, 2008 dan seterusnya, saya fikir PAS perlu menjaga kebajikan Lutfi. Biarpun beliau tidak pernah menjadi pemimpin utama PAS, tetapi ketajaman penanya banyak mengangkat PAS. Beliau ditahan ISA pun adalah kerana perjuangannya mempertahankan agenda PAS. Semasa demonstrasi 1989, beliau bersama PAS dalam akhbar Harakah. Dan difahamkan, semasa ditahan ISA itu beliau dituduh menjadi pengantara bagi pihak PAS untuk “menghasut” pelajar. Pada waktu itu, saya masih seorang pensyarah muda di UKM.
Saya nasihati beliau supaya jangan telalu berani dalam bertindak dan perlu banyak bersabar.
Beliau tidak kisah dengan nasihat saya kerana beliau ada pegangan perjuangannya sendiri. Itulah yang saya kagum dengan sahabat saya Lutfi ini. Beliau kental dengan semangat juangnya.
Ada pihak melihat, satu keistimewaan Lutfi, dia bukan saja menjadi wartawan dan editor, tetapi juga menerbitkan sendiri makalah politik, yang berdepan tekanan dan peraturan ketat KDN, malah majalah terbitannya seperti Detik dan Wasilah diharamkan. Lutfi menerbitkan lebih 40 akhbar tidak berkala, yang sentiasa menjadi mangsa rampasan KDN. Bagaimana Prof melihat keunikan ini?
Itulah yang saya katakan tadi. Lutfi komited dan konsisten dengan perjuangannya, dengan apa yang beliau yakini benar. Tahun 1990-an dan selepasnya adalah tahun mencabar bagi beliau. Saya tahu banyak penerbitan yang beliau usahakan diganggu KDN.
Saya nasihati beliau ikut dan patuh sahaja kepada arahan kerajaan. Tetapi beliau bagi tahu saya apa yang beliau tulis itu betul dan apa yang beliau perjuangkan itu betul. Sebagai kawannya, saya sekadar mampu mendengar hujah beliau. Jika beliau mengeluh pada saya, keluhannya bukan tentang wang atau kesihatan, tetapi tentang kebebasan media dan ruang untuk rakyat memberikan pandangan berbeza semakin tertutup.
Beliau memberitahu saya beliau mahu menyumbang untuk pembangunan negara. Satu sumbangan yang beliau hendak beri ialah menyedarkan rakyat tentang beberapa kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki. Untuk memainkan peranan inilah, maka beliau memilih cara menegur dan mengkritik kerajaan. Katanya, itu juga satu sumbangan.
Jika bercakap tentang keunikan Lutfi, tentunya unik. Beliau unik bukan setakat keberaniannya bertentang arus dengan kerajaan yang menyekat penerbitan beliau dan terus lagi menerbit biarpun disekat, tetapi unik kerana beliau menerbit tanpa mengira untung rugi. Sebagai penerbit yang juga mempunyai ramai kakitangan, beliau tentulah seorang ahli perniagaan, tetapi Lutfi tidak membataskan kegiatan penerbitannya dari sudut kewangan semata-mata.
Beliau menulis dan menerbit untuk menyampaikan ideanya kepada masyarakat. Sekian lama memerhati tulisan Lutfi, tidak pula saya nampak catatan beliau yang menyentuh soal keselamatan negara atau membahayakan keselamatan negara, melainkan mungkin sekadar boleh mencabar rejim yang ada.
Mungkin sesetengah pihak melihat Lutfi sebagai pejuang kebebasan media tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua pengarang lidah rasmi sebuah akhbar politik. Pandangan Prof pula bagaimana?
Soal perjuangan untuk jalan kebenaran tidak perlu bergantung kepada jawatan. Jika pun tidak sebagai ketua pengarang akhbar, saya yakin Lutfi akan terus menulis menyampaikan pandangannya selagi beliau bertenaga untuk berbuat demikian.
Sebab itulah jika saya ditanya, apa yang hebatnya sahabat saya, Lutfi ini?
Jawapan saya ialah beliau seorang pejuang kebebasan media dan akhbar yang konsisten. Saya kagum dengan semangat beliau, tetapi saya tidak mampu untuk menjadi seperti beliau.
Di hujung khidmatnya sebagai Ketua Pengarang Harakah, dasar atau pendekatan editorial Harakah mendapat kritikan keras sebahagian pemimpin PAS, sehingga ada yang mendakwa Harakah telah lari dari fungsinya sebagai suara parti. Lutfi dikritik kerana pernah memberi ruang kolum tetap kepada pimpinan parti lain seperti Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan penulis yang sesekali mengkritik PAS, misalnya Lim Hong Siang, Wan Saiful Wan Jan dan juga memberi ruang berlebihan kepada Anwar Ibrahim. Polemik Harakah, sama ada patut bertindak sebagai lidah parti semata-mata atau media alternatif juga tidak berkesudahan. Bagaimana Prof melihat pertembungan kepentingan parti dan institusi media itu sendiri?
Saya katakan tadi Lutfi seorang pejuang kebebasan akhbar. Dia demokratik orangnya. Saya sendiri apabila berbincang soal politik dengan beliau, jarang menemui titik pertemuan. Tetapi kami saling meraikan perbezaan pandangan. Yang penting beliau menghormati pandangan saya dan begitulah juga saya. Dari situlah kami banyak bertukar cerita.
Lutfi pernah tanya saya, bagaimana beliau harus bawa arah tuju Harakah? Saya nasihati beliau ikut dasar parti, tetapi sebagai ketua pengarang jangan pula menjadikan akhbar Harakah sebagai jurucakap parti semata-mata.
Ambil dan raikan kepelbagaian pandangan. Dengan cara itu baru Harakah boleh menarik minat pembaca. Rakyat hari ini sudah pandai menilai berita yang ada nilai. Jadi, bagikan nilai tinggi kepada cara pemberitaan Harakah.
Sebab itu, jika kita tengok Harakah pada zaman Lutfi sebagai ketua pengarang, pembaca tertarik untuk membaca Harakah, khususnya semasa beliau tidak terlalu dikongkong oleh parti. Semasa tidak dikongkong, beliau boleh menjadi seorang Ketua Pengarang yang berkarya, tetapi bila dikongkong oleh parti beliau mesti menjadi ketua pengarang yang mengikut arahan.
Tindakan beliau memberi ruang kepada Nurul Izzah, Liew Chin Tong, Lim Hong Siang, Wan Saiful Wan Jan dan lainnya semasa menjadi Ketua Pengarang Harakah, saya tidak nampak apa salahnya.
Bukankah semasa itu mereka ini rakan dalam Pakatan Rakyat? Isu ini tidak timbul dahulu. Cuma sekarang timbul kerana Pakatan Rakyat sudah berpecah. Itu sahaja isunya, dan kenapa pula Lutfi perlu dipersalahkan?
Lutfi diberi tanggungjawab sebagai ketua pengarang hampir 10 tahun, bermula 2006 hingga 2015. Boleh Prof rumuskan secara umum terhadap prestasi Harakah sepanjang tempoh itu?
Saya melihat pencapaian Harakah cukup cemerlang di bawah Lutfi. Ramai yang meminati untuk membaca Harakah, biarpun Harakah terpaksa bersaing dengan media perdana dan berita portal yang lain.
Ini sebelum Lutfi sakit dan sebelum ada campur tangan politik yang terlalu banyak dalam Harakah. Tetapi bila semuanya sudah bercampur aduk dan Lutfi pula sakit, maka fokus Harakah sudah beralih dari akhbar untuk masyarakat kepada Harakah sebagai akhbar untuk PAS sahaja.
Sebagai tokoh akademik dan pengulas politik terkemuka, bagaimana Prof melihat sumbangan Lutfi terhadap dunia siasah tanah air? Benarkah kebanyakan analisis popular politik seperti tulisan Lutfi tidak mempunyai nilai ilmiah atau bertaraf gosip semata-mata?
Lutfi adalah seorang penulis yang lahir hasil dari perjuangannya. Setiap tulisan beliau adalah kata hatinya. Beliau menulis hasil dari apa yang beliau perhatikan berlaku di sekitar beliau. Tidak pula saya melihat beliau sebagai penulis upahan yang menulis hal-hal gosip.
Seingat saya beliau pernah beberapa kali mengangkat beberapa isu tentang salah laku pemimpin dan membuat laporan kepada SPRM. Saya yakin semua itu beliau lakukan setelah membuat penyelidikan dan siasatan terperinci, bukan semata-mata berdasarkan gosip. Akhirnya, hasil laporan beliau ada pemimpin yang didakwa.
Jika hendak katakan tulisan Lutfi tidak ilmiah, saya tidak faham apa yang dimaksudkan tidak ilmiah tersebut. Beliau menulis mengikut etika kewartawanan. Lutfi ini cerdik orangnya. Beliau adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari UKM.
Seingat saya, semasa beliau menjadi pelajar UKM, dalam kesibukan dan kesihatan beliau yang jatuh bangun, komitednya pada pengajian beliau adalah luar biasa. Ramai pensyarah menyukai beliau. Rakan sekuliahnya juga menyukai beliau. Kertas kerja yang beliau hasilkan bermutu dengan rujukan lengkap dan beretika mengikut piawaian akademik yang diperlukan. Saya kagum dengan kegigihan dan usaha beliau.
Ada juga pendapat mengatakan penulis yang baik tidak akan bersikap memihak. Berbeza dengan Lutfi, beliau adalah ahli PAS yang tegar, aktivis yang bukan saja memerangi korupsi malah membuat laporan SPRM dalam kes Khir Toyo. Bukankah ini menjejaskan reputasi Lutfi sebagai penulis berintegriti?
Menjadi penyokong PAS, wartawan dan pejuang menentang rasuah pada masa yang sama tidak menjadikan Lutfi seorang wartawan yang bias. Sama jugalah dengan seseorang wartawan yang menjadi ahli Umno dan bekerja dengan Utusan Malaysia tidak menjadikan wartawan itu bias.
Bias dan integriti itu adalah soal diri kita dan ada di dalam diri kita. Tanya soalan ini kepada diri kita sendiri. Adakah kita tidak amanah dengan apa yang kita tulis? Adakah kita menulis dengan niat yang tidak baik untuk menjatuhkan seseorang? Adakah kita menulis kerana diupah oleh seseorang untuk menjahanamkan kerjaya orang lain?
Saya yakin Lutfi tidak begitu. Sesuatu yang kami saling berkongsi selama saya bersama beliau ialah untuk tidak meletakkan pasir dalam periuk nasi orang. Tetapi jika ada perkara berkaitan dengan hak rakyat dan negara, maka hal ini perlu diperjuangkan semata-mata untuk rakyat dan negara.
Lutfi mengakui sendiri, dengan siri keuzuran yang menimpanya, alam kewartawanan sudah menjadi satu sejarah baginya. Sebagai rakan baik yang mengenalinya, apa nasihat Prof kepada Lutfi, selepas tidak aktif lagi sebagai ketua pengarang dan penerbit?
Lutfi adalah sahabat saya dunia akhirat. Kami mungkin tidak sehaluan dan sependapat dalam beberapa isu berkaitan soal politik, tetapi dalam beberapa aspek lain, banyak hal yang kami kongsi bersama.
Bagi saya untuk mencari seorang wartawan zaman sekarang yang mempunyai idealisme seperti Lutfi tidak ramai. Bila Lutfi berhenti dari menulis, ia satu kerugian bagi negara ini. Bila Lutfi berhenti menulis, saya pasti merindui catatannya.
Doa saya semoga Lutfi diberikan kesihatan dan dipanjangkan umurnya oleh Allah supaya beliau boleh kembali menulis dan menyumbang jasa kepada negara ini.
Artikel ini petikan dalam buku Lorong Sunyi Media Bebas,untuk mendapatkan buku tersebut dengan harga istimewa ,sila WhatsApp/Hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.