Dilarang mencaci maki di media sosial
Oleh SALKUKHAIRI ABD SUKOR
AKHIR-akhir ini seolah-olah menjadi trend seseorang mencari publisiti di media sosial dengan sengaja melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh majoriti netizen.
Trend ini bukan sahaja dilakukan oleh orang awam tetapi juga turut melibatkan selebriti, ahli perniagaan, ahli politik dan tak ketinggalan juga selebriti agama.
Sesetengahnya sengaja memuat naik gambar, video atau posting yang boleh menimbulkan kemarahan netizen sehingga ianya menjadi tular.
Semakin ramai yang "mengutuk", mencaci maki dan memberi komen yang negatif terhadap mereka, semakin tular apa yang mereka lakukan sehingga memberikan publisiti meluas terhadap mereka.
Daripada seorang yang tidak dikenali, dalam masa beberapa hari terus menjadi popular dengan sekelip mata. Bahkan ianya memberi keuntungan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pihak tersebut.
Bukan itu sahaja, kesan daripada "publisiti jelik" tersebut, tiba-tiba penjualan produk mereka naik mendadak, semakin banyak dapat job baru, semakin banyak jemputan ceramah dan mendapat tempat dan peranan yang penting dalam parti politik yang mereka sertai.
Selain daripada dianggap tidak beretika, tahukah anda bahawa perbuatan jelik tersebut sebenarnya menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan:
(a) tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang lain.
(b) Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Selain daripada itu Seksyen 233 Akta yang sama turut menyatakan:
(1) Seseorang yang –
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, -adalah melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang yang secara sedar –
(a) Dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi rangkaian di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas jelas difahami bahawa tindakan berkongsi sesuatu yang boleh dianggap jelik atau lucah atau sebagainya sehingga menimbulkan kemarahan pihak lain di media sosial adalah dianggap satu kesalahan undang-undang.
Bukan itu sahaja, setiap komen yang diberikan oleh mana-mana pihak susulan daripada posting atau publisiti tersebut, yang mengandungi unsur-unsur ugutan, kata-kata lucah dan sebagainya juga merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang di atas. Bahkan sesiapa yang mengkongsikannya turut juga boleh dianggap melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas.
Oleh yang demikian, memandangkan budaya "publisiti jelik" dan caci maki yang semakin menjadi-jadi di media sosial sejak akhir-akhir ini, sewajarnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pihak berwajib yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang di atas, mengambil langkah yang serius, drastik dan tuntas untuk menguatkuasakan peruntukan undang-undang di atas, supaya perbuatan yang tidak beretika dan bermoral di atas dapat dikawal dan dihentikan.
Jika tidak, ia pasti akan menjadi barah yang sangat bahaya dalam masyarakat kita dan akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.
Kita bimbang jika isu ini dibiarkan, suatu hari nanti pasti akan hilangnya perasaan malu, sopan santun, hormat menghormati, perasaan menjaga sensitiviti dan privisi orang lain atau hilangnya perasaan bersalah atas apa yang dilakukan sebagaimana yang diajar oleh Islam dan diterapkan oleh budaya bangsa kita sejak zaman berzaman.
Ketika itu, kita bimbang perkara ini boleh mengundang bala Allah SWT ke atas negara kita, wal iya zu billah.
Moga Allah lindungi kita daripada fitnah akhir zaman.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.