Dr Mahathir ingatkan Pakatan bersatu untuk menang Putrajaya
Oleh
Kamles Kumar
Chan Kok Leong
Pengerusi PH itu memberi peringatan tersebut semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Harapan, manifesto gabungan empat parti itu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan memerintah Putrajaya.
"Manifesto ini hanya janji kita supaya pengundi tahu apa yang kita hendak buat. Tetapi ianya tidak akan ada guna sekiranya kita tidak menang pilihan raya," kata Dr Mahathir.
Belia berkata hanya ada satu matlamat untuk semua ahli PH iaitu memenangi PRU14 dan langsung menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak.
"Semua orang kata kita lawan arus. Ada persempadanan semula, jentera kerajaan, sejarah dan penipuan dan sebab itu kita kerja bekerja lebih kuat lagi," kata Dr Mahathir.
Dalam ucapannya selama 30 minit itu, bekas perdana menteri itu juga menyentuh mengani rundingan kerusi DUN dalam PH.
Semalam, dilaporkan bahawa masih terdapat rundingan sengit antara DAP, PKR, Amanah dan Bersatu berhubung kerusi DUN di Selangor.
"Pilihan raya bukan semata-mata untuk jadi calon saja. Tak ada gunanya jadi calon kalau kalah nanti.
"Kita kena ada timbang rasa antara parti. Jangan biarkan terikut dengan sifat tamak.
“Cuba ketepikan kepentingan lain dan utamakan kemenangan untuk jatuhkan Najib.
“Janganlah kalah. Saya bercita-cita untuk jadi perdana menteri sekali lagi.
“Jadi untuk tidak kecewakan saya, janganlah berkelahi,” katanya secara berseloroh.
Namun, dengan nada serius, Dr Mahathir memberi amaran bahawa ini merupakan "perjuangan hidup dan mati mereka" kerana sekiranya BN menang sekali lagi, Najib akan menjadi lebih tegas.
"Kalau Najib menang lagi pilihan raya kali ini, maka ia akan jadi pilihan raya terakhir. Dia akan hapuskan pilihan raya sama sekali."
Tegas Dr Mahathir, ada negara yang mengubah perlembagaan mereka supaya kedudukan perdana menteri atau presiden terus kekal selam-lamanya.
"Kalau dia (Najib) dapat majoriti dua pertiga, dia akan ubah undang-undang.
"Dia akan diganti dengan Reza Aziz. Kenapa kamu semua gelak?" kata Dr Mahathir sambil berseloroh.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.