https://critoxium.com/shop/

Terkini

Janji Pakatan Harapan retorik semata

Oleh Abdul Rahman Dahlan

10 Janji, 100 Hari Pakatan Harapan (PH) tak lebih daripada retorik semata. Tiada janji baru yang segar dan realistik yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

PH berjanji untuk menghapuskan GST 6% dan kembali kepada cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% (SST) yang tidak telus dan efisyen. GST kutip RM41 billion, SST kutip RM17 billion. Bagaimana PH mahu tampung kekurangan lebih RM20 billion?

PH mahu kembalikan subsidi petrol BERSASAR. Sebelum ini mereka janji mahu turunkan harga kepada RM1.50 seliter untuk semua. Flip-flop. Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah laksanakan subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang benar memerlukan sejak 2012.

Dulu, mereka janji nak hapuskan hutang PTPTN. Sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar. Kerajaan telah mengecualikan RM1.23 bln bayaran balik untuk 41,706 pelajar daripada yang mendapat ijazah kelas pertama.

Mereka nak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasat macam-macam benda. Jangan lupa, Lim Kit Siang dulu berkeras mahukan RCI untuk skandal forex Bank Negara Malaysia. Bila siasatan selesai, dia tolak keputusan siasatan. Mereka patut tuntut juga RCI untuk terowong dasar laut!

Tubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk semak dan laksana Perjanjian Malaysia 1963? Perdana Menteri Najib Razak sudahpun tubuhkan jawatankuasa khas, malah beri komitmen akan kembalikan mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang “terambil” secara sengaja atau tak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Skim Peduli Sihat dengan had maksima RM500 setahun? Di hospital-hospital kerajaan, tiada had untuk rakyat mendapatkan rawatan. Tahun ini sahaja, Kerajaan belanja RM26.5 billion untuk sektor kesihatan demi rakyat.

Projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing akan dikaji semula. Saya nak tanya, KLCC, LRT, STAR & PUTRA, Dayabumi... syarikat tempatan mana yang bina?

Perintah Gaji Minima (2012) menetapkan kadar gaji minima disemak setiap 2 tahun. Tahun ini ianya akan disemak lagi. Tak payah tunggu janji PH untuk naikkan gaji minima pekerja.

Berbanding PH yang mahu suri rumah KEKAL di rumah, BN ada perancangan yang lebih komprehensif demi memperkasa wanita. BN menyalakan inspirasi agar mereka kekal/menyertai pasaran buruh untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan menaik taraf ekonomi keluarga.

Janji nak hapuskan hutang PTPTN pun PH boleh u-turn. Macam mana nak percaya janji mereka nak mansuhkan hutang peneroka Felda?

* Abdul Rahman Dahlan adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.










Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.